Datuk mana pulak ni??

Hiburan

Datuk mana pulak ni??

ish ish ish, betul ke ada Datuk yg femes dalam industri hiburan tak bayar loan kereta, sampai nak kena tarik? Ish ish ish. kami yang gaji tak seberapa ni pon tak berani kalau bayar lambat apa-apa loan. bukan apa, nanti nama blacklist susah wooo.

cuba senaraikan skit sapa yang bergelar datuk ??

Advertisement

Ini berita mengenai cerita ni kalau korang agak blurr tak ngerti apa yang kami gosipkan ini. Kami paham … kami pon masih lagi terbuai-buai dek cuti panjang, dan masih lagi membakar lemak-lemak daging korban yg dimakan masa hari raya. Tu yg tak dapat nak fikir siapakah gerangan datuk ini….

Rumah Datuk diserbu tukang tarik kereta

dari utusan malaysia.

TERKEJUT dibuatnya apabila ada seseorang yang kerjanya tarik kereta ajak Niezam ikut dia untuk pergi ke rumah seorang artis. Kata tukang tarik kereta tu, dia nak Niezam rakam gambar artis berpangkat Datuk ni yang buat masalah.

Ingatkan masalah apa rupa-rupanya si Datuk dah lama tak bayar sewa bulanan kereta dia.


Jadi sebagai tukang tarik kereta, dia diarahkan oleh bank untuk ambil salah satu daripada beberapa buah kereta Datuk ni yang dah berbulan-bulan tak bayar. Niezam tanya Datuk ni popular ke tak? Kata dia, Datuk ni memang popular dalam industri hiburan.

“Aku harap kau boleh ikut aku malam ni. Kasi ambil gambar dia masuk muka depan surat khabar kau. Rumah besar… kereta pun tak boleh nak bayar ke? Kasi hentam sikit bro dalam paper kau,” kata sumber itu.

Bravo la bro. Tapi surat khabar ni bukan tempat nak hentam orang bro. Silap-silap hari bulan orang hentam kita balik.

Yalah… walaupun rumah Datuk tu besar macam istana sekalipun tak semestinya dia tak ada masalah.

Kalau ada duit dia bayar lah tu, betul tak Datuk?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...