Written by AbangNara | September 11th, 2014

Nampaknya telahan dan tekaan Abang Nara mengenai kehamilan isteri pertama Ashraf Muslim iaitu Dayana Lokman salah sama sekali. Kalau sebelum ini ada gambar percutian mereka bertiga di Bandung yang seolah-olah menampakkan ‘baby bump’ Dayana, ternyata ia adalah bukan seperti yang diharapkan. Perkara ini telah disahkan oleh Ashraf Muslim sendiri.

ashraf muslim

Ashraf Muslim juga turut mengambil kesempatan untuk menjawab kritikan yang diterima oleh isteri-isterinya apabila mereka berkongsi gambar keluarga di Instagram ketika percutian ke Bandung. Kata Ashraf Muslim menerusi Media Hiburan:-

Isteri saya, Dayana belum hamil lagi. Doakan sahaja. Pada saya blog-blog hiburan yang ada sekarang ini senang sahaja buat cerita. Itu yang dinamakan fitnah bila menyebarkan sesuatu yang tidak benar.

Saya pun tak faham apa yang salahnya gambar-gambar tersebut. Takkan kedudukan isteri pertama dan kedua yang diambil juga menjadi satu masalah? Untuk tidak membiarkan hal tersebut menjadi cakap-cakap orang, saya menasihati mereka agar tidak memuat naik lagi gambar-gambar bersama. Dari gambar juga boleh menimbulkan fitnah.

Bila sudah jadi macam ni, saya tegur mereka. Dan nampaknya mereka faham dan dengar. Kalau ada pun yang dimuat naik adalah gambar masing-masing

ashraf muslim

Apa pun Abang Nara ingin memohon maaf kerana membuat telahan yang silap mengenai kehamilan Dayana. Bukannya nak fitnah tetapi sebenarnya tak sabar, berdoa dan berharap agar Dayana juga turut dikurniakan cahaya mata sendiri. Maaf kalau tersalah sangka sehingga menyebabkan Ashraf Muslim menganggap ia satu fitnah. Semoga di masa hadapan akan ada berita baik mengenai kehamilan Dayana. Sama-samalah kita doakan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

35 responses to Dayana Belum Hamil Lagi – Ashraf Muslim

  1. mutiara says:

    kalau bukan baby bump…..moncit kot

    0

    0
    • amoi says:

      Ala..muncit tu perkara biasa bg pompuan…mcm la ko x muncit skit wahai mutiara..cuma jgn muncit over sudeh..nak xnak kene jaga jgk badan tu yer dayana..sbb awak tu ade madu..kurang2 penampilan kena amik berat jgk…tmbh2 xde anak lagi..utk para isteri n aku sendiri jgk..walaupun xde anak, jgn la dress up mcm org yg ade 4 5..kekadang yg dah ade anak, nmpk mcm anak dara sbb pandai jaga diri..huhuhu..dlm islam x salah bergaya..tp jgn la berpakaian seolah2 berbogel..itu dah lain citer..

      ape pun, perancangan ALLAH utk umatNya adalah yg terbaek :)

      0

      0
  2. Wak Doyol English Hazab says:

    “Bila sudah jadi macam ni, saya tegur mereka. Dan nampaknya mereka faham dan dengar.”

    Tak berapa gemar aku dgn statement ni. Macam bagus la aku rasa. ‘Mereka faham dan dengar’. Aku tau ko suami, tapi perlu ke jadi boss abis.

    Dia doktor, kau artis suam.
    Dia graduate, ko SPM.
    Dia baik, ko kawen lari ke Siam.
    Dia setia, ko tipu dia.

    Still ko lagi bagus kan? Ko ingat ko tunjuk kebahagiaan ko tu orang semua lupa ko tipu bini nombor satu ko kawen lari ke Siam ke?

    I think DAYANA tu gila sangat dgn kau, cuma she is a polished lady and tinggi agamanya. Lebih bagus dari kau yang kawen lari. Kalau bukan sebab agama dan ingat Allah dah lama Dayana tinggalkan sampah macam kau.

    Bukan kau yg didik DAYANA, budi baik DAYANA yang ajar kau.

    0

    0
    • Sally says:

      As salam….memang kewajipan isteri mendengar cakap dan patuh pada suami. Memang kewajipan suami menegur dan ajar isteri. Barulah 2-2 masuk syurga…in shaa Allah. Biar la seburuk mana pun suami tu…itu antara dia ngan Allah. Tugas isteri tetap mendengar perintah suami. Wallahua’lam

      0

      0
      • minah jambu idop umno ! merah biru says:

        pasal patuh sangat ngan suami la si dayana ni kena tipu idup2 ngan si laki dia si ashraf hahahahaha patuh la sangat ngan laki jadi laki boleh goreng bini dia macm goreng pisang hahahahahahahahahaha…..cian..

