Written by Bella | January 18th, 2017

Baru-baru ini nama penerbit drama terkenal, Datuk Ziela Jalil menjadi topik hangat di akhbar apabila seorang pelakon baharu, Hafeez Mikail mendakwa syarikat milik Ziela gagal melunaskan baki bayaran beberapa orang pelakon yang menjalani penggambaran drama di Cardiff.

Menjelaskan isu berkenaan, Ziela memberitahu perkara itu berlaku dengan tidak sengaja kerana mereka sepatutnya hanya menjalani satu penggambaran drama bersiri di negara itu, namun pada saat akhir terpaksa menjalani satu lagi penggambaran telefilem kerana masih mempunyai masa mencukupi di sana.

Ketika itu saya sibuk untuk promosi drama bersiri 7 Hari Mencintaiku di Malaysia dan saya serahkan kepada pengarah, Rahila menguruskannya di sana. Saya tidak tahu-menahu mengenai pengambilan mana-mana pelakon untuk telefilem berjudul Daffodil Lara itu kerana pembabitan Hafeez dilakukan oleh Rahila. Difahamkan, bagi mengurangkan kos mereka menggunakan pelakon yang sudah ada di sana.

Ziela sebenarnya tidak mengerti kenapa ada pelakon yang tidak puas hati kerana sebelum ini beliau telah memaklumkan perkara berkenaan secara lisan kepada mereka yang terlibat dimana bayaran untuk drama bersiri sudah lama dibuat, tetapi untuk telefilem mereka perlu menunggu tawaran daripada stesen televisyen  berikutan telefilem tersebut belum mendapat slot tayangannya.

Dalam pada sibuk dengan drama 7 Hari Mencintaiku, saya terlupa menguruskan soal bayaran untuk telefilem berkenaan, namun Rahila sudah memaklumkan kepada Hafeez dan pelakon lain.

Jadi, saya tidak faham kenapa Hafeez masih bising dan tidak puas hati. Saya sedar kesilapan datang daripada saya, namun perkara boleh dibawa berbincang dan bukan dengan cara dia bising-bising begini.

Ziela telah menjelaskan baki bayaran Hafeez sebanyak RM4,000 dan akan melunaskan bayaran buat pelakon-pelakon lain juga.

Walaubagaimanapun, dakwaan yang Hafeez lakukan telah membuatkan Ziela merasa kecewa dan tidak berminat untuk mengambil Hafeez berlakon lagi didalam mana-mana drama terbitannya pada masa akan datang.

Sumber Berita : Harian Metro

29 responses to Datuk Ziela Jalil Jelas Isu Lambat Bayar Pelakon

  1. melati says:

    Biasa lah ..bayar lambat2 ni…..!!! kalau tidak org tak tahu Ziela Jalil tu Melayu..wakakakakakkaaaa

    15

    0
    • minah latoya mulot longkang vazzzz says:

      Kesiannya dekat actor tu. 4k BAGI ZIla x byk, tp maybe bagi dia byk. Nak bayar bill semua…

      12

      0
  2. maya says:

    Sheila Amzah nyanyi sumbang gara gara ayda Jebat?

    https://youtu.be/xcSv574rLU8

    0

    3
  3. kak ros says:

    Hafeez Mikail, i tetap sokong u 4ever…gitu. Kak Ziela sila cari anak ikan lain

    7

    3
  4. Firdausi tnya mna pondan mak becok says:

    Awk datuk zeila jalil dh wt silap mst org marah. Nmpk sgt keupayaan syarikat Datuk cmne. Ni mcm Dato Aliff syukri kena tegur dgn Nik Abduh. Sibuk sruh bincang scara peribadi. De sbb knapa org tegur Dato secara terangan..
    supaya nk org rmi senang tahu & bri pngajaran. Dato kena sedar spe dri Dato. Nik abduh tinggi martabat agamanya. Dye USTAZ. Dato ni skadar blajar agama kt pondok tbe2 jadi pjual komestik promot perempuan seksi.

    Padahal dlm rncangan Dato Oh Abg Komestik pn de marah org scara terangan2an. Maruah org tu pn tcalar!!! Nak backup bisnes pandaila ckp. Tapi bab agama lg penting x reti backup. Nk kna wt rancangan agama tajaan Dato br reti thegeh2 backup agama kot.

    20

    7
  5. tomi says:

    Dato’ Zeila dah akui salah sendiri terlalu sibuk sampai tak sempat bayar pelakon jadi mana pulak silapnya pelakon yg minta bayaran bila dah selesai kerja mereka. Allah dah beri peringatan sepatutnya ucap terima kasih pada budak tu. Orang lain pun nak guna duit untuk keperluan sendiri lainlah kaya mcm dato’ setakat 4k apalah sangat.

