Written by AbangNara | January 17th, 2012

Filem Keramat yang bakal ditayangkan di pawagam tidak lama lagi bakal menampilkan aksi berkemban daripada Diana Amir. Perlu diingatkan, sewaktu rakaman filem tersebut, Diana Amir masih belum berhijrah untuk memakai tudung. Namun ternyata Diana Amir masih menyesal kerana melakonkan aksi tersebut.

diana amir

Kata Diana Amir:-

Filem Keramat menjalankan penggambaran lebih kurang dua tahun lepas iaitu akhir tahun 2010. Manakala keputusan saya berhijrah baru sahaja iaitu pada pertengah bulan September tahun lalu.adi dalam masa dua tahun semua orang boleh berubah. Bukan sahaja dari segi penampilan, malah ideologi dan tindakan kita juga boleh berubah. Begitu jugalah saya.Apa yang berlaku ini adalah pengajaran buat diri saya dan saya ambilnya sebagai iktibar dalam hidup saya.

Tak apalah Diana Amir. Benda yang dah lepas jangan dikenang. Setiap orang pun berubah. Inilah cabaran untuk mereka-mereka yang berubah ke arah kebaikan. Yang penting, daripada nada kata-kata Diana Amir, Abang Nara dapat merasakan penyesalan yang teramat sangat.

Tiada apa yang boleh saya lakukan selain meyakinkan peminat dan orang ramai bahawa apa yang mereka lihat itu adalah diri saya sebelum ini yang kurang keteguhan dan pendirian agama.ilem ini juga sudah menjadi hak milik MIG. Saya hanya akur dan redha walaupun pengarahnya, Azahari Zain telah datang kepada saya dan melahirkan rasa serba salah terhadap saya.Apa yang berlaku bukan salah sesiapa, tetapi semua adalah tanggungan saya. Kini saya hanya berserah kepada Tuhan kerana Dia yang maha mengetahui segalanya. Apa yang penting, saya mahu minta Tuhan ampunkan segala dosa saya yang lalu kerana saya benar-benar kesal. Namun saya redha.

Bagi Abang Nara, penerangan Diana Amir di atas adalah penerangan yang sangat bijak dan berilmu. Good job. Semoga peminat Diana Amir tidak akan melabelkan dirinya sebagai cakap tak serupa bikin. Apa pun, Abang Nara percaya ramai di luar sana yang menyokong dan memahami apa yang berlaku. Tak gitu?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

90 responses to Diana Amir Kesal Dengan Aksi Berkemban, Tak Apa Dik, Perkara Yang Lepas Jangan Dikenang

  1. ok jerk.... says:

    1st… xpe yg penting diyana dah bertaubat ….. you sgt cantik lps bertudung……….

    0

    0
    • kami says:

      kami tetap support diana amir..

      0

      0
    • Queen.Of.Goldfish says:

      past is past….

      life must go on….

      buka muka baru….

      y lepas biarkan blalu…

      start from now on..

      xmau ag naaaa kemban2 naaa,,,

      ak as seorg gadis mang respect ngan ko…

      keikhlasan 2 tpancar dari muka ko y ikhlas 2 diana…

      even ak xbape nak minat ko but ak pcaya ko ikhlas…smua 2 leh nampak dari muka ko diana…

      last but not least~~~

      ko sgt cantik bhijab…sweet sgt2….

      wish u all d best girl~~~

      0

      0
    • makcik k-pop says:

      nama pun lakonan semasa zaman ‘gelap’… skrg dh ‘cerah’..ok la tu..janji ikhlas…. let gone be gone…

      0

      0
    • Unknown says:

      Mmg cantik. Hopefully dia pakai bukan semata-mata ikut trend sahaja. Hopefully dia betul-betul dah ubah ideologi dia (:

      Inshaallah, kalau niat dia selaras dengan Islam, everything will be fine.

