Written by Bella | June 7th, 2016

Pelakon yang popular sekitar tahun 80 an, Datuk Seri Shah Rezza tidak dapat menahan lagi rasa sabar beliau selepas terpaksa menunggu seorang artis yang agak diva selama dua jam bagi menjalani rakaman untuk program Hari Raya.

Kecewa dengan sikap artis berkenaan, Shah Rezza bertindak untuk meninggalkan set penggambaran dan tidak mahu terlibat dalam program berkenaan.

Semalam saya menunggu seorang artis selama dua jam di lokasi rakaman program bual bicara raya, akhirnya saya ambil keputusan untuk balik sahaja.

Pihak produksi berjanji untuk mulakan rakaman awal dan saya sudah bersiap sedia, namun disebabkan artis tersebut tidak sampai, rakaman ditundakan sehinggalah hampir masuk waktu berbuka puasa.

Malah Shah Rezza juga terkilan kerana artis berkenaan tidak memohon maaf atas kelewatannya.  Pernah bekerjasama dengan Aaron Aziz didalam drama Tuan Anas Mikael, Shah Rezza memuji sikap aktor itu yang berbudi bahasa dan menghubungi beliau secara peribadi dan memohon maaf kerana lewat ke lokasi penggambaran.

Sebelum ini saya ada berlakon dengan artis terkenal seperti Aaron Aziz dan jika dia lambat ke lokasi dia akan mesej saya secara peribadi untuk minta maaf kerana lewat.

Itu adalah cara sebenar untuk menghormati orang lebih tua daripada kita, perkara ini saya sudah praktikkan ketika saya muda lagi. Pada saya perlu ada rasa hormat antara artis baru kepada artis lama.

Manusia ini ada batas kesabaran masing-masing, kalau lewat sehingga setengah jam itu tidak lah teruk sangat, tetapi kalau sudah beberapa jam memang tidak patutlah. Tiada siapa yang suka menunggu lama-lama bukan? Apa salahnya untuk meminta maaf dan memaklumkan kepada pihak produksi jika tidak dapat hadir awal ke lokasi.

Sumber Berita : mStar Online

17 responses to Datuk Seri Shah Rezza Bengang Terpaksa Tunggu Artis Diva Sehingga Dua Jam

  1. Abg Cek says:

    Sblm org ckp AA pun lambat, bukak mata besar2 baca caption Datuk Seri, “saya AWAL di lokasi & buat pertami kali nya saya menunggu…” Tak payah compare2. Sy kerja di set, kalau AA yg berlakon, mmg ternyata teamwork dgn org2 set mmg tip top. AA ni always on schedule.

    0

    0
    • kendall jenner says:

      btul tu..jgn jap lagi ada golongan yang malas membaca lalu memaki AA.. lol.. siapakah gerangan artis muda tu ye..jom skodeng ig shah reza ni tgok dia tgh blakon dgn siapa skrg ni

      0

      0
      • Anonymous says:

        ya salam..
        hihi shah rezza neh dulu suka sebut ya salam.
        pasangan dia paling ideal dulu liza abdullah..ngam sgt!

        0

        0
    • Black Cat@Natasha says:

      Siapakah artis diva 2?laki ke perempuan?

      0

      0
      • saya peminat Chris Evans says:

        selamat berbuka puasa..
        banyakkan ibadah kepada Allah
        berzikir kepada Allah
        selawat ke atas nabi

        0

        0
  2. biarbetik says:

    Aaron ni mmg baik…tapi tgok pelakon2 seberang ni kebanyakan la beradap humble2…relax. Nway muka abg ni mcm Izzue dah…selamat berpuasa bang sabar je la msian modern banyak kerek…step educated

    0

    0
    • Shhh says:

      ko sebut izzue..ko tgk dato rezza ni masa dia masih muda..rasanya dia hensem lgi dri izzue..kalo ko tgk dia dalam ali setan..dia kecek kelantan..

      0

      0
  3. Haron says:

    Kalau macam ni punya gaya, tak maju le….tapi kita bole agak dah sebab kebanyakan artis yg bermasalah:
    1. Tidak ada education
    2. Asal dari kampung
    3. Golongan bawahan yg kurang fasih dari segi peradaban
    4. Tahap EQ yg teramatlah rendah, ini tak termaauk IQ
    5. Fahaman dan didikan moral daripada ibu bapa kurang
    6. Tak tahu besosial dgn penuh hemah
    7. Masa tidak penting, sebab tu tak akan berjaya dlm segala kerjaya
    8. Lebih cenderung kearah aktiviti yg kuran sihat
    9. Rumahtangga dan anak2 diabaikan, ataupun sudah bercerai
    10, MANUSIA BODOH

    0

    0
  4. Awek kpop says:

    Minat Aaron Aziz sejak drama Nora Elena…. Seth Tan memang handsome.

    0

    0
  5. Anonymous says:

    Ya salamm..Datuk Sri,masa Datuk dlm Ali Setan tu selalu sebut zikir Ya Salam,apa kata Datuk Seri amalkan balik zikir Ya Salam tu.

    0

    0
  6. cik piNgu says:

    cuma nk tahu sapekah insan diva tersebut?

    0

    0
  7. sue says:

    this is what is lacking in many of today’s generation : discipline and values

    0

    0
  8. Anonymous says:

    Erra Fazira ke? Coz in his IG dia tgh shoot dgn Erra and Aaron

    0

    0
  9. Anonymous says:

    datuk seri shah reza ni masa muda ensem…tpi nape hek smpi skg dia x kawin..

    0

    0
  10. Anti lambat.lembab.lemau says:

    Elok sula je. Org pun ada keje lain nak kejar.

    0

    0