Datuk Siti Nurhaliza Wanita Ketiga Terkaya Malaysia, Anggaran Aset RM 50 Juta

Hiburan

Datuk Siti Nurhaliza Wanita Ketiga Terkaya Malaysia, Anggaran Aset RM 50 Juta

Siapa tak kenal Datuk Siti Nurhaliza. Kariernya bermula pada tahun 1995 setelah memenangi Bintang HMI terbitan RTM dan sejak itu namanya terrus meningkat gemilang dan terbilang.

Kini Siti bukan saja bergelar penyanyi tersohor malah merupakan ahli perniagaan berjaya dengan produk kosmetik dan penjagaan kecantikan SimplySiti.
 photo 798f5bbeb11473911f8bfece408154c3_XL.jpgSavemoney.com telah membuat artikel mengenai lima wanita terkaya di Malaysia dan Siti disenaraikan sebagai wanita ketiga terkaya di negara ini dengan anggaran aset sebanyak RM 50 juta. Wow, tujuh keturunan makan tak habis tu. Siti telah menerima lebih 200 anugerah tempatan serta dinamakan antara dua jutawan dalam bidang hiburan di Asia Tenggara.

Advertisement

Menurut artikel itu juga, wanita terkaya di Malaysia ialah Puan Seri Lee Kim Hua, balu pemilik empayar Genting iaitu mendiang Tan Sri Lim Goh Tong dengan jumlah aset RM21.32 bilion.

Kedua ialah Datuk Seri Michelle Yeoh, pelakon yang terkenal dengan filem Crouching Tiger Hidden Dragon dengan anggaran kekayaan sebanyak USD 245 juta.

Wanita Malaysia keempat terkaya ialah bekas Miss Malaysia 1969, Pauline Chai yang menerima RM244,568 dari harta bekas suaminya setiap bulan yang merupakan seorang taikun United Kingdom, Dr. Khoo Kay Peng, bernilai RM2.3 bilion.

Wanita kelima terkaya Malaysia ialah Datuk Nicol Ann David dengan aset yang dianggarkan bernilai RM1.4 juta hasil kemenangan dan kejayaan dalam kejohanan sebagai pemain skuasy nombor satu dunia.

 photo top-5-richest-woman.png

Bangga bila ada wanita Melayu yang berjaya jadi puluh jutawan dan diiktiraf begini, apa lagi dalam industri hiburan.

Semoga Siti kekal berjaya dan dimurahkan rezeki dan menambah rezeki lagi. Mungkin berkat kemurahan hatinya selama ini. Tahniah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...