Written by Bella | March 28th, 2016

Bakal mengadakan Konsert Datuk Siti Nurhaliza & Friends pada 2 April ini bertempat di Stadium Negara, Kuala Lumpur, ada khabar angin yang mengatakan ia adalah konsert terakhir Siti Nurhaliza sebelum beliau meninggalkan bidang nyanyian.

Ramai peminat yang meluahkan rasa kecewa dan pasti akan merindui alunan suara Siti Nurhaliza. Namun, berita itu adalah tidak benar.

Menurut Siti Nurhaliza, semua itu satu khabar angin sahaja dan beliau masih akan tetap terus menghiburkan peminatnya.

Berhenti? Saya tak boleh buat begitu kerana bagi saya, Allah SWT sudah mengurniakan bakat, pinjaman suara dan keupayaan yang ada dalam diri untuk saya terus menghiburkan peminat. Ia adalah tanggungjawab saya untuk terus menghiburkan semua yang sentiasa menyokong saya dari dulu sampai sekarang.

Seandainya saya berhenti atau terniat begitu, saya serahkan kepada Allah SWT untuk menentukan jalan hidup saya.

Sebelum ini Datuk Siti Nurhaliza ada meluahkan hasratnya untuk berehat selepas keguguran, tetapi rezeki masih lagi berpihak kepadanya. Kami yakin, satu hari nanti jika benar beliau ingin berhenti pasti beliau sendiri akan mengumumkan perkara tersebut.  Buat masa ini, selagi beliau aktif teruskan menyokong beliau dan mendoakan yang terbaik buat kerjaya serta kehidupannya.

Sumber Berita : Utusan Online

22 responses to Datuk Siti Nurhaliza Nafi Khabar Angin Bakal Bersara Daripada Bidang Nyanyian

  1. Hehe says:

    Kertu!

    0

    0
  2. Anonymous says:

    Kesian statement dia….

    0

    0
    • Anonymous says:

      “Berhenti? Saya tak boleh buat begitu kerana bagi saya, Allah SWT sudah mengurniakan bakat, pinjaman suara dan keupayaan yang ada dalam diri untuk saya terus menghiburkan peminat. Ia adalah tanggungjawab saya untuk terus menghiburkan semua yang sentiasa menyokong saya dari dulu sampai sekarang.
      Seandainya saya berhenti atau terniat begitu, saya serahkan kepada Allah SWT untuk menentukan jalan hidup saya.”

      Semoga Allah memberikan hidayah dan taufikNya kepada dato siti. Gunakanlah segala nikmat yg Allah beri ke arah jalan yg diredhaiNya.

      0

      0
  3. mau kurus juga says:

    Eh tok ti dah kurus… Sy ni berhempas pulas nak kurus.macamana caranya?sedeeehhh.share la tips please kak siti

    0

    0
  4. moon says:

    Walau badan makin berisi tapi perut tetap flat. Rajin senaman bahagian perut kot. Tang situ masih mantain.

    0

    0
    • lia says:

      mungkin jugak sebab dia belum pernah mengandung.. sebab tu perut flat.

      sayang kalau dato’ siti bersara, sebab masih ramai peminat yang sokong. tapi, better dato’ siti rehat sekejap @ perlahankan aktiviti.. katanya nak fokus dapat baby..

      0

      0
    • cossette says:

      Pakai corset kot. hehe

      0

      0
    • cikyah says:

      tang mana kurusnya, siti pakai korset la. hewhew. artis kertu lg sorg tu pn pakai korset tp x mengaku. hiii

      0

      0
      • kah..kah..kah says:

        agree….
        pernah nampak 1 walkway..
        CT pakai jubah fitting..
        terserlah corsetnya…!!!

        0

        0
    • anon says:

      bukan perut je flat, tang muka & hidung pn flat jugak ye….hehe

      0

      0
  5. Anonymous says:

    Berhenti? Saya tak boleh buat begitu kerana bagi saya, Allah SWT sudah mengurniakan bakat, pinjaman suara dan keupayaan yang ada dalam diri untuk saya terus menghiburkan peminat. Ia adalah tanggungjawab saya untuk terus menghiburkan semua yang sentiasa menyokong saya dari dulu sampai sekarang.

    Seandainya saya berhenti atau terniat begitu, saya serahkan kepada Allah SWT untuk menentukan jalan hidup saya.

    *Suara itu aurat ~ sekian.

    0

    0
  6. anon says:

    Alaa….bersara jelah, dah bertahun2 menyanyi, dah2 lah, bagi peluang kat org lain pulak. Sebenarnya dah tahap nak termuntah tengok dia ni. Kat mana2 ade je…..uweeeekk…

    0

    0
  7. josh says:

    Sepatutnya dah lama bersara dia ni, asek2 nampak muka senduk dia je….

    0

    0
  8. johnny bravo says:

    Tua2 pun berselfie lagi….aduss. Bersara jelah wahai makcik, dah muak tengok muka makcik tau….

    0

    0
  9. babylon says:

    Sangat2lah dialu2kan utk bersara. Dah lama sngt dah, boringnya…

    0

    0
  10. Whatever says:

    engkau je yg boring org lain x boring… x suka dh x yah dengar and tengok..

    0

    0
  11. salmah says:

    alah siti ni. hipokrit lah dia ni. badan mcm kena pam.
    resign je lah. org klu dah melalak ni payah nak benti.
    dia maseh kuat lagi mencari duit. badan muka dah kembang

    0

    0
  12. anonymous says:

    siti nyanyi kat peminat2 dia je laa..bukan peminat takyah dengar..buat bingit telinga je klu dengar siti nyanyi..

    0

    0
  13. salmah says:

    ct ni pandai sandiwara. ckp pun mcm lah perfect sgt.
    lagu omputih pun dah lama bungkus
    anak tiri pun sibok dlm entertainment industry

    0

    0
  14. Sam says:

    Alik alik asyik dengar crite ni je. Ni gossip dari zaman bila ntah. X bersara pon. Di mana ada demand, di situ adala Siti. Watpe la nak bersara kalau ada orang still minat. Der.

    So sesapa yang nak pompuan ni blah dari industry, I’d say keep on dreaming coz she’s here to stay.

    0

    0
  15. ct kus says:

    kak iti, suara kan aurat..Allah memang dah suruh kak iti bersara dari awal lg…xyah tnggu2 kak..peminat kalau nk dgr suara kak iti boleh bukak utube…kiki

    0

    0
  16. Yekeni says:

    Allah kurniakan suara untuk mencari rezeki haram?

    Please lah. Boleh tak artis2 terus jangan gunakan Allah dan Islam dalam any interviews?

    Just jawablah, mana saya boleh berhenti sekarang. Suara saya masih sedap, masih boleh buat duit. Peminat masih ramai untuk serahkan duit mereka pada saya. Walau pun badan dah mcm beranak 3, peminat tetap sokong. nantilah bila dah takde peminat nak kan saya, saya retirelah…

    Kan lebih genuine kalau jawab gini.

    Nyanyi haram, menari haram, pakai ketat haram, berlakun haram. Entah berapa ramai jantan dah berfantasize sambil mendengar nyanyian dan menonton tarian.

    Just jangan gunakan alasan Allah dan Islam.

    I am again totally disgusted!

    0

    0