Datuk Ziela Jalil Jelas Isu Lambat Bayar Pelakon

Hiburan

Datuk Ziela Jalil Jelas Isu Lambat Bayar Pelakon

Baru-baru ini nama penerbit drama terkenal, Datuk Ziela Jalil menjadi topik hangat di akhbar apabila seorang pelakon baharu, Hafeez Mikail mendakwa syarikat milik Ziela gagal melunaskan baki bayaran beberapa orang pelakon yang menjalani penggambaran drama di Cardiff.

Advertisement

Menjelaskan isu berkenaan, Ziela memberitahu perkara itu berlaku dengan tidak sengaja kerana mereka sepatutnya hanya menjalani satu penggambaran drama bersiri di negara itu, namun pada saat akhir terpaksa menjalani satu lagi penggambaran telefilem kerana masih mempunyai masa mencukupi di sana.

Ketika itu saya sibuk untuk promosi drama bersiri 7 Hari Mencintaiku di Malaysia dan saya serahkan kepada pengarah, Rahila menguruskannya di sana. Saya tidak tahu-menahu mengenai pengambilan mana-mana pelakon untuk telefilem berjudul Daffodil Lara itu kerana pembabitan Hafeez dilakukan oleh Rahila. Difahamkan, bagi mengurangkan kos mereka menggunakan pelakon yang sudah ada di sana.

Ziela sebenarnya tidak mengerti kenapa ada pelakon yang tidak puas hati kerana sebelum ini beliau telah memaklumkan perkara berkenaan secara lisan kepada mereka yang terlibat dimana bayaran untuk drama bersiri sudah lama dibuat, tetapi untuk telefilem mereka perlu menunggu tawaran daripada stesen televisyen  berikutan telefilem tersebut belum mendapat slot tayangannya.

Dalam pada sibuk dengan drama 7 Hari Mencintaiku, saya terlupa menguruskan soal bayaran untuk telefilem berkenaan, namun Rahila sudah memaklumkan kepada Hafeez dan pelakon lain.

Jadi, saya tidak faham kenapa Hafeez masih bising dan tidak puas hati. Saya sedar kesilapan datang daripada saya, namun perkara boleh dibawa berbincang dan bukan dengan cara dia bising-bising begini.

Ziela telah menjelaskan baki bayaran Hafeez sebanyak RM4,000 dan akan melunaskan bayaran buat pelakon-pelakon lain juga.

Walaubagaimanapun, dakwaan yang Hafeez lakukan telah membuatkan Ziela merasa kecewa dan tidak berminat untuk mengambil Hafeez berlakon lagi didalam mana-mana drama terbitannya pada masa akan datang.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...