Written by AbangNara | April 5th, 2017

Pernah mengalami episod duka di dalam percintaan selepas perkahwinan yang dirancang bersama Amyra Rosli terputus di tengah jalan, kini Dazrin Kamaruddin telah menemui cinta baru dan bakal mendirikan rumahtangga tidak lama lagi. Gadis bertuah yang berjaya mencuri hatinya adalah seorang ketua pramugari yang bernama Nur Fazulin Razali. Dazrin dan Fazulin bakal bernikah pada 6 Mei ini di Hotel Avilion Legacy, Melaka kira-kira jam 11 pagi.

dazrin fazulin

Dazrin telah menemui bakal isterinya yang bekerja di sebuah syarikat penerbangan yang berpangkalan di Jeddah menerusi aplikasi Smule kira-kira 2 tahun yang lalu. Kata Dazrin:-

Alhamdulillah jodoh saya sudah sampai dan Insya-Allah saya dan bakal isteri akan melangsungkan pernikahan pada 6 Mei. Kami akan bernikah terlebih dahulu sebelum mengadakan majlis persandingan pada Julai depan di Melaka juga.

Sebenarnya aplikasi Smule yang telah mempertemukan kami kerana minat kami terhadap nyanyian. Sejak itu hubungan bertambah akrab walaupun dia jarang berada di Kuala Lumpur kerana bekerja sebagai pramugari berpangkalan di Jeddah untuk menguruskan jemaah Haji dan Umrah.

Saya bukan cuba merahsiakan mengenai hubungan dengannya tetapi rasanya tidak ada apa yang perlu digembar-gemburkan memandangkan masih belum ada ikatan sah dengannya. Sekarang sudah ada perancangan dan tarikh nikah bolehlah saya bercakap mengenainya secara terbuka.

dazrin

Tahniah diucapkan buat Dazrin dan Fazulin atas berita gembira ini. Semoga segala perancangan dipermudahkan. Sama-sama kita doakan. Sumber Harian Metro.

13 responses to (TAHNIAH)Dazrin Kamaruddin Nikahi Ketua Pramugari, Nur Fazulin Razali 6 Mei Ini

  1. Anonymous says:

    tahniah! bgs cara dazrin ni.tak ada angin ribut tup2 bila semua dah pasti baru khabarkan. bkn mcm sesetengah psngan tu asyik bercakap psl kwin tp kwinnya tidak sampai hbs tahun berganti.

    27

    0
    • Anonymous says:

      Media tak nak tahu tentang kehidupan dia. maklum lah tak famous katakan..

      3

      24
      • minah jambu suka sahara yaakop says:

        tk femes tkpe asalkn bini jambu..

        4

        1
      • Sincerely says:

        Its not about famous atau tak.
        Dazrin was quite a celeb juga back then cuma nama dia dah senyap sikit..
        Kau nilai la sendiri dari brpa org yg dislike komen kau.
        Btw congrats dazrin!
        After what amyra did to you, you definitely deserves better, so happy that you finally have found the right one.
        Selamat berumahtangga!

        4

        1
  2. hakak cun says:

    tahniah lah yek

    3

    1
  3. diva says:

    kenapa badan ko makin gempal ni Dazrin oii

    2

    19
  4. Anonymous says:

    artis selekeh ..nampak sgt malas mandi,sebab tu agaknya amira pilih amar yg sentiasa groom, hmmm just my 2cnts

    3

    37
  5. Anonymous says:

    congrats. moga menjadi kali ini & pls..enjoy your marriage lief together tanpa drama2 kat tv ..wedding nak jd cinderella la, tuju2 lagu la, nangis2 masa nikah la..khayalan semata2. have a real marriage ..real life insyaAllah aman rumah tangga. wish u happy marriage.

    10

    0
  6. tarabas says:

    perempuan = ketua pramugari
    yg lelaki tu buat apa…
    dulu berlakon pun cuma tepi tebing jer..

    3

    25
  7. hiks says:

    tahniah nak kahwin gunting la rambut tu. rimas aku tengok

    8

    0
  8. senjakala says:

    hihihi…bab rambut aku setuju. besau!
    by the way, congratulations!.cantik bakal isteri dazrin.

    3

    1
  9. Anonymous says:

    ketua pramugari malindo air ke??sbb skrg ni malindo mmg ade base kat jeddah pn…

    0

    0
  10. L4dy_j4n3 says:

    Zulin a.k.a angah.. pernah berkahwin sebelum ni dan mempunyai anak..mungkin jodoh x panjang.. Ada kembar seiras zurin …Adik beradik diaorg mmg comel2 belaka… Semoga perkahwinan kali kedua ni berkekalan lah hendakNYA..

    0

    0

Leave a Comment

Optional