Written by AbangNara | September 27th, 2010

twitter diana danielle

Betapa terharunya bila dapat tahu yang Diana Danielle pun membaca blog ini. Abang Nara masih lagi berada di awang-awangan selepas membawa Tweet daripada Diana Danielle ini. Rasanya artis-artis pun kadang-kadang merujuk kepada BeautifulNara untuk mengetahui perkembangan terkini kawan-kawan diorang.

Untuk anda yang berminat untuk mengetahui perkembangan lanjut Diana Danielle, DD ada Facebook pagesnya sendiri dan Twitter Diana Danielle. Kesemuanya pun diupdate oleh tuan badan sendiri. Jadi anda akan terasa lebih dekat dengan Diana Danielle yang comel ini.

Untuk makluman, sekarang Diana Danielle sedang sibuk mempromosi filem terbaru lakonannya, Magika. Kami masih tak sempat nak pergi tengok tapi daripada review yang didengar dan dibaca, nampak macam filem Magika adalah satu filem yang baik. Jadi kalau anda ada masa, marilah kita sama-sama menyokong filem tempatan.

Untuk Diana Danielle, teruskan usaha anda untuk maju di industri hiburan tanah air. Keep up the good work. Kurangkan kontroversi dan tingkat prestasi. All the best.

P.S: Abang Nara ingin mengajak anda semua join Facebook BeautifulNara dan follow Twitter BeautifulNara. Bukan sebab apa tapi Abang Nara kadang-kadang ada buat contest kat situ. So kalau anda join adalah peluang nak menang hadiah. Ajak kengkawan lain ye.

45 responses to Diana Danielle Pun Baca BeautifulNara, Ini Yang Sayang Lebih Nie

  1. MisS pOcO says:

    tahniahla…
    teruskan usaha anda DD…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • [email protected] says:

      dari dulu lagi kan dia layan BN

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  2. […] Panas, Diana Danielle Pun Baca BeautifulNara, Ini Yang Sayang Lebih Nie Submitted by selebriti on September 27, 2010 […]

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  3. cheftwo says:

    pergh.. diana danielle tu..
    dengar cerita Magika memang best giler.. tak sempat lagi nak tgok..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  4. amirah says:

    awww…sweetttt

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  5. Lord Zara says:

    Pergh!
    Hebat ni bang!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  6. teropong jauh says:

    terus terang aku kata ..sebenarnya pengomen2 disini yg menyebabkan blog ini seronok untuk dibaca .Sungguh berinfo dan menyedarkan .. tahniah semua ..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  7. MisS pOcO says:

    BANG NARA,

    NAPE XNAK UPLOAD PASAL RAPPER CINA DR MALAYSIA TU (NAMEWEE) YG SUKA KUTUK2 MALAYSIA MELALUI LAGU…

    YANG TU BOLE LA KITA ORG KUTUK2…ADE GAK FAEDAHNYER…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • aries_april says:

      TUL TU SIS..BRU MSK MRTA PSL DIA ARI NI

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
      • Yong says:

        bttr jgn le..tkt nt jadik mcm kt blog2 lain..
        komen berapi2..pas tu mcm dh p’kauman dd tgk..
        x best isu p’kauman nih..

        Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
        • zzz says:

          bagus jugak kalau nara masukkan video tue…kita tengok pendapat orang ramai….apa pun aku sokong namewee walaupun aku melayu……

          Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  8. acu sayang says:

    wah…congrats bro…

    btw, magika best!!!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  9. poyos says:

    love to see diana danielle face and lisa surihani too…..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  10. poyos says:

    mari menyokong diana danielle and lisa surihani….kkikikikikikik……

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  11. Hani Bunny says:

    Nape tak buat movie yg ade Diana & Sofea Jane kan? I mean, movie that based on kisah seseorang.. Since Natrah tu controversy, maybe susah sket lepas ni nk buat collaboration.. Rindu pulak nk tau kisah Sofea Jane. This is Nara punye keje ok :)

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • dia says:

      Hani Bunny…tggu ja filem HANYUT di pawagam….diana dan sofia jane berlakon sama……..

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
      • Hani Bunny says:

        Owh.. Thanks.
        Tapi teringin tgk Diana berlakon as Sofea waktu muda. Sayang teater ‘Natrah’… Cos muke Diana & Sofea is similar to each other..

        Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  12. fza says:

    blog anda mmg best…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  13. aries_april says:

    dia start bca Bn time bang nara minat giler2x kat dia…smpai front page Bn pn ada muka dia…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  14. Bom aTOM says:

    Saya pun dah tak ingat sejak bila mula layan BN ni. Dah berakar umbi kat sini.
    Blog hiburan lain cam tak serasi.
    Cuma, menyibuk bagi komen sejak kebelakangan ni jer.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • aries_april says:

      rsanya..BN more 2 years…coz..
      time i msk…BN bru ja bka..
      i pn dh 2 thun kat sni…..
      rsanya poco thu kot…coz dia dkt BN ni…dri mula2x blog ni d tbuhkan

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
      • gosipgurl_fea says:

        ya rasanya kan aries? dah 2 tahun… kalau betulla.. lama ni, aries paling lama, poco2 ( taktau mana hilang ngan apa nama tu yang apkai cermin mata tu? Anne kot? memula ada banyak gosipblog lain curi background ngan concept BN kan.. komen aku kena kutuk gak dulu haha apapun memang hotstuff la blog ni.

        Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  15. aReaL says:

    Dah Follow FB, Twitter Je Blom G… Nti Follow… Hehehehe….

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  16. leman says:

    eley, bang nara.. minah nih sje je ckap cmtoh. sebb die xnk bang nara kuarkan cte2 xbest n pnas psal die..
    pompuan sok suci, nk sume org suke die..
    konon je tuh..
    ops, sorry.. tpi rsenye itu hakikatnye kan…
    sume org pon taw die ni mcamne.. sudah lah DD, gedik je lebey..org len menyanyi, ko nk melalak gak.. mcamkan sore ko tuh sedap sngat.. aku dgar, sumbang mambang jerk.. ish3x…
    bedarah tlinge klo dgar..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • Erin says:

      agree with U leman..tp DD 2 baik n lyn peminat..

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
      • dia says:

        mmg betul… dalam ramai-ramai artis diana ja yg rajin layan peminat cth di FB…artis2 lain tak reply pun chat peminat …mcm Lisa surihani, waima dtk ct pun….tp peminat ja yg mcm terhegeh2. Tp Diana mmg lain tu yg saya respek sket kat dia biar pun saya bukan lah peminat nya….

        Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  17. mys abby says:

    magika mmg best..tak membosankan langsung..tak sedar masa b’jalan..cuma kurang dr segi fantasi nye…..kurang berwarna warni kt dunia magika tuuu….

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  18. [email protected] says:

    haha..siap la..lepas ni confirm Nara citer yang best2 jer pasai DD…puji-puji DD,sokong DD..bla..bla…..kahkahkah..yelar…artis support blog dier la katakan…admin ni pantang dipuji..kwang2x..go..go BN

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • jimmy says:

      memang sejak dulu lagi Nara duk puji2 DD.. DD x support pun Nara tetap promote DD kaw2

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  19. betul says:

    puji jer ker, tarukla gambar skali. byk2 skit, bukan xleh bukak fb dia tp tgk kat nara baru syok…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  20. dia says:

    Magika…..percubaan muzikal movie yg baik…..yang tak best Mawi…lain2 semua cemerlang….

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  21. awal says:

    tgk la magika..best…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  22. awal says:

    eh mawi…ok la blakon..mula2 x minat..lpas tgk magika rase ok plak..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  23. gosipgurl_fea says:

    nak tgk weekend neh harap2 apa hangpa ckp tu betui2 best yeh…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  24. REDBLOODSNOW says:

    vavavava…klass tueee artis turut bace..hehe. blog abg nara mmg best. kira cam abg nara nih perez hilton malaysia…hehe

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  25. Npe dd bace blog gossip ni? Tetanye2 daku. Mungkin dd pn kaki gossip artis. Talam 2 muke

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  26. dia says:

    Magika tetap membanggakan
    Oleh Serimah Mohd Sallehuddin

    2010/09/28
    EDRY (empat dari kiri) bersama barisan pelakon filem Magika.
    EDRY (empat dari kiri) bersama barisan pelakon filem Magika.
    Di sebalik ada kekurangan, ia juga keberanian pengarahnya merintis genre baru filem tempatan

    MUNGKIN masih banyak kekurangan dan kelemahan dalam filem Magika tetapi keberanian Edry Abdul Halim ‘main belasah’ saja untuk menghasilkan sebuah karya yang menggabungkan muzikal dan sinematik wajar ada pujian.
    Sekurang-kurangnya Edry sudah merintis jalan untuk menghasilkan filem yang membabitkan alam fantasi dan animasi. Dalam erti kata lain, dia mengangkat cerita dongeng Melayu dalam bentuk berwarna warni.
    Tidak adil, bahkan tidak sepatutnya dibandingkan dengan filem dari Hollywood kerana untuk karya seperti ini membabitkan belanjawan puluhan malahan ratusan juta ringgit.

