Desas-desus Perkahwinan Dilanda Badai: Hafiz Hamidun Akan Keluarkan Kenyataan Rasmi

Hiburan

Desas-desus Perkahwinan Dilanda Badai: Hafiz Hamidun Akan Keluarkan Kenyataan Rasmi

Khabar angin tentang perkahwinan Hafiz Hamidun dengan Joy Revfa yang dikatakan bermasalah sudah agak lama juga penulis dengar. Bagaimana Netizen tidak bersepekulasi, bukan? screen-shot-2017-03-23-at-2-10-57-pm
Hafiz sendiri mendakwa akaun Instagramnya disekat oleh Joy, menyebabkan dia tidak mengetahui Joy memuat naik gambar yang dianggap seksi.


Malah, Joy dilihat sudah agak lama memuat naik kapsyen Instagram seolah-olah mengeluh dan tidak berpuas hati dengan Hafiz. Manakala baru-baru ini, Hafiz memuat naik gambar bersiar-siar dengan ibu-bapanya di Instagram dan kelihatan gembira–tanpa Joy.

Dalam perkembangan terbaru, mStar Online melaporkan bahawa Hafiz sedar akan khabar yang bertebaran dan akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai desas-desus itu tidak lama lagi.

Advertisement

Saya minta semua pihak bersabar kerana satu kenyataan rasmi akan saya buat mengenai hal ini.

Rasanya jika sekadar hendak menepis gosip liar yang mendatang tak perlu nak kenyataaan-kenyataan rasmi ini. Apakah sebenarnya yang ingin diberitahu oleh Hafiz?

Untuk pengetahuan anda, Hafiz Hamidun masih belum berkahwin sebelum berkahwin dengan Joy yang sebelum ini merupakan seorang ibu tunggal. Joy ialah pengasas rangkaian kosmetik Merve dan nama sebenarnya ialah Siti Arifah Amin, ibu kepada anak lelaki berusia tiga tahun yang bernama Arryan Firdaus. Masing-masing membina populariti di media sosial sebelum ini dan mempunyai ramai pengikut.

Apa pun, kita doakan apa saja yang bakal diumumkan oleh Hafiz itu nanti ialah sesuatu yang baik saja.-beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...