    21

    0
    • Dandelion23 says:

      Sdh ssndiri yg delay payment…nak ckp lg tak mau ambil berlakon sbb berkarenah lah. Please lah. Org sdh beri komitmen, buatlah payment..Jgn angkuh sgt sbb berduit. Nnti Tuhan ambil rezeki U balik, bru tau. Kalau you tak ambil dia blakon pun, dia tak mati aeh..You bukannya Tuhan yg bagi rezeki. You manusia biasa sj pun. Kalau hari ni Tuhan takdirkan you cacat, jadilah bgtu kerana takdir. Sombong klaut pirrah

      0

      0
  6. QQQQ says:

    Budak ni patut tau. Keje dalam bidang ni kena turun naik stesen tv utk pastikan payment masuk. Wajah ko pun so so je dik. Tak berani produser nak ambil ko pasni rasanya

    9

    5
    • minah jambu suka sahara yaakop says:

      habis kerja kite mesti nak terima bayaran ..kalau bayaran di lambat2 kan dorang pon nak belanja makan minom nak bayar ape yg nak di bayar kalau payment lambat ape yg kite nak buat tu semua dh kokap paham tak !!!! jangan asek asek kesana kesini payment pelakon eksen lupa nak bayar huh !! bila pelakon bising cakap pelakon tu prangai….kalau pelakon tu diam sengaja di lambat2 kan pastu cakap sebok pulak ! tk senonoh prangai huh !

      22

      1
    • youareuseless says:

      kau cakap lebih, gaji lambat masuk kau menggelupur gak kan. #useless

      28

      1
    • Firdausi tnya mna pondan mak becok says:

      Gaji bayar lmbt weh. Mstla dye bising. Sepatutnya produser kena tanggung sendri klu stesen tv lmbt byr. Itu hal penerbit ng pihak tv. Kan de mse spatutnya spt gaji. Pelakon ni kje bwh penerbit. Mst plakon claim gaji bwh dye. Ni undang bkerja & syarikat. Klu kes ni msk mahkamah mst datuk ziela klah. Knpe org ke 3 perlu mnta duit ng org pertama???. Setiap mnde de sistem kn. Ko kje tiap2 bulan dpt 4k je klu lmbt dpt mst bsing kn..& byk mnde nk byr. Bkn bisnes besar untung skali gus dpt ratus ribu.

      Ko pnh dgr cte owner company kaya raya aset tp x mampu byr gji pkeje? Byk cmni jd. Dh jd cmni ptut cr sumber duit len & xpn juat aset dye n byr gaji dye. Tp rmai owner xnk wt & sorok aset, salahkn org len. Org cm ko mst x pnh de company sendiri or deal ng rmi pihak. Tp xpe. Aku paham. Muda xde pngalaman hidup byk lg kot. Harap suatu hr nnt ko de company sendiri & dpt mrasa cmne claim duit ng org….trutamanya company swasta. Mst ko mrasa prasaan cmne dpt claim lmbt. Hahaha.

      1

      0
  7. apa2saja says:

    Artis sengkek nak up nama macamtu la, xde job berlakon tu yg melalak2 jaja cerita, mak ziela lupa kannnn, itu pun nak kecoh!!!!

    2

    18
    • minah jambu suka sahara yaakop says:

      eemmmm lupa ke eksen lupa nak bayar pelakon punye payment hahahaha…konon sebokkk hahahahaha kalau ada lagi Boss yg semacam ini eemmm parah la pelakon hahahaha….lain kali kalau asek lupa2 aje jangan buat drama or berlakon sorang2 tk payah payment..!

      5

      3
      • yana says:

        klu da boss cmni..pergi la ckp dgn boss bukan gie citer kt wartawan.. Dato Ziela kecewa sbb aktor tu gie citer dgn wartawan benda cmni kan boleh bincang..lain la klu dh bincang ribu kali..dah tanya sejuta kali tp msih xdpt payment…

        4

        4
        • minah jambu suka sahara yaakop says:

          tak guna bawak bincang…bincang2 pon payment tk dapat jugak ha terus gi kt wartawan la biar semua 1malaysia tau yg payment pelakon belom setle ..kalau pelakon tak bertindak macm gitu ha boss diaaaaaaaaaaaaam aje eksen sebok konon …sebelom episod drama habis payment pelakon mesti dh ready untok di kasi kt pelakon baru la pelakon hepi …ni tak drama dh habis pelakon macm nak mintak sedekah nak mintak payment dorang ..sampai kena jumpa wartawan pulak gitu..baruuuu bos nak bukak mulot besar2 cakap seboooook la sangat huh ! cuba kalau payment betol tkde la pelakon nak merengek PAHAM !

