Datuk Yusof Haslam Nasihat Penerbit Buat Rayuan Pada LPF

Hiburan

Datuk Yusof Haslam Nasihat Penerbit Buat Rayuan Pada LPF

Kelmarin, berlaku sedikit salah faham di Twitter di antara Sharifah Amani dengan Syamsul Yusof apabila Amani mempersoalkan mengenai klasifikasi filem ‘KL Gangster 2’ yang diberikan sebagai PG 13 oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) walaupun dikatakan mengandungi adegan yang tidak sesuai untuk penonton di bawah umur 18 tahun.

Hari ini melalui Berita Harian, Datuk Yusof Haslam yang juga penerbit filem KL Gangster 2 menasihatkan penerbit filem yang dikelaskan hanya untuk penonton 18 tahun ke atas untuk membuat rayuan kepada LPF seperti yang dilakukan oleh beliau untuk filemnya.

Filem terbitan saya pada awalnya diberikan klasifikasi 18. Ia tidak membimbangkan saya kerana kesan klasifikasi 13 dan 18 itu hanya sekitar 10 hingga 20 peratus ke atas kutipan tiket. Jika sesebuah filem berpotensi pergi lebih jauh, kutipan pada dasarnya tidak terganggu dengan pemberian klasifikasi itu.

Bagaimanapun, selepas berlaku kebocoran KL Gangster 2 di Internet, filem terbitan saya disifatkan sebagai kes istimewa. Selepas kebocoran itu jugalah baru saya membuat rayuan memandangkan kerugian besar yang bakal saya tanggung. Apatah lagi produk yang bocor itu belum mendapat pemotongan daripada LPF.

Advertisement

Reaksi Yusof adalah sebagai maklumbalas kepada penerbit yang filemnya dikelaskan hanya untuk penonton 18 tahun ke atas. Selepas itu terpulang kepada budi bicara panel LPF sama ada untuk menerima atau tidak justifikasi yang diberikan penerbit.

Ada betulnya apa yang dikatakan beliau itu sebagai orang lama dan berpengalaman dalam industri. Selepas ini diharap penerbit-penerbit filem yang mahu filem mereka diklasifikasikan untuk penonton berumur lebih rendah patut membuat rayuan sekiranya filem mereka diklasifikasikan 18 supaya lebih luas pasaran penonton yang berkemungkinan menonton filem mereka.

Setakat ini antara filem yang mendapat klasifikasi 18 ialah Psiko Pencuri Hati dan Dampak.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...