Written by Bella | February 13th, 2017

Tentu anda semua kenal dengan Datuk Red bukan? Beliau merupakan suami kepada penyanyi Adira yang sebelum ini hangat juga dengan kontroversi beliau yang ingin “memikat” pelakon baharu, Ruhainies.

Setiap manusia itu pasti akan melakukan kesilapan dalam hidup mereka, menurut Datuk Red beliau kini sudah bertaubat dan berjanji tidak akan melukakan hati kedua isterinya lebih-lebih lagi selepas Adira melahirkan anak pertama mereka sekitar bulan Mac depan.

Malah, Datuk Red juga ingin memberikan fokus membesarkan tiga orang lagi anaknya bersama isteri pertama, Datin Red.

Kehidupan kami bahagia sekarang, saya sudah bertaubat dan berjanji tidak mahu buat hal lagi yang menyakitkan hati mereka (Adira dan isteri pertama). Saya mahu beri perhatian kepada zuriat-zuriat saya yang sedang membesar kerana saya seorang yang terlalu sayangkan anak dan tidak sabar menunggu kelahiran anak keempat saya.

Dalam pada itu, Datuk Red memberitahu beliau sudah mempunyai nama untuk bakal bayi perempuannya iaitu Anggerik.

Persiapan menyambut orang baru sudah siap sepenuhnya, namun saya beli kelengkapan secara ala kadar sahaja kerana tidak mahu berabis dan terlalu membazir. Nama pun saya sudah pilih iaitu Anggerik, saya suka nama klasik seperti ini kerana ia tidak terlalu panjang sehingga ‘berbelit’ lidah nak sebut.

Alhamdullillah kalau Datuk Red sudah ingin berubah ke arah yang lebih baik. Harapnya beliau akan terus berlaku adil kepada kedua-dua isterinya dan semoga rumah tangga mereka sejahtera.

Sumber Berita : mStar Online

[jetpack-related-posts]

28 responses to Datuk Red Sudah Bertaubat : Janji Tidak Akan Lukakan Hati Isteri-isterinya

  1. kak citata says:

    dengar boleh percaya jangan.

    48

    0
  2. nok gebuzzz says:

    kalau betul bagus la……..Alhamdulillah masih ingat dan sayangkan anak2.

    7

    0
  3. Anonymous says:

    Shahnaz, sila bomb mamat tah pape ni pulak. Apa kejadah ada article pasal mamat ni? Sejak bila dia celebrity/artist or someone yang patut dikenali?

    10

    0
  4. anti-perampas says:

    adira perampas!!!

    4

    2
    • Anonymous says:

      bukan datin red ni ke dua kan adira ke 3…….. bini pertama di cerai ada anak lagi tu… nasib datin red tak dicerai masa kawin dgn adira nasib baik…… adira kongsi tidak merampas sebab datin red masih isteri datuk red…. cakap lelaki mcm ni boleh didengar tapi tak boleh dipercaya

      18

      0
  5. Anonymous says:

    Alhamdulillah..

    1

    0
  6. Anonymous says:

    poo yo je.

    0

    0
  7. Juju says:

    Nara tolong jangan tulis tentang lelaki ini. Dah lah muka so annoying bukan artis pon.

    7

    -1
  8. melati says:

    Pokemon bercermin mata dh sedor lew muka cam Getah pemadam !! nk tunjuk kaya tapi duit ciput….wakakakakaaa

    2

    1
  9. Anonymous says:

    dia taubuat sbb nak tambah lagi cawangan.

    1

    0
  10. Anonymous says:

    Datuk red ne artis meh? Beautifulnara bkn blog for artis ja ka?alahai mnyemak kalo btl mau taubat pun tidak pyh lah mau 1 mlysia tau..taubat diam2 baru afdal.. Tk minat datuk ke datin ke apalagi c adira,lngsung tak minat

    2

    0
  11. JayJaoo says:

    Pity the kids inheriting his genetics, brain capacity and that face.

    2

    0
  12. sentap says:

    dia ni artis ke nara…sebok nak post gak dlm ni…semak la wei

    3

    0
  13. anon says:

    Bertaubatlah tu sb dah pakai songkok bila bergambar kan…..hmm….tengok muka tu masih gatal, takde cahaya keimanan pun yg terpancar.

    1

    1
  14. Anonymous says:

    Nda pa kalau hensem menyemak

    0

    0
  15. mika says:

    dengar boleh, percaya tidak.
    orang lelaki mmg sayang cinta bini sbnarnya,
    tapi sayang2 tetap nkkan perhatian dr pompuan lain gak…
    cakap je bertaubat tp cuba siasat bebtol… entah2 ‘main’ luar snyap2..
    bertaubat skrg tp terbuat lagi tak lama lg……

    0

    0
  16. Maria says:

    Alhamdulliah, dah bertaubat, jaga isteri2 dan anak2 Datuk dengan baik. Mcik nak tanya Datuk ni buat bisnis apa sampai berjaya, boleh kongsi pengetahuan bisnis dengan kami.

    1

    0
  17. maia says:

    Alhamdulillah, dah bertaubat jaga isteri2 dan anak2 dengan baik. Datuk usahakan bisnis apa yang buat Datuk berjaya. Boleh kongsi tips bisnis untuk berjaya.

    0

    0
  18. sepaun says:

    sebenarnya sapa yg artis ni? si red ni atau adira? rasanya cerita si red ni yg kerap kuar media berbanding adira :p

    2

    0
  19. Adigha says:

    Apa nama anak dia ??Cengkerik ???

    1

    0
  20. Yekeni says:

    Tak payah nak riuh sekampung….. buat aje…. words are cheap…. and so are your controvesies…. muka tak handsome…. takde apa yg menarik untuk dibaca…

    Sekejab lagi nanti cerita baru….. pegi daaa

    0

    0
  21. Abg Rainbow says:

    Boleh caya ke? Ha3 tgk muka mcm tk seberapa nak taubat pn. G 1 ko ni nara, tkyh nk ltk la post psl lelaki ni.bkn retis pn. Tp ak tgh pk. Nak pnggl ap ank dia t. Ang ke, Gerik ke. Nsb la ank2 ko red…dpt ayah mcm ko ni.ha3

    0

    0
  22. ikan says:

    words are cheap. nak buat buat je. tak payah nak sebut2 bagai depan reporter. sementara tu, bertabahla wahai bini2. dengar boleh percaya jangan. selagi die x abaikan makan minum tempat berteduh dan nafkah2 yg lain tu, layan je la. kikis habis2.

    0

    0
  23. lelaki camni, sekali dia dah buat…jangan harap nak percaya. manusia ni…kalau dia tak berani buat, dia takkan buat. tapi…bila sekali dia dah berani buat…percayalah, dia takkan berhenti. mungkin akan bermula semula pada jangkamasa yang akan datang. dengar bole…percaya? no laa…

    0

    0
  24. Datin Blue says:

    Kita tunggu dan lihat lah ye…setahun dua tahun lagi….

    0

    0

Leave a Comment

Optional