Written by Bella | May 23rd, 2017

Hangat berita dimana ada yang mengatakan penyanyi lagenda, Datuk Jamal Abdillah sudah pun berkahwin. Enggan spekulasi liar terus berterusan, Datuk Jamal menerusi portal Harian Metro mengakui beliau sudah berkahwin buat kali keempat. Namun, beliau tidak mahu mendedahkan maklumat lanjut mengenai pernikahannya itu.

Ya, saya sudah bernikah. Betul, saya dah nikah. Cukup setakat itu. Tak perlu tanya lebih-lebih.

Menurut sumber kepada portal berita tersebut, Datuk Jamal dikatakan telah bernikah dengan seorang gadis berusia 23 tahun berasal dari Kulim, Kedah kira-kira dua bulan lepas.

Datuk Jamal pada masa yang sama memberitahu majlis  yang berlangsung di kediamannya baru baru ini merupakan majlis tahlil untuk kedua arwah ibu bapanya serta majlis doa selamat sempena menyambut bulan Ramadhan serta berpindah ke rumah baharu. Ia sekaligus menafikan berita kononnya majlis tersebut diadakan sempena pernikahannya.

Datuk Jamal mendirikan rumah tangga buat kali pertama bersama Basariah Abdul Latiff pada 1988 dan bercerai pada tahun 1996. Kemudian beliau berkahwin dengan Intan Noraina Mohd Yusof pada 2001 dan dikurniakan seorang anak iaitu Osama Yamani. Selepas itu, beliau bernikah pula dengan bersama Fatimatuzahra (bercerai Mei 2007) dan  dikurniakan seorang anak, Ahmad Zaki Yamani.

Sumber Berita : Harian Metro

17 responses to Datuk Jamal Abdillah Akui Sudah Bernikah Buat Kali Keempat

  1. Anonymous says:

    kalau ke 4 tak payah aaa.. dah mmg kau bukan jenis d buat laki.

    20

    0
  2. Anonymous says:

    buang la rambut palsu tu weiii…semak la tengok.

    15

    0
  3. tipah says:

    cabut lah wig tu…buruk laaa.

    7

    0
    • minah jambu suka sahara yaakop says:

      biar la kalau dia nak pakai rambut palsu apesal ???? tak payah la dengar cakap korang semua tkde faedah nyeeeee….susah takde orang tolong…..lov jamal abdillah…kini dn selama nyee…

      1

      3
  4. Anonymous says:

    lelaki kalau tua tpi rambut hitam nmpk pelik. x selari dgn kedutan.
    pakai loreal ke bang?!!

    3

    1
  5. Kepohci says:

    Bini baru dia ni janda anak satu la…bukan gadis..

    9

    0
  6. huhuhu says:

    semoga berkekalan lah pakcik jamal…pakcik sebaya dengan omak saya 57 tahun…

    3

    0
  7. mamizura says:

    hmmmmmmmmmmmm paling lama setaun jar….

    4

    5
    • Ara says:

      Masya-allah perlu ke cakap cmtu ??…kata2 ni berupa doa..cmna kalau menda ni terbalik pada kau suatu hari nanti…kalau x suka sekalipun diamkan aja…ramdhan nak dekat cuci hati yg bersawang tu…salam ramadhan

      16

      0
  8. wekkkkkkk says:

    kalau laki tua, bini muda…x byk komen lak..mesti si bini malu brjln dgn laki…yg laki bangga la dpt pucuk muda.
    kalau bini tua. laki muda…byk komen lak..anak ikan la, apa la…mesti si laki malu bjalan dgn bini…sbb bini tua…jalan jauh2..btul x, apa2pun semua tu jodoh…jgn amek laki org dh la.

    7

    0
  9. Fidot says:

    Semoga dh x hisap dadah..if still amik mmg susah nk kekal rumahtangga…

    6

    0
    • wekkkkkkk says:

      penah trdgr kisah dri isteri sorg penagih tegar fit, dia kata sush nk tingglkn si suami walaupun penagih..sbb kalau suami main…si bini akan puas je selalu..tahan lama katanya..sbb fit atau sbb apa tak tau dia kata…lama benar uli…dia ckp..last2 bila suami di meningl dunia…kwen bangla pulak..

      his.his.his…buat citer lawak sikti…sebelum ramadhn dtg..

      3

      1
  10. ani says:

    harap jangan isap dadah lagi….klu cerai gak kali ni sbb dadah….mmg ko ni spesis jantan x guna la

    5

    0
  11. Anonymous says:

    Pelik dgn pompuan blh jatuh hati dgn pakcik ni walaupun dh tahu dia penagih. CINTA MEMANG BUTA..

    9

    0
  12. sentap says:

    geli tgk rambut palsu tu…tingat samy vellu….

    8

    0
  13. Joy Harries says:

    Nampaknya sejak uncle Jamal dikritik x leh gurau masa kat gegar vaganza tu, sy tgok cam dh ramai sgt org nyampah kat uncle yek!Hmm nat wat cam ne nasi dh jadi bubur:( Finally kahwin jgk uncle Jamal so pas ni jgnla wat perangai lg

    0

    0

Leave a Comment

Optional