        0

        0
    • no name says:

      Wak Doyol English Hazab…

      Walau setinggi mana tahap pendidikan isteri (contoh ada phd), si isteri masih WAJIB patuh dan taat kepada suami yang berpendidikan rendah (contoh ada spm sahaja) selagi si suami menyarankan si isteri berbuat baik dan tidak menyekutukan Allah s.w.t.

      Lebihnya si isteri dari segi rupa, harta, pangkat, ilmu, pendidikan agama, akhlak dll bukan lesen/alasan untuk tidak mendengar kata suami.

      Sebagai contoh, “Aku ni ustazah lulusan dari Mesir. Laki aku pulak bukan ustaz pun, cuma driver teksi. Spm pun x lepas. Jadi ikut suka aku la nak kuar rumah tanpa izin sebab aku lagi hebat drp suami aku.”

      See? kan dah ujub dah si isteri tu dengan ilmu dia. Malah derhaka lagi sebab kuar rumah tanpa izin. Ni ka ciri-ciri isteri yg berpendidikan tinggi sepatutnya berkelakuan wahai Wak Doyol???

      6 x 1 = 6

      0

      0
    • jeni says:

      Amboi..kau doktor..laki spm kena dengar perintah kau….sapa punya ajaran ni? Pikirlah sebab apa yang menghuni hell the jahanman tu kalangan isteri2…

      0

      0
      • Wak Doyol English Hazab says:

        Amboi..kau doktor..laki spm kena dengar perintah kau

        Sapa yang cakap laki SPM kena dgar cakap bini? Kat mana kau baca?

        Ke kau ni lulus takat SPM pastu kau yang tak paham bila baca? Pastu sentap?

        0

        0
  3. pikapika pong pong says:

    Maaf, Diana.. saya silap teka.. camne pun mudah-mudahan ada rezeki nanti.. :)

    0

    0
  4. Ju-On says:

    Kalau tak tahu cerita sebenar or belom sahih lebih baik berdiam diri je NARA…. abeh kisah… awk pon x berdosa menyampaikan cerita palsu… duit yg awk dapat dari penulisan pon berkat.
    Sekian.

    0

    0
  5. emy says:

    semoga berbahagia ashraf+dayana+wan sakinah+sarah ashraf..

    0

    0
  6. kasihabadi says:

    Fitnah akhir zaman. Mohon dijauhkan daripada manusia2 sedemikian.. Semoga manusia itu diampunkan oleh Allah s.w.t.. Aamiin..

    0

    0
  7. Mirai Suenaga says:

    Malu lah bini dia nnt. Wartawan pun tak habis2 vengong nya lagi

    0

    0
  8. nok gebuzzz says:

    mereka pun dah bahagia,biarkan saja la..

    0

    0
  9. polaris says:

    nara, jgn la beri statement seolah2 kau tak faham sangkaan salah menjadi fitnah..soalnya kau pakai tembak aje, kemudia kau sebar utk org baca dan membuahkan idea sendiri..apa org lain fikir, kau tak tahu..last2 jadi fitnah..kau kena belajar agama sikit laa..anak pun dah 2..sampai bila ko nak sebarkan cerita belum pasti yg ditokok tambah masyarakat menjadi fitnah?

    0

    0
  10. dil says:

    Bg orang mengharapkankn anak, cite mcm ni blh jadi sensitif nara oooi…fhmla org sama, kesian dayana

    0

    0
  11. lady says:

    ashraf..i single lg klu u nk tmbh another branch…hpe u ble bimbing ke jln yg benar

    0

    0
  12. Melati says:

    Biasa lah kalau suami Handsome dpt bini Tak cantik ,memang lah susah mengandung..suami tk selera…

    0

    0
    • APE DAA says:

      biasalah kalau mulut longkang macam melati nie kena maki…ke melati mengata diri sendiri…

      anak tu kan rezeki Allah..Allah nak bagi atau tak,tu semua ketentuan dye…stop making stupid statement la melati…it shows your ultimate stupidity…ke sengaja kuar statement maut untuk mintak perhatian?so sad..

      0

      0
    • Anonymous says:

      Melati bengap cam nara

      0

      0
    • yuhuu says:

      jaga2 sikit bila berkata2 yea.. ditakuti benda tu akan balik pd kite..

      0

      0
  13. xder citer buat citer says:

    dah x der citer sgt ker nara..recycle citer taik x abeh2..ke ko galak nau nak psg lg satu…

    0

    0
  14. seroja says:

    Lain kali belum org tu umum hamil, Nara xyah sibuk-sibuk teka. Kalau hamil oklah,kalau tak…da org ejek dayana muncit.Fahami perasaan wanita sebab xmustahil terjadi kt anak pompuan @keturunan kite.

    0

    0
  15. hj amir says:

    aku doakan diana dpt anak lelaki nanti..tp tgk dulu la sperma si aserap tu..kuat ke x..ahhaaaaa

    0

    0
  16. princesss says:

    nara.. cer letak pic terbaru bini kau. aku nak tgk jgk perut dia. jom kite komen reramai..

