Written by Bella | August 22nd, 2016

Akademi Fantasia 2016 telah pun bermula dan semalam teka teki mengenai siapakah yang bakal dilantik sebagai pengetua telah terjawab apabila penyanyi terkenal pada tahun 80 an iaitu Datuk Shake telah diumumkan sebagai pengetua AF 2016.

Pengumuman it dibuat menerusi siaran langsung konsert pertama AF 2016 semalam yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Untuk pengetahuan semua, Datuk Shake  mula mencipta nama dalam bidang seni di peringkat antarabangsa apabila single berjudul You Know I Love You mendapat sambutan hebat di Perancis termasuk negara Eropah pada awal 1980-an.

Antara lagu berbahasa Melayu popular nyanyiannya pula ialah Ummi, Pulanglah, Kau Bungaku dan Anugerah Dari Kegagalan.

Pengalaman beliau dalam bidang seni ini cukup luas dan sememangnya layak untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang pengetua.

Berbicara mengenai peserta AF 2016 pula, tahun ini ada dua orang peserta wanita bukan Melayu iaitu areshma Martin John Patrick, 18, dan Jasper James Supayah, 23.

Manakala, lima peserta wanita lain ialah Nur Hafizah Longkip, 23, Nurfarrah Izzatie Johari, 19, Nurul Rahils Rashun, 20, Isyariana Che Azmi, 26 dan Siti Aishah Abdul Razak, 20.

Sementara tujuh lelaki yang dipilih menyertai AF2016 pula terdiri daripada Mohamad Ammal Shafiq , 21, Amir Syazwan Masdi, 20, Muhammad Ikram Kamaruzzaman, 26, Mohamad Afzarul Dzarif Mohd Mazle, 24, Azarul Rais Mansor, 22, Halmy Hamizan, 23, dan Mohamad Fara Aidid Ali Dad Khan, 23.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, Zizan Razak masih lagi kekal sebagai pengacara AF 2016 tetapi beliau bergandingan bersama Alif Satar untuk tahun ini.

Barisan tenaga pengajar pada tahun ini ialah tenaga pengajar lain ialah Edry Abdul Halim ( Pengarah Seni Muzik), Linda Jasmine ( Guru Tarian & Koreografi) dan Shahrolbahri (Guru Vokal). Kali ini ada dua wajah baharu di AF iaitu pelakon cukup berbakat Ellie Suriaty dan penyanyi dangdut popular dan terkenal dengan sifat terus-terang, Mas Idayu.

Ellie memikul tanggungjawab sebagai Guru Seni Persembahan dan Mas Idayu pula sebagai Guru Persembahan Vokal.

Adakah Akademi Fantasia pada tahun ini mampu menarik perhatian penonton dan memberikan kelainan?  Ada yang sudah menonton konsert pertama AF semalam? Sila berikan komen anda dibawah.

Sumber Berita : mStar Online

34 responses to Datuk Shake Dipilih Sebagai Pengetua AF 2016

  1. minah jambu - safety first says:

    pes hehe jangan marah haaaaaaa..hehe

    0

    0
    • Zack says:

      aku rasa alif satar jd pengacara shj pun dah okay. Well educated. Bkn mcm zizan, lawak bodoh dia je tak habis2. Panggil Dato Ramli pun tok ram je. Mana professional kat situ? Nampak zizan dumb sgt bila sebelah menyebelah dgn alif satar.. Keep it up alif! You’re multi talented!

      0

      0
  2. me says:

    Untuk kali ini..sya akan tngok..tapi tngok2 je..sebb ada datuk shake & alif satar. sebelum ni tak pernah tngok langsung pun.

    nara…satu lagi lagu popular datuk shake yg mngkin nara tak tahu…sebb lagu ini jarang diputarkan dimana2..sebb ramai yg tdak tahu…NYANYIAN KALBU..memang syahdu.
    ternyata nara pun tak ikut perkembangan artis zaman dlu2 sgt

    0

    0
  3. Anonymous says:

    terus aura zizan drop bila aliff jd hos…I loike!

    0

    0
  4. adelia says:

    mas idayu tu pun nyanyi kelaut…adoiii…

    0

    0
  5. gigi emas says:

    Sudah lah dgn program realiti yg bodoh seprti AF. Ia hanya angan2 dan tak beri sebrang faedah kdp budak2 melayu.

    lebih afdal kalau masuk Uni dan belajar seperti Engineering, accountancy dll. Tetapi orang melayu lebih suka buat benda yg senang dan merosakkan masa depan mereka, malas untuk belajar, leka dan lebih cenderung kepada aktiviti yg melalaikan. Ini yg UMNO mahu, lebih kepada orang2 yg tak berpelajaran supaya senang untuk beli undi dan tipu mereka. Kalau yg sedar dan celik, program2 seperti AF harus diharamkan dan tidak di jadikan sebagai sesuatu program idola buat generasi muda. SAY NO to AF

    0

    0
    • gigi emas apak ko says:

      gigi emas…

      1. say NO to AF ek….??!!
      2. lebih afdal masuk Uni belajar eng.. acc, dll ek ??!!
      3. orang melayu suka buat benda yg merosakkan masa depan ek ??!!
      4. malas belajar, leka dan lebih cenderung kepada aktiviti yg melalaikan ek ??!!

      abis yg ko masuk BN ni buat apa ye ? ko tela’ah pelajaran ko kat sini ke ? ko ni cuba nak acah2 good dan alim ek ? ko sangap like ke ?