      0

      0
    • nina says:

      pengarah tu islam kan???emmm,,,kalu dia berhati perut dia akan cancel tayangan filem tu…jangan fikir untung je,,,,,,kalu ditayangkan jugak pengarah tu pun berdosa jugak kan,,,,kesian diana amir

      0

      0
      • UglyNara says:

        Entah, bangang betul aku pun pikir macam ko gak..

        since pengarah Islam, ada dua benda ko boleh buat, potong babak tu atau kaburkan bahagian badan dia
        yang mana-mana macam nampak lurah dan sekitar dada.

        Mengenai rambut, boleh juga kalau director prihatin, suruh dia sensorkan sepanjang durasi filem tu, kalau 2 jam, 2 jam la sensor. Kalau xboleh, dada/badan tu cukup la sebab ni filem dia yg terakhir yang tak bertudung.

        Aku dgr citer KERAMAT citer2 hanti ni pun dah ble agak dah bape kutipan dia…citer hantu kot..plg tinggi kuar Astro First..

        0

        0
      • lara_hati says:

        uglynara – citer ni lebih pada ilmu saka yang org suka sgt belajar..tp syirik sebenarnya..bila tk dibuang makan diri, ada satu lagi filem dia tidak bertudung bakal ditayangkan..tk silap tajuk 3 temujanji…harap2nya Diana amir diberi ketabahan…utk hadapi kisah masa lalu.

        0

        0
      • nina says:

        betul betul betul,,,,,,,,,kalu nak tayangkan sgt film ni kaburkan mana2 yg patut…lagi satu,semalam aku tgok astro first tayang cite aku masih dara……..tak bole fikir ke diana amir dgn raja fara kan dah bertudung

        0

        0
    • Mak Jemah Ronggeng says:

      mula2 bila dia ni pkai tudung,aku pun terkejut..
      dari sexy yang teramat-amat sangat,nak2 dlm movie aku bkn dara skrg dah bertutup dah :)

      ingatkan propa,tp lama2 aku boleh nampak keikhlasan die..

      sejuk je mata aku tgok die..hidayah Allah tu x knal siapa kn ? :)

      keep it up diana

      0

      0
    • cikikaka says:

      ade jgk yg dislike… pelik…

      0

      0
    • aku laa stalker says:

      npe iklan rozita ni wat semak blog ni je?? rimas ar nk kna close jer!!!!

      0

      0
    • REDBLOODSNOW says:

      kesian diana kan. Takpe…as long as kami tahu yg diana buat shooting tu semasa diana lom bertudung lg. Tp if nanti-nanti ada mulut puaka yg tak tahu menahu hentam diana amir…..siapa lah dorg aku puakakan balik! hehe

      0

      0
  2. nicky says:

    kesian kau dik.. nk buat cemane kan..bende dah lepas

    0

    0
  3. cinta Allah says:

    seharusnya pertahankan agar rakaman aksi dalam filem dipotong dan tidak disiarkan…dah kedepan jgn patah balik…hukum Allah tetap hukum Allah

    0

    0
    • Y says:

      kalau potong maybe jalan cerita dah lari… mesti ade kaitan scene tu dgn jalan cerita selepasnye…. munkin diana amir pun tak boleh buat ape dah….. benda tu melibatkan banyak pihak…. tak pe lah benda dah lepas kan… diana pun dh bertaubat…. anggap jela ni hukuman dari kelalaian dia…. ape2 pun tentang aksi berkemban tu, tu urusan pengarah cerita tu dgn Allah…. diana dah sah2 kita tau dia dh bertaubat dan menyesal…. kita bersimpati je la pd diana….. jgn bagi tekanan lagi kat dia… kesian…. Allah maha mengetahui dan maha pengampun… harap2 diana tabah….

