Diana Amir Tidak Kisah Kurang Popular, Mahu Kejar Saham Akhirat

Hiburan

Diana Amir Tidak Kisah Kurang Popular, Mahu Kejar Saham Akhirat

Satu ketika dahulu, nama pelakon Diana Amir menjadi bualan ramai dan beliau juga boleh dikatakan agak “laku”. Namun, sejak beliau berhijrah, ada yang mengakui sudah jarang melihat Diana muncul di televisyen dan mungkin ada generasi baharu yang tidak kenal siapa Diana.

Advertisement

Menjelaskan perkara tersebut, Diana menerusi portal Utusan Online berkata beliau tidak lagi mementingkan populariti dan kini melakukan perkara yang bakal beliau bawa ke akhirat selain memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu.

Dunia lakonan yang memperkenalkan saya kepada masyarakat sebelum ini. Saya tidak pernah menyesal dengan perjalanan hidup masa lampau kerana itu cerita dulu.

Yang penting adalah laluan hidup saya pada hari ini. Ada pegangan tersendiri dan mahu bahagia dengan suami dan anak tersayang. Itu yang paling diberi keutamaan.

Apabila saya sudah temui kesempurnaan dalam hidup, keadaan itu membuatkan saya tak pandang lagi soal remeh- temeh dalam dunia. Saya mahu mengejar ‘saham’ dengan mengumpulkan sebanyak mungkin amal jariah untuk dija­dikan bekalan di akhirat nanti.

Jelas Diana, beliau hanya akan menerima tawaran berlakon sekiranya ia tidak melibatkan adegan yang melampu dan menjaga batasnya sebagai seorang muslimah. Diana juga mahu terlibat dalam karya yang mempunyai nilai murni dan mesej yang baik terhadap masyarakat.

Sebagai seorang wanita muslimah, tentu sekali Diana tidak mahu membawakan watak yang boleh mengundang fitnah dan kritikan masyarakat yang sekaligus akan mempertikaikan mereka yang bertudung. Apa-apa pun, inshaAllah niat Diana untuk melakukan amal jariah bagi saham akhiratnya akan dipermudahkan.

Sumber Berita : Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...