Datuk Seri Vida Akui Mahu Bergelar Penyanyi

Hiburan

Datuk Seri Vida Akui Mahu Bergelar Penyanyi

Selepas bergelar usahawan produk kosmetik terkenal dan muncul di dalam pelbagai program dan acara hiburan, Datuk Seri Vida kini mahu menjadi penyanyi pula. Malah, beliau kini sedang berusaha untuk mendapatkan penerbit serta penulis lirik untuk lagunya. Vida mahu jadi terkenal seperti penyanyi Jepun, Pikotaro yang viral dengan lagu Pen Pineapple Apple Pen.

Advertisement

Saya mahu keluarkan satu lagu dulu, mungkin sesuatu yang menarik macam PPAP (Pen Pineapple Apple Pen) nyanyian Pikotaro . Saya belum berjumpa orang yang sesuai untuk membantu menjayakan niat saya sebagai penyanyi. Namun saya tidak akan putus asa.

PPAP pernah menjadi perhatian dunia sekitar tahun lalu sehingga tersenarai uk di tangga 77 carta terhebat Billboard Hot 100 dan mencipta rekod dunia dalam Guinness World Record.

Siapa tahu mungkin hasrat Datuk Seri Vida untuk menjadi penyanyi sensasi dan viral seperti Pikotaro akan menjadi kenyataan? Agaknya-agaknya, apalah keunikan yang bakal dibawa oleh beliau ya?

Sumber Berita: THE MALAY MAIL ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...