      0

      0
      • zara safiya says:

        maybe boleh di blurkan kot.. mane yg lebih penting jalan cerita yg mungkin boleh melalaikan penonton ataupun aurat yg akan dibangkitkan di akhirat nanti?? pengajaran buat si penerbit agar tidak lagi menggunakan unsur2 yang melampau.. atau terlalu seksi yg menayangkan tubuh badan artis wanita lagi… :)

        0

        0
        • tak kisah says:

          setuju, mungkin boleh di ‘blur’kan , moga Diana Amir terus istiqomah dengan penghijrahan ke arah kebaikan :)

          0

          0
        • bicara kata says:

          yup.. betul tu.. bukan ape.. setiap aurat yg dipamerkan tu akan menjadi dosa sampai la di alam kubur nati.. ikhtiar la agar aksi yg memerlukan diana amir ni berkemban dipotong atau di blur kan.. wallahualam.. (sekadar pendapat)

          0

          0
        • BOoOooo says:

          Weh “zara safiya”, “bicara kata” n “perasan ko superman”.. Ko org yg same kan?? Kalo ye pon nk sokong komen sndri pkai la email laen.. Haha.. Kesian pulak tgk ko.. Dgn ini aku bg sebijik thumb down.. Ehh 3 bijik! Hahaha

          0

          0
        • BOoOooo says:

          Tgk la thumbnail “zara safiya”, “bicara kata” n “perasan ko superman” tu… Kan same je bentuk n kalernye tu… Kantoi…. Haha!

          0

          0
        • Suparman Martopo Bieber says:

          aku bukan nak sokong BOoOooo tp betol la,aku pun rase nak tergelak ni ! haha

          keep it up BOoOooo,lawak siot !

          0

          0
        • Y says:

          Ikutkan penerbit, jalan cerita lg penting… Kat situ dh jelas sbb dia cuma rasa bersalah tp tak dapat buat apa2… Yg penting bg mereka, filem ditayangkan dgn sempurna… Tp bg diana amir dan kita semua, aurat yg dibangkitkan di akhirat lg penting… Sbb tu dia byk kali ucap kata menyesal dgn perbuatan dia… Klau senang boleh mintak blurkan watak tu mesti diana amir org pertama dh cadangkan… Tp nak buat mcm mana kan.. Dia cuma pelakon bukan penerbit.. Org2 kuat filem tu semua mesti nak kesempurnaan dalam karya mereka… Mungkin sbb tu diana redha dan berserah saje pd Allah… Sbb tu saya cakap, tu urusan pengarah/penerbit filem tu dgn Allah… Kalau kita sokong diana, saya harap kita tak payah la tengok filem tu… Jgn ada yg cuma mencadangkan macam2 tp ajak boyfriend tengok wayang filem ni sama2… :)

          0

          0
        • perasan ko superman?? says:

          aku setuju gan cinta Allah.. zara & tak kisah tu.. at least ikhtiar kan.. blur kan ker.. si Y ni sokong si penerbit tu gaknye…mungkin dy pong nak nengok aksi tu kot.. haishh!! pelakon pon mainkan peranan der… suruh blur kan jer kot bukan banned.. :P (sile lah UNLIKE yer incik/cik/puan Y)

          0

          0
        • Y says:

          hehe… tergelak bace…. amboi bahase…. saya sokong penerbit tu?? sila baca lagi sekali adik… jgn salah faham… baca dgn hati terbuka bukan dgn perasaan yg marah… :)

          saya tak cakap saya sokong… dah jelas kat atas tu saya tak condemn pun komen “cinta allah”.. saya tak cakap saya tak setuju dgn cadangan “cinta allah” tu… saya cuma bg pendapat kenapa mereka tak potong scene tu… baca betul2 ye…. dan lagi 1, saya tak cakap saya tak setuju pasal “blurkan” watak macam “zara safiya” cadangkan tu… saya cuma cakap kemungkinan kenapa meraka tak blurkan… sbb mereka nak kesempurnaan dalam karya mereka… pahamkan betul2 sebelum tuduh bukan2…. saya tak komen ikut perasaan… bg saya, nak kutuk pun tak guna… so saya cuma komen positive… lagi sekali, pahamkan betul2 sebelum tuduh bukan2…. :)

          0

          0
        • Queen.Of.Goldfish says:

          miss communication suda kau nieh ‘perasan ko superman??’

          cuba ko start baca awai2 comment saudara y 2..