    Oleh itu, kita mengharapkan ada pihak ada kemampuan untuk menghasilkan karya yang lebih baik daripada Edry selepas ini.

    Begitupun, buah tangan pertama Edry dalam dunia perfileman bakal mengubah persepsi penonton tempatan yang selama ini mungkin beranggapan filem Melayu hanyalah filem kelas kedua setelah mereka menonton Magika.

    Sebagai orang baru dalam pengarahan filem, sentuhan Edry diakui tidaklah sempurna. Namun keberanian kesungguhannya membawa genre yang berbeza sekali gus membawa perubahan kepada industri filem tempatan itulah yang sewajarnya dibanggakan.
    Magika hanyalah sebuah kisah mudah tetapi corak penyampaian secara muzikal dengan hampir 50 peratus dari dialognya disampaikan menerusi lagu itulah yang menjadi keistimewaan kepada filem ini.

    Tiada pengarah yang mampu menghasilkan filem sempurna hatta mereka yang pernah meraih anugerah sekalipun. Kelonggaran di sana sini adalah lumrah tetapi ia masih boleh diperbaiki sementelah Edry sendiri berhasrat menghasilkan lebih banyak filem muzikal di masa depan.

    Edry tidak kisah berapa kutipan yang bakal diperolehi asalkan sentuhannya disukai penonton. Sebagai anak seni, berkarya menjadi keutamaannya dan keuntungan difikirkan kemudian.

    “Saya tak pasti berapa yang disasarkan oleh KRU Studios. Itu kena tanya kepada Norman kerana soal kutipan adalah tanggungjawab dia. Bagi saya, kalau seringgit pun saya terima dan gembira.

    “Kepuasan penonton keutamaan saya. Semangat untuk menghasilkan filem sebenarnya lebih kuat daripada memikirkan mengenai kutipan,” katanya yang tidak menafikan Magika memerlukan kos yang besar kerana menggunakan ramai pelakon ternama.

    Edry tidak menafikan, pembabitan pelakon terkenal dalam filem ini adalah strategi untuk menarik penonton ke pawagam walaupun ia memaksa KRU mengeluarkan belanja besar untuk mendapatkan mereka.

    Bagaimanapun, katanya, wang bukan segala-galanya kerana hampir semua pelakon yang terbabit dalam Magika memiliki nama besar. Dia juga berpuas hati dengan kesungguhan setiap pelakon malah mengibaratkan mereka seperti magnet yang menjadikan Magika menjadi lebih menarik lagi.

    “Semestinya penggunaan pelakon terkenal adalah strategi KRU untuk menarik penonton ke pawagam. Mereka menjadi pilihan kerana kami berasakan watak mitos yang diwujudkan dalam filem ini sesuai dibawakan oleh setiap mereka sejak proses penulisan skrip lagi. Faktor komersial juga sebenarnya tidak dapat dinafikan memainkan peranan juga.

    “Alhamdulillah boleh dikatakan ke semua pelakon yang kami kehendaki setuju bekerja dengan KRU. Kami tak menghadapi kesukaran kerana ada di antara pelakonnya adalah teman baik dan juga orang lama yang kami kenali,” kata Edry yang mengarahkan Magika kerana mahu lari dari genre filem sama yang hanya membuatkan penonton berasa terkongkong.

    RM1.3 juta selepas empat hari

    EMPAT hari memasuki panggung, Magika sudah pun menunjukkan permulaan yang baik apabila berjaya memperoleh kutipan kasar sebanyak RM 1.3 juta bagi pawagam di Malaysia serta Brunei.

    Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim dalam kiriman khidmat pesanan ringkasnya (SMS) berkata, penerimaan positif daripada penonton tempatan membuktikan bahawa genre muzikal mempunyai tempat di kalangan masyarakat tempatan walaupun genre sedemikian masih baru untuk sebuah filem Melayu.

    “Kami harap perolehan Magika terus meningkat berikutan maklum balas positif dari laman sosial facebook dan pengkritik filem. Kami juga menjangkakan jumlah ini terus bertambah pada minggu akan datang kerana faktor hujung bulan serta setelah selesainya musim perayaan,” katanya.

    Walaupun mendapat ulasan positif, Norman hanya menyasarkan kutipan sebanyak RM 4 juta. Katanya, sasaran itu dianggap realistik kerana tidak terlalu tinggi dan tidak juga terlalu rendah.

    Pengalaman indah, sukar dilupa

    MEMBARISKAN 25 pelakon popular, Magika menggandingkan Mawi dan Diana Danielle sebagai watak peneraju.