          7

          0
        • Firdausi tnya mna pondan mak becok says:

          Ko marah ke Najib pn ko bgthu org rmai…ke sosial media bgai…siap sruh org share jd viral..mcm pandai je bpolitik…apsal x ke pejabat umno or putrajaya ke pe? Bab duit gk kn. Hahaha…Situ byk saluran beto bleh wt & bleh htr surat secara rasmi repot..

          0

          0
    • Yekeni says:

      If by the end of the month, tarikh sepatutnya gaji masuk, tapi boss lupa. Delay berminggu2, apa rasa you? Semua bill2 ada due date. Mcm mana nak settle, gaji tak masuk. Everybody ada tanggungjawab sendiri. Kalau boss sibuk, tentu ada finance dept yg handle kan? Takkan company kecik kot sampai boss handle semua?

      21

      0
    • Firdausi tnya mna pondan mak becok says:

      ‘Najib lupe nak royalti minyak pd rakyat’. – Ko bleh trima x cmni???. Ko x pnh gaji dpt gaji lmbt mst bleh ckp cmtu. Nnty klu ko de company atau spe kenalan2 ko de company…ko kn biasa dgr claim kje lmbt dpt. Mst ko meroyannyer. Lg2 company ko br lg. Mse tu alasan LUPA mmg xkn org trimanya. Hahahahaha. Ko btindak lmbat mmg mkn dirinye. Sbb hal ni bleh bwa mahkamah. Pgi rujuk undang2 bisnes.

      3

      0
  8. Mr fantastik says:

    Dlm Islam pun cakap, bayarlah upah pekerja sebelum kering keringat di dahinya. Produser2 jgn ingat boleh ambil mudah soal periuk nasi orang. Kalau nak blacklist pelakon atas alasan sampah, jgn terkejut orang ramai pun boleh boikot drama sykt u. X selamanya kita di atas. Dlm setiap rezeki kita dpt, jgn lupa ada hak org lain yg wajib kita lunaskan.

    46

    0
  9. Anonymous says:

    Macam tu sekarang ni. Bukan tahu the right channel to complaint. Lagipun, kan org dah kenal sape mamat ni.

    0

    5
  10. Fidot says:

    Kurg bijak dia ni, if bising sgt org dh x amik ko berlakon. tp if ko berlakon part time je ok la. hihi

    0

    8
  11. putri salju says:

    tak apa lahh hafeez mungkin lepas ni xada rezeki berlakon lg di dlmm dramaa2 terbitan syarikat datuk, banyakkan bersabar, siapa tahu ada rezeki hafeez dgn syarikatt lainn lepas ni,biar lah lambat di kenali asalkan dapat berikan lakonan yg memuaskan.. tak blehh salahkan hafeez juga mungkin dia terpaksaa bising soal bayaran sb kerja pun dia dah selesai buat dan mungkin waktu tu dia sangat perlukan duit.. sepatutnya datuk lebihh memahami, dan rendahkan ego utkk smaa2 mengakui kesilapan dan memohon maaf..

    4

    1
  12. xfaham aku says:

    hurm kesian hafeez ni..kpd acik zila x perlu la bt kenyataan begitu..acik pn dh lame dlm bdg ni..hafeez 2 bru nk menapak..mgkin nilai 2 kecik pd acik tp bsr pd hafeez..xperlu nk sombong sgt dgn nikmat Allah bg..bila2 ms dia blh tarik

    6

    0
  13. Anonymous says:

    Untung kawin dgn org kaya, berlakon tak best harap seksi jer lebih last last dpt jadi producer kaya raya.
    Klau tak kawin dgn org kaya berpengaruh ntah ntah hidup mcm artis veteran yg lain.

    4

    0
  14. Anonymous says:

    Buangla tudung tu kak zila oi..buat drama pun kisah kemaruk celah kangkang je semuanya.pengalak pembuangan bayi.

    0

    0
  15. Piah says:

    Sape hafeez ni? Aku x kenai pun. Budak hingusan ni berlakon x seberapa dah buat kecoh..mmg saje la carik pasal….len kali jgn jadik pelakon kalau x saba dgn payment..ko kije kilang je…ujung bulan dapat gaji..

    0

    1
    • Yekeni says:

      Budak hingusan ke, pelakun tambahan ke, extras ke, itu semua tak pasal. Mereka telah bekerja. Waktu dan labour mereka telah dipergunakan oleh syarikat. Masa bayar jgn sesekali ambil lengah. Apa? Pelakun hebat aje boleh demand bayaran on time? Pelakun hingusan, extras tak boleh minta dibayar on time? I rasa di tempat kerja you pun, you cuma pekerja biasa level mid atau bawah. Apa rasa kalau orang kata, ala kerani aje pun nak banyak bunyi.

      Tak kira apa jenis business. Kilang, retail, showbiz, kedai makan, masa bayar gaji tu, bayar. Pekerja nak pakai duit.

      Apa punya mentality you ni…

      5

      0

Leave a Comment

Optional