          dia xdak condem pon depa2 2..dia juz explain impact if depa2 blurkan scene diana 2 der..

          ades bukan dia jek tgelak ngan ak2 sekali tgelak baca comment ko der..

          sekian…ko jgn baca lam keadaan emosi na..

          lapangkan hati..tenangkan fikiran..

          ko da salah judge org nieh…

          ak paham apa yang saudara y 2 cuba explain…ak harap ko pon sama der…

          peace yawwww

          0

          0
      • terminator998 says:

        kira okay ler tu dia mempertahankan pendapat dia.. aku rasa tak salah pon.. pendapat dia pon bernas.. tak mengaibkan sangat..

        0

        0
      • bobo says:

        sure je booooo 2

        0

        0
      • hah sempottt~ says:

        haah aku sokong pendapat zara safiya n the geng..x salah pon pendapat dia, matang n lebih berasas..suke baca..si boo tu x yah la nk kondem sangatt..

        0

        0
  4. chenta2012 says:

    Alhamdulillah..yang lepas bia la lepas..sesungguhnya ALLAH SWT maha mengampun & maha mengasihani hambanya.

    0

    0
  5. sha says:

    syabas diana amir

    0

    0
  6. khalis says:

    Semua ini menjadi lumrah pada semua artis yang berhijrah.. wardina pernah meluahkan kekesalannya atas kejahillannya yang lama..

    0

    0
  7. nita says:

    sabar…we all still belakang diana amir…benda dh lepas, dan jdkan ini pegajaran untuk kita semua…

    0

    0
  8. bicara kata says:

    setiap aurat yg dipamerkan tu akan menjadi dosa sampai la di alam kubur nati.. ikhtiar la agar aksi yg memerlukan diana amir ni berkemban dipotong atau di blur kan.. wallahualam.. (sekadar pendapat)

    0

    0
  9. me myself says:

    xpela noks..yg lepas tu amik jd ikhtibar. Allah Maha Mengetahui…

    0

    0
  10. cinta Allah says:

    yup..sokong sgt ur opinion bicara kata…cari jalan untuk pertahankan diri supaya aksi rakaman berkemban tu tidak disiarkan..sekalipun perlu dibayar kerana kerugian pihak tersebut..bayarlah..duit boleh dicari tapi maruah xboleh dibeli…maaf..sy hanya menyuarakan pndpat…ape2 pn suke sgt diana amir dh brubah

    0

    0
  11. benazir benar says:

    yg pnting u r gojes!!!!LOL

    0

    0
  12. beLLa says:

    this supposedly bg iktibar kat artis2 baru y ckp sexy tu xpe. nty bila dia dah berhijrah, cthnya macam diana ni, aurat2 dia yang lama still jd tatapan org. soo berpada2lah dalam berlakon ni.

    0

    0
  13. DIANA AMIR DAH BERUBAH,DAH BERHIJRAH,ABANG NARA PUN SIMPATI DENGAN NASIB NYA,TAPI KENAPA ABG NARA TAK DELETE GAMBAR DIANA AMIR YANG BEKEMBAN TU DALAM WEBSITE NI?

    0

    0
  14. Diaana Amir.. tape.. atlis mengaku kesalahan itu adalah lebey baek.. daripada cakap…

    “saya hanya mengikut apa yang diarahkan oleh pengarah” jawapan stended retis…hhaha!

    0

    0
    • Queen.Of.Goldfish says:

      “saya hanya mengikut apa yang diarahkan oleh pengarah” jawapan stended retis

      muahaha statement siapakah ini???

      lalalalaaalala

      0

      0
      • pokcik senah says:

        ramai je retisss yg tak berapa cerdik jawap camtu, eheks

        0

        0
      • LOJI TAIK WAN says:

        ada lagi!

        saya berpakaian macam itu sebab hanya mengikut tema! xkn nak pakai baju kurung pulekkk
        LOL :p

        0

        0
        • Queen.Of.Goldfish says:

          ——————————————————————->

          sila pandang sebelah kanan ye semua

          utk mjawab kepada statement y da dikeluarkan oleh encik LOJI TAIK WAN

          lallalalaa peace yawwww

          0

          0
  15. i suka org bertudung says:

    barang yang lepas jangan dikenang k? jadikan ini sbg pengajaran..