    0

    0
  17. janji Allah itu pasti says:

    Walaupn Dyana lum hamil lg..ksih syg kne ttap
    sama.walau 10 thun lg pn..syg lh dia dn jga
    prasaan dia.ko dh kcewa kn dia dlu.ko ptut
    bruntung Dyana leh trima ko lg..klu c bini
    no dua tu x tau lh leh trima ko klu dia d tmpt
    Dyana.

    0

    0
  18. rosty says:

    Dayana seorang doctor, madunye duk umah macam xkeje.Normallah.orang pandai biase tuhan bg penampilan dan muke biase,org x tinggi pelajaran ..kdg cantik.anyway..dayana ble polish lg penampilan & skrg tgk pun lagi improve vs dulu.beauty with brain..,support dayana.

    0

    0
    • scroll lock says:

      haha..ayat apa kau ni? what makes u think Allah give muka biasa2 pada org pandai? just because u’ve seen few brainers without beauty? ramai la kat luar yg cantik dan with brain! ramai juga yg cantik tapi brainless..ramai juga yg tak cantik dan brainless..tu sebab dalam dunia ni Allah jadikan mcm2 bnda..utk kita fikir, bukan buat kesipulan sempit..so jgn buat kesimpulan cepat sgt..*btw, cantik or tak cantik tu kan terpulang pada mata yg melihat..so, stop giving such nonsense reply..

      0

      0
  19. sakinah says:

    yang selalu muat naik gambar kontroversi isteri no 2 dia. orang cakap action speak louder than words. kalau ada no1 dan 2 yang dicintai dan disayang adalah no 2 sebab tidak akan ada no 2 kalalu no 1 di cintai dan disayanagi…. ashraf berlagak pandai mengendalikan rumahtangga berdasarkan gambar2 macam riak pun ada….. dia ni selalu membohong. dulu pun dia membela wan sakinah cakap media memfitnahnya tapi tup2 nikah di siam…tapi dr dayana tidak di bela bila orang cakap gemuk macam tong drum, tidak cantik tidak pandai jaga laki, mandul.. maklumlah orang yang berzina (macam jenis zina), curang dengan isteri dan tunang biasa membohong dan menipu jadi semua kenyataan nya pun selalu menipu….. selagi dia suka menipu dan tidak ikhlas dengan Dr dayana selagi itu tuhan tidak akan beri zuriat dengan dr dayana. dalam temuramah pun selalu dia cakap “tidak sabar balik jumpa isteri dan anak” tak sabar berbuka dengan isteri dan anak” ” tidak sabar berjemaah deangan isteri dan anakmana perkataan isteri2? macam salleh yakub selalu cakap…… nanti peminatnya dan wan sakinah marah pula tidak sokong poligami… tapi didoakan semoga ashraf cukupkan tulang rusuk yang hilang 4 itu…… kalau mau subur Rita rudaini ada, Hanez Suraya ada, Nabila Huda ada mereka semua sekufu denagan ashraf dan wan sakinah…….. tidak perlu ada anak dengan lelaki yang hormonnya bercelaru nanti dapat anak pandai ikut mamanya tapi peribadi buruk macam bapaanya …. kesian dayana……. kalau anaknya dengan wan sakinah oklah mereka sekufu curang……… orang curang kata ahli psikologi adalah orang yang pandai main “frame minda”. minta maaf lah ya ashraf muslim, wan sakinah dan peminat anda berdua…… semoga dr dayana di lingungi Allah selamanya…..

    0

    0
  20. alia says:

    abang nara ashraf marah sebab salah teka isteri yang mengandung, wan sakinah yang dia mau mengandung abang nara tulis dayana…………. abang nara salah… tapi tak apa sekarang ni dayana kena transfer melaka maka banyaklah masa ashraf dan wan sakinah sebab berjauhan dengan dayana… boleh lah usahakan anak baru dengan wan sakinah kalau belum mengandung….. untuk dr dayana semoga tenang dan berbahagia di tempat baru………..dan harap2lah ramai orang yang menyayangimu………… kadang2 hormon tidak sesuai boleh membuat kan anak tidak jadi…. orang medical pun tahu perkara ini……. Allah maha pengasih ada2 sahaja caranya melindungi orang yang ditipu, dipergunakan untuk kepentingan sendiri….

    0

    0
  21. nik says:

    Nara ni ponnn. Kalau x sahih, x payah la nk buat telahan, andaian, spekulasi bagai. Senyap ja dah la. Ni dok buat mcm2 tekaan, mmg la kena BOMMM dgn Ashraf tu. Kalau aku jd Dayana, seriously aku terasa hati dengan TELAHAN kau ni Nara. Jodoh, ajal, anak, suma tu kat tangan Allah. Kalau Dia x bagi lagi, ada la sebabnya. Tak payah nk buat spekulasi. Apa yg kau tulis ni, bagi kesan mendalam. Kau boleh mintak maap, tp boleh ke kau nk pujok hati orang yg kau kata tu? Pikir dalam sikit ye Nara.

    0

    0