      0

      0
    • cricket says:

      GIGIEmas….Ooi…sekurang2nya ni program org M’sia. Yg tak mendatangkan faedah tu duk tengok program2 or drama2 cina, korea….. Ramai melayu2 low class duk tergila bintang2 korea. Tu yg dinamakan tak berfaedah. Biasalah org melayu ni suka mengutuk apa2 yg berkaitan dgn bangsa dia je. Bangsa2 lain duk sanjung2, bodoh betol… SAY NO TO KOREAN PROGRAMMES,,!!!

      0

      0
    • Kaki Ponteng Earth Hour says:

      Setuju.. Inikan baru habis Olimpik..

      0

      0
  6. Zass says:

    Mas Idayu guru vokal? Habislaa. Hancur.. Hancur akuuuu

    0

    0
  7. melati says:

    sebab Dato Shake jew…kalo Zizan kankang tu terlibat lagi memang berkubur jew AF ni…!!!

    0

    0
  8. lyn says:

    Pokemon go diharam atas alasan melalaikan.Rancangan yg mcm AF tak ada pula mufti yg mengharamkan.bukankah smua yg melalaikan pun haram…just saying..sigh…

    0

    0
    • Anonymous says:

      pokemon diharamkan bukan takat melalaikan tapi paling teruk membahayakan..dalam islam kan ditegah perkara yang membahayakan dan merosakkan diri..macam baru2 ni aku pegi taman bawak anak tengok parking full dok pikir bagusnya parents skarang rajin luangkan masing dengan anak2..rupanya bila masuk penuh dengan penangkap pokemen dari orang bujang sampai yang ada family..mak ayah anak2 sibuk dengan hp..masing2 menonong jalan dengan hp ditangan mata di hp..bayangkan kalu ada orang kidnap anak tu mesti parents dia xsedar

      0

      0
  9. melati says:

    o silap tak baca yg Zizan terlibat…..bodohhhhhhh punya ASTRO dh tahu Zizan hancurkan program AF lagi mau simpan dia…pungkok punya ASTRO…..Dato Shake tu dh ok, terasa nk tgk kembali AF, bila baru baca Zizan terlibat beso kimak punya ASTRO..!!!!!! amik Zizan Kankang tu watper..!!! trus patah selera……@#$%^&*(

    0

    0
  10. Anonymous says:

    Mas Idayu?? Nampak sangat xde yg nak jadik cikgu vokal utk AF.. What a pity!

    0

    0
  11. kikiki says:

    kenapa ramai xsuka zizan eh?
    ak nk kata xsuka pon x, xsuka pon x.
    biasa2 je.

    0

    0
  12. wana says:

    nasibblah baik ada alif. hidup sikit suasana. klu tidak ngantok je dengarkan zizan mengacara. elly suriati kurus giler!

    0

    0
  13. fatimah busung says:

    edry : downgrade dari pengetua ke “cikgu biasa”
    mas idayu : guru vocal??? wtf??? tak payah banyak2. sebut satu jer anugerah yang pernah die dpt utk “vocal”
    elly suryati : ok. ini boleh diterima. tapi senonoh sikit muke boleh? jgn mcm bibik sangat. dengan rambut pesen camtu. tinggal nak sarung kain batik jer.

    0

    0
  14. gandy says:

    Laa….wat ape gih amik granpa tak sedar diri ni. Takde org lain ke…?? Nasib baik ada zizan, kalau tak, sure boring..

    0

    0
  15. juliana says:

    kalau betul2 nak ajar vocal…naper pilih mas idayu. atau main tgkap muat. dah la cakap ala2 kurg ajar..tinggi suara. cer tgk program reality omputih…takde nk tego tengking2.

    0

    0
  16. pening says:

    amboi..comments scary sungguh…kasi la dia org peluang, reseki dia org kan..kita yg dok comment negative apa pun x dpt ni ..dpt dosa ada la. Tak suka, tak yah tgk AF dah, byk program lain kat channel lain ye

    0

    0
  17. Viewer astro says:

    Omg..datuk shake sbg pngetua..like seriously..??af nie da laa dh smpah..ameq si shake nie plak trus jd smpah sarap.

    Zizan tue plak lgsung xbest jd host..nabil is btter..but plz jgn paknil da..paknil tue mekap tebal..suka pksa diri nangis n gaya mcm pondan..brubah laa..

    Utk nk kasi af nie up blk..kne ameq pngajar yg mcm s2 s3 dlu tue..skrg nie asal tgkap muat je..mas idayu totally out..suka dok komen psal pitching org..tp bila diri sendiri mnyanyi..pitching bselerak..xmalu ke..???

    Yg cikgu vokal lelaki gemok tue plak..berpada2 laa sket wt gaya pondan tyme mngajar dpn tv tue..jelak ko tau x..???

    Ellie suriati nie plak kut ye pn ko sbg anak seni yg xjual rupa tp mjunjung bakat katanyerr..tp beragak laa sket..kne hire sorg image consultant laa utk dia..n tlg wujudkn elaun mekap dlm gaji dia..appearance sedih..even cikgu2 skola pn reti bmekap weh..

    Datuk ramli ms pn 1..kalo bckp tue bole x letak mic tue dkt ngn mulut ko..??bajet suara garau je yg acah2 letak mic jauh2..??

    0

    0
  18. Hrush says:

    kenapa ramai tak suka mas idayu? hahahahaha confuse den sbb ingatkan ramai salute vokal dia?

    0

    0
  19. Victoria becks says:

    Aku tk pnh tgk program ni. Sekian terima kasih.

    0

    0