    0

    0
  16. Sidlorde says:

    dah lepas xpe..tapi kalau boleh,xperlulah ambik bayaran lakonan mase buat filem tu..jgnlah redha dgn kesalahan kite ngn ambik bayaran daripada apa yg kite buat salah itu..wallahua’lam..

    0

    0
  17. Alin Marlini says:

    mmg x brp suka ngan diana ni dulu sb seksias..hehehe

    0

    0
  18. Queen.Of.Goldfish says:

    out of topic~~~

    asal ak bukak jek bn nieh….terjojol muka ‘awek cun” seblah nieh pakai baju pokok mempelam daaaa..

    tkejot ak memalam lau nengok mata awek cun sebelah nieh renung ak..

    serious…nengok mata dia hati ak dak rasa best..

    xtaw nape…hard 2 explain..

    lau memalam bukak bn and nengok lak dia tenung ak..

    waaaaa scary derrrrr….

    well maybe ak jealous…sila dislike..

    ermmmmmm

    0

    0
  19. HUMMER69 says:

    MENYEMAK BTOL LAH MUKA SI KEJONG
    SEBELAH KANAN NI!
    ONE DROP PERFUME KE
    MILLION DROP PERFUME..
    ADA AKU KISAH…..????

    DIANA AMIR MUKA BERSERI…

    SI KEJONG NI HARAP MUKA MAKE UP TEBAL
    SERI TAKDE DAH SERUPA MAK TIRI SNOW WHITE!

    TEPPPPIIILAH!!!
    BUAT MENYEMAK PANDANGAN AJE!

    0

    0
  20. student bandung says:

    tahniah diana..doakan semoga Allah beri ampunan kpd u me n others..amin…

    0

    0
  21. me says:

    ap kata abg nara buang entri2 yg ad gmbar diana amir yg dlu2 sblm dia bhijrah sbb lau org len tgok dia still dpt dosa..mgkin abg nara boleh tlg dia dgn cara tue wlaupon kecil pertolongan tu tp mgkin amat bmkna buat diana amir….

    0

    0
  22. Triple_j says:

    benda dah lepas, mcm kes wardina juga la yg gambar sexynya masa dulu2 tu sampai la ni org dok main, especially yg tak suka dengannya. takpelah, yg penting kekalkan pemanmpilan dan perangai sekarang okey

    0

    0
  23. NenekPenne says:

    artis mcm ni kita lagi suka kan..
    terus terang cakap rasa kesal dia tu..
    tak per diana, masa tu awak tak dapat hidayah lagi…
    anda dimaafkan…
    ewahhh

    0

    0
  24. pizza says:

    Setiap apa yang kita lakukan kat dunia ni, pasti ada akibatnya. Aku ambil iktibar dgn apa yg jadi kt Diana ni. Ini kafarah buat dia atas apa yang telah dikerjakan dahulu. Dun get me wrong. Deraan mental iaitu penyesalan yang x sudah ini sbg satu bentuk hukuman, salah satu tujuaannya ialah untuk membersihkan dia dari dosa2 lepas. Moga2 Diana ‘bersih’ daripada azab di akhirat. Itu lebih baik sebenarnya.
    Poor her. But past is past. Takpe lah Diana, just embrace it strongly. Because it’s very fortunate of you to be the chosen one. Hidayah ALLAH itu merupakan hadiah drpdNYA yang sgt mahal, dan u sgt bertuah menjadi penerimanya. Itu yang paling penting.
    I wish u best of luck, Diana Amir.

    0

    0
  25. kasut putih says:

    byk2 solat taubat ye sayang.. Allah Maha Pengampun.. wallahualam..

