Written by AbangNara | August 15th, 2012

Menarik juga kisah penghijrahan Ayu Raudhah yang telah bertudung baru-baru ini. Selama ini Ayu sering diberikan watak baik dan bertudung di dalam drama lakonannya. Ternyata watak tersebut memberikan impak yang sangat besar kepada Ayu dalam membuat keputusan untuk berhijrah sepenuhnya.

dialog

Berkata kepada portal Murai, Ayu memberitahu yang dialog-dialog yang dilontarkan di dalam drama turut memberi kesedaran kepada dirinya.

Sebenarnya sudah lama tertanya-tanya pada diri sendiri, bila agaknya saya hendak bertudung tetapi semakin mendekati ramadan ini hati saya semakin kuat untuk berhijrah. Malah, saya akui dialog dan watak saya sebagai seorang wanita muslim solehah yang berhijab penuh ketika berlakon telah membuatkan diri saya sendiri tersedar untuk berubah seperti watak tersebut. Kadang-kadang dialog-dialog yang saya sampaikan mengenai Islam di dalam drama itu bukan sahaja menyedarkan penonton, malah diri saya sendiri untuk berubah.

Siapa sangka daripada dialog-dialog sahaja hati Ayu Raudhah terbuka untuk bertudung. Malah, suami Ayu, Zaquan yang pada mulanya terkejut ternyata sangat gembira dengan perubahan ini. Kepada Ayu, semoga rezeki anda dimurahkan lagi selepas berhijrah ini. Tahniah sekali lagi kepada Ayu atas perubahan ini.

18 responses to Dialog Ketika Berlakon Dorong Saya Berhijrah – Ayu Raudhah

  1. Ayu xberapa ayu kot says:

    Tahniah boh…

    0

    0
  2. Anonymous says:

    Puiihhhhhh

    0

    0
  3. hijabis says:

    Mampos lah. Aku tak kesah pon. Kepettuiiiii

    0

    0
  4. anon says:

    dan satu lagi produk halal dari jakim.. eh silap.. seorg lagi wanita tiba2 tersedar akan kewajipan dia sejak dia baligh..
    papepun alhamdulillah ke hadrat Illahi..
    semoga menutup dada yang membonjol, juga menurunkan bonggol di kepala..

    0

    0
  5. […] Menarik juga kisah penghijrahan Ayu Raudhah yang telah bertudung baru-baru ini. Selama ini Ayu sering diberikan watak baik dan bertudung di dalam drama lakonannya. Ternyata watak tersebut memberikan impak yang sangat besar kepada Ayu dalam membuat keputusan untuk berhijrah sepenuhnya. … Continue reading → […]

    0

    0
  6. LOSER says:

    Ini lah penghijrahan paling best pernah aku dengar. Niat sudah ada semasa membawa watak. Ya Allah Alhamdulillah. Semoga sukses dunia dan akhirat ayu raudhah. Ingat, bertudung dan menutup aurat tidak menutup periuk nasi anda.

    0

    0
  7. fee says:

    jangan sekadar berhijab di luar…hati pun kene berhijab!

    0

    0
    • Raja minah jambu 24jam mengadap computer saya pileh mengundianda bagaimana ? says:

      bukan berhijab je ! hati mesti mau iklas !

      0

      0
      • nina says:

        hijab mesti dipakai meski walaupun terpaksa.lama2 ikhlas akan datang sendiri.sebab tu dari kecil mesti diajar bertudung.bila dah baligh kita dah biasa utk keluar bertudung dan akan rasa bersalah/berdosa bila tak pakai.kita doakan ayu raudhah kekal bertudung simple dan bukan setakat tudung sarung nangka je.

        0

        0
  8. markonah tonggeng says:

    pakai tudung tapi mulut macam puaka pun tak guna gak!

    0

    0
  9. Anonymous says:

    sgt cantik!!
    berhijab itu wajib…xkiralah perangai lain mcm mana…tp lg baik berhijab dan berperangai baik…org yg berhijrah kite mestila alu2kan…jgn down kn…nak mula berhijab mesti paksa diri n x perlukan keiklasan sbb ini benda wajib…but later on keiklasan akn dtg sndiri =)

    slamat 10 ramadhan terakhir = )

    0

    0
  10. sssssssssssssssssssssssssss says:

    Takde yang cantiknya pun…biasa2 je kita tengok dia ni dah serupa dengan wanita2 yang bertudung diluar sana tu…mekap tebal je yang lebih..tak ada keaslian langsung dan banyak yang palsu…janganlah nak perasantan lebih ayu ke jelita ke cantik ke atau sebagainya yang dah bagus konon bila dah bertudung tu..hati biar benar2 ikhlas bukan kerana terpaksa atau ada yang memaksa..itu dah lari dari penghijrahan yang sebenar..janganlah hanya nak berselindung je dari kain2 tudung tu je dan jangan berpura2,bermuka2 dan jangan hanya berlakon nak bagi orang sokong dan minat engkau lebih disebabkan artis2 malaysia yang ingin bertudung semakin terdesak untuk mengambil hati peminat2 diluar sana sebab tu semakin hari artis2 malaysia berkejar2 nak pakai tudung..takpekan berlakon dalam keterpaksaan…apa nak buat dunia hiburan malaysia akan menjalani proses perubahan yang drastik walaupun ramai artis2 yang tak boleh terima…kesiankan..ah undi2..jangan tak undi ya untuk artis2 bertudung ni…sorry jangan marah..entahlah gasaklah dengan korang semua..wallahhualam…ok.. apa2pun selamat hari raya maaf zahir batin….

    0

    0
  11. Hati kecil ayu berbisik........ says:

    lakonan..lakonan…..lakonan…….mesti…mesti…..mesti……ada…………………….Apapun yang berlaku keatas diri ayu ketika ini ayu rasakan seperti melakonkan watak2 muslimah yang pernah ayu lakonkan..ayu terpaksa dan ramai peminat2 yang memaksa ayu berubah kejalan yang benar dengan menyuruh ayu menutup aurat ayu..walaupun hati ayu merintih tidak mahu dan belum bersedia kearah itu tapi ayu terpaksa lakukan demi menjaga hati peminat2 ayu..ayu tak mahu mereka lari dari meminati ayu dan ayu ingin mereka terus2an mengundi ayu…ketahuilah wahai peminat2 ayu dan orang2 diluar sana tu walaupun hati ayu merintih dan meronta yang mana kalau boleh ayu ingin sentiasa seksi dan meletop..tapi ayu terpaksa berubah secara mendadak kerana ingin memuaskan hati banyak pihak.maafkanlah juga ayu kerana ayu berubah bukan dari hati ayu yang sebenar..,ayu terpaksa dan banyak pihak memaksa..lagipun ayu kenalah terima keadaan sekarang dan akan datang yang mana wanita2 malaysia yang islam perlu berubah dengan bertudung litup…walaupun hati ayu sedih dah tak dapatlah nak melawa dan berposing seksi2 lagi..aduh sedih sungguh rasanya hati ini… kesiankan ayu..nak nangis rasanya…maafkan ayu wahai peminat2 semua kerana terpaksa juga berlakon menjadi wanita muslimah dimata kalian kerana terpaksa…selamat hari raya maaf zahir batin ya..jemput2lah datang kerumah ayu nanti ok…itulah salah satu skrip yang perlu ayu lakonkan dalam drama akan datang ciptaan sendiri…untuk peminat2 semua…………………… apapun terus menyokong ayu ya….terima kasih kerana menyokong ayu juga….ok byee semua…..

    0

    0