Baru-baru ini, seorang individu yang dikenali sebagai Kak Zab telah berjaya menarik perhatian ramai menerusi sebuah video yang mendakwa dirinya dan suami telah muflis gara-gara menjadi penjamin kepada penyanyi Datuk Hattan. Katanya, Datuk Hattan menipu mereka sehingga jutaan ringgit nilainya.
Walaubagaimanapun, Datuk Hattan telah tampil untuk menafikan dakwaan Kak Zab dan sekaligus ingin membersihkan namanya. Difahamkan, beliau juga telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur berhubung perkara ini yang telah menjejaskan namanya.
Saya sudah buat laporan polis semalam dan