    Filem ini turut dibintangi Datuk Jalaluddin Hassan, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Ziana Zain, M Nasir, Ning Baizura, Vanidah Imran, Ruminah Sidek, Zaibo, Norman Hakim, Sabri Yunus, Maya Karin, Adibah Noor, Saiful Apek, Azlee dan Mazlan Senario, Aznil Nawawi, Raja Azura, Nabil, Marsha, pasangan beradik, Sharifah Amani dan Sharifah Aleya serta dua pelakon kanak-kanak iaitu Shafimie dan Muhamad Hadziq Mohd Hazem.

    Bagi lima pelakon yang terbabit dalam filem ini, pengalaman yang diberikan oleh KRU adalah satu pengalaman menyeronokkan serta tidak dapat dilupakan sepanjang kerjaya lakonan mereka.

    Ziana Zain yang memegang watak sebagai nenek kebayan, menggambarkan filem ini sebagai ‘sebuah filem suka hati’ kerana dia diberikan sepenuh kebebasan untuk mencorakkan karektornya asalkan mesejnya sampai kepada penonton.

    “Walaupun sedang mengandung ketika menjalani penggambaran filem ini, saya seronok kerana Edry memberi sepenuh kebebasan kepada saya. Saya banyak bermain dengan memek muka untuk merealisasikan watak nenek kebayan. Bagi saya ini adalah watak yang paling menyeronokkan sepanjang kerjaya saya,” katanya.

    Biarpun cuma muncul beberapa minit, watak M Nasir sebagai Penunggu Tasik Chini dan juga naga Tasik Chini berjaya meninggalkan kesan kepada penonton. Pelakon dan penyanyi itu agak malu apabila diminta mengulas mengenai wataknya kerana watak berkenaan terlalu sedikit, tetapi beliau masih bersedia memberi kerjasama.

    Namun, M Nasir memuji kreativiti tiga beradik berkenaan kerana berani menghasilkan filem yang berbeza. “Watak saya kecil tetapi bagi saya watak itu tetap penting. Walaupun sekejap, saya puas hati dan menganggap babak itu memadai buat saya,” katanya.

    Aznil juga turut memuji Edry bekerja kerana biarpun masih baru, komitmen pengarah itu hampir setaraf dengan pengarah berpengalaman.

    “Meskipun tidak mengenali Pak Pandir yang sebenarnya, saya cuba membawakan watak ini dengan sebaiknya. Saya memang seronok dapat berlakon dalam filem ini walaupun melalui pengalaman sukar dilupakan apabila digigit ulat bulu,” katanya.

    Sebagai penyandang watak utama, Mawi yang membawa watak Badang berkata filem ini dari lain kerana filem sebegini belum pernah dihasilkan. Bagi membawakan watak Badang kata Mawi, dia terpaksa membayangkan alam magis.

    “Saya kena bayangkan dunia fantasi antara manusia dengan makhluk bunian. Tapi saya tidak berpuas hati dengan mutu lakonan begitu juga dengan sesi memasukkan suara untuk filem ini kerana saya rasa boleh lakukan lebih baik lagi,” katanya. Bagi Diana Danielle yang membawakan watak Ayu pula, dia mengakui janggal dan tidak berasa wujudnya keserasian antara dia dan Mawi.

    Katanya kelainan watak Ayu dengan filem mahupun drama yang pernah dijayakan apabila dia terpaksa mencuba lakonan komedi. Cabaran utama pula, apabila dia terpaksa menyanyi dalam filem berkenaan.

    “Saya tak anggap sebagai pelakon komedi menyebabkan timbul rasa janggal apabila membawakan watak Ayu. Selain itu, kami juga dikehendaki menyanyi sedangkan rakaman sudah dilakukan sebelum penggambaran dibuat lagi. Jadi saya perlu memastikan penghayatan ketika membawakan lagu sama seperti rakaman yang dibuat,” katanya.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  27. sisip says:

    nara stil di angkasa tuu kembang kempis idung tuu..nara:pc tak off 40 hari 40 malam

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  28. Anyss says:

    Salam,
    Diana bukan je cantik…berlakunpun tak plastik.

    nak lagi test POWER, Diana kena masuk teater pulak…dia masih muda, peluang nak pergi lebih jauh tu sangat besar asal tak buat perangai.

    Jom reramai tengok Magika…nampak comel je Diana bergandingan dengan Fimie. Sama2 chomel…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  29. […] Diana Danielle Pun Baca BeautifulNara, Ini Yang Sayang Lebih Nie (43) […]

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  30. You are doing a great service to your viewers by opening up the feedback section, it’s a terrific way to communicate with them. There are numerous resources here and we appreciate you being so kind to post them.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0