    0

    0
  26. cikukularis says:

    alhamdulillah..semua sokongan yg positif dpd komen2 diatas ni byk support kamu diana..past is past..ape yg penting…keikhlasan dr hati kite..tawakal..

    0

    0
  27. ainakhani says:

    bakal ditayangkan? keramat dah ditayangkan la bang nara oi.. aku dah tengok last week lagi.. adohai.

    0

    0
    • olala says:

      Oo… Dh tgok eh… Penting tak babak berkemban die tu? Perlu ke? Kacau jalan cerita ke kalau potong?

      0

      0
      • lara_hati says:

        Bagi saya, scene berkemban diana tu tk de la penting sgt pun, cuma dia muncul berselang-seli dgn watak munirah(pelakon drama syurga cinta+pelakon drama santau merasuk) nk menunjukkan dia nak bersama dgn watak zul handy black) dlm tu ha, scene kt bilik mandi…dan pendapat saya si watak munirah tu…100 kali seksi dari diana amir(siap ada scene selepas kejadian bersama mereka tu) korang bayangkan sendiri la..tp part diana amir tu..dorang kalo tunjuk muka je dah cukup…org dh fhm pun..cuma maybe dari sudut cinematografi le kot cacat skit. dan for me scene ni tk de pun..tk ape..perlu ke tunjuk permukahan..utk bgtau..munirah tu tubuhnya ditumpang watak mustika(diana di zmn dahulu)- terkejut gile tgk babak tu..igtkan citer hantu je…adeh..heran leh lepas LPF.

        citer ni- tgh2 ok, ending adeh tak menahan)..

        0

        0
  28. sian diana says:

    Anggaplah ini sume dugaan diana, yang penting abang mmg suke ngan diana skang ni,jom kawin

    0

    0
    • Dato minah jambu 24jam mengadap computer says:

      Dulu isu diana pakai tudong ha sekarang ungkit balek isu berkemban ape nk jadi manusia ni kesah lama pn nk ungkit2 dh tkde MODAL gak nye ishhhhhhhhhhh !!!

      0

      0
  29. Dato minah jambu 24jam mengadap computer says:

    eleh nk kesal k0non ! dh bertudong baru nk kesal dulu kenape tk di kesal kn ! dh menyesal ke? elehhhh tk payah lah nk di kesal knnnnnn tu kn perkara dh lama n dh basi buat ape nk ingat2 lagiiii masa dh berlalu ….sekarang diana dh bertudong ha ingat masa sekarang ni buat amalan banyak2 n jangan toleh kebelakang lagi……tapi diana maseh toleh kebelakang pasal dia nk ingat balek masa dia shuting berkemban…….mungkin dia ni teringat masa hepening dia berkemban tol tk…..n mungkin jugak dia menyesal bertudong time muda2 ni…………..pasal dia tk boleh berkemban lagi bila berlakon …………

    0

    0
    • dislike says:

      merepek merapu meraban…=p

      0

      0
    • pizza says:

      BODOHHHHHHHHHHHHHH punya pompuan!

      0

      0
      • Dato minah jambu 24jam mengadap computer says:

        ape yg bodoh ! kau la yg bodoh ! banyak sangat makan pizza dh jadi bodoh hahahahahahahahahahahahahahahahaha BWEK !!!!

        0

        0
      • pizza says:

        Aku harap hidayah ALLAH akan dtg pada kau Minah. Truly, from my most sincere heartfelt. Statement2 kau ni, especially ttg perintah menutup aurat yang kau selalu sgt persendakan, satu hari akan makan diri kau balik. Mark my words, Minah…

        0

        0
    • ron says:

      mmg la perkara dh lama dh basi buat ape nk ingat2…

      tp cite ni kan baru kuar.. so cmne pon mesti la die teringat2.. ape daa…

      0

      0
  30. hasrulhassan says:

    Hidayah bukan diberi …. tetapi dicari … alangkah untung mereka yang cuba mencari hidayah dari mereka yang sibuk mempertikaikan hidayah yang diberikan kepada orang lain.

