David Teo Didakwa Ciplak Idea Kartunis Untuk Hasilkan Filem Zack Kapcai

Hiburan

David Teo Didakwa Ciplak Idea Kartunis Untuk Hasilkan Filem Zack Kapcai

Kartunis majalah lawak Gila-Gila, Roslim Jamil baru-baru ini telah tampil membuat dakwaan bahawa karyanya iaitu Zack Kapcai telah diciplak oleh syarikat MiG milik penerbit terkenal David Teo untuk dijadikan sebuah filem yang sudah pun ditayangkan pada 14 Julai lepas.

Advertisement

Roslim yang umum mengetahuinya sebagai Zack Kapcai mengakui merasa terkejut dan terkilan apabila mendengar berita karyanya difilemkan daripada mulut orang lain dan bukannya daripada David Teo sendiri.  Roslim menyifatkan tindakan David itu tidak menghormati pemilik asalnya.

Seluruh Malaysia tahu Zack Kapcai hasil karya saya dan sinonim dalam majalah Gila-Gila sejak 1988 lagi. Sampaikan orang tak panggil saya Roslim tapi Zack Kapcai penangan siri kartun itu.

Tetapi, bila ada pihak tiba-tiba angkat tajuk Zack Kapcai dalam sebuah filem sudah tentu saya terkilan dan kecewa seolah-olah hasil karya saya tidak dihormati.

Menurut Presiden Kelab Kartunis Malaysia iaitu Mohd Desa Omar, ia merupakan satu penghinaan kepada kartunis apabila tidak tahu karya mereka difilemkan.  Apatah lagi karya Rosli itu cukup dikenali sejak tahun 1988 sehinggalah sekarang.

Buat mereka, David sengaja mempergunakan karya berkenaan semata-mata untuk mengaut keuntungan.

Jika sesebuah karya kartunis difilemkan pasti suatu penghormatan kepada kartunis itu. Tetapi jika kartunis itu langsung tidak tahu menahu karyanya difilemkan ia bagaikan satu penghinaan.

Zack Kapcai adalah hasil penat lelah Roslim memerah otak untuk menghasilkannya. Ia tersiar sejak 1988dan hingga kini masih disiar dalam majalah Gila-Gila.

Sesuatu yang dikesalkan dalam isu filem ini, penerbit sengaja dengan niat mempergunakan populariti karya Roslim untuk melariskan produk mereka.

Tambah beliau lagi, isu ini dibangkitkan bukan kerana ingin mendapatkan royalti tetapi mereka mahu masyarakat mengetahui isu sebenar dan meminta pihak penerbitan filem berkenaan menghormati hak sesama karyawan.

Sebagai penerbit dia (David Teo) harus berasa malu dengan ‘kecurian’ sengaja ini. Kartunis biasanya meminta keizinan syarikat filem jika ingin melukis hasil karya filem mereka.

Kalau hendak guna apa-apa bahkan tajuk sekalipun, sepatutnya datang berbincang. Dalam hal ini, mungkin lebih manis jika Roslim dimaklumkan terlebih dulu.

Sejauh mana dakwaan ini tidak kami ketahui tetapi karya Zack Kapcai memang terkenal menerusi majalah Gila-Gila. Apa-apa pun, kita tunggu penjelasan David Teo mengenai isu hangat ini.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...