    Alhamdulillah, ada juga manusia yang insaf dan sempat untuk melakukan sesuatu. Perkara lepas dijadikan iktibar, kerana itulah adanya kitab yang ditinggalkan kepada kita untuk lihat segala kesilapan umat lalu.

    Setiap kali kita lihat kesilapan itu, kita akan kenang apa yang patut dan tidak patut.

    0

    0
  31. Mama Lissa says:

    Takpe dik, Allah syg hambaNya yg berbuat salah kemudian menyesal dan bertaubat serta berjanji tidak akan mengulangi lagi….

    0

    0
  32. olala says:

    Kalau ikotkan, rambut pun aurat. Kalau blurkan setakat bahagian kulit yang terdedah, takde bezanya. Mungkin babak tu memainkan peranan penting dlm plot cerita dan pada masa tu Diana sendiri setuju nk berkemban untuk filem…

    TAPI kalau babak tu takdelah penting utk plot Keramat tp still director nk tunjuk, memang tak patutlah beb. Editlah. Potong mana patut. Yg penting kita tau, Diana dah insaf. Ni hal pengarah.

    Ape2 pun, aku respek jwpn Diana, ‘apa yang mereka lihat itu adalah diri saya sebelum ini yang kurang keteguhan dan pendirian agama’. Biar bende cmni jadi contoh & iktibar utk artis2 yg lain yg insyaAllah bakal berhijrah nnti supaye tk tayang peha sana sini.

    0

    0
    • Dato minah jambu 24jam mengadap computer says:

      asek nk di blur blur kn je ape yg ada kt drama tu ? lebih baik jangan di tanyang kn lagi cantek kn lagi bagos tk nampak ape2…..bodoh !!!!!

      0

      0
  33. Elly says:

    Sayang Diana Amir muah muah.

    0

    0
  34. uchu says:

    Bagus la macam tu..sekurang2nya ada penyesalan…

    0

    0
  35. bunga melur says:

    InsyaAllah,Allah lebih tahu berkenaan hamba2 nya..kita ni bukan sapa2 nak judge org dan dosa pahala org lain.

    0

    0
  36. tamara says:

    0ut of t0pic jap….kenapa kat atas tu ada iklan free chat utk lesbian? Nara…t0long alert!!! iklan kan la benda2 yg patut je…..

    0

    0
  37. tamara says:

    bl0g Nara pr0mote free lesbian chat rooms? nape ada iklan cmtu dlm bl0g nie…NARA, tlg alert OK!

    0

    0
  38. Anonymous says:

    pengarah atau penerbit tlg la kesian kat dia ni…blurkan la ape2 y patut…klau diorg tak mmbantu diana ni, maknenye diorg gak kene tanggung dosa ni..ermmm…lagipn sesame Islam, tak kan xde rse simpati kt dia…ape2pun jawapn diana tu mmg sgt selamat dan nmpak kebijaksanaan nye…GL girl…moge ianya berkekalan…aminnn

    0

    0
  39. […] pun, Admin percaya ramai di luar sana yang menyokong dan memahami apa yang berlaku. Tak gitu? –beautifulnara.com Tags: 2012, artis, azahari zain, beautiful nara, berkemban, bertudung, diana amir, filem, keramat, […]

    0

    0
  40. […] pun, Admin percaya ramai di luar sana yang menyokong dan memahami apa yang berlaku. Tak gitu? –beautifulnara.com /**/ Jom komen melalui facebookFiled Under: ArtisSpeak Your Mind Cancel replyName *Email […]

    0

    0
  41. tido says:

    korg y kekonon sokong diana amir ni tak payah tgk je la senang…

    0

    0
  42. john says:

    susah apa diana? kau bertaubat jerlah.. mintak ampun dengan tuhan.. insyaallah tuhan ampunkan dosa kau! peminat2 kau nk kutuk kau ke? lantak dia lah.. janji kau diredhai oleh tuhan.. itu aje!

    0

    0
  43. siti says:

    apapon kami tetap sokong Diana..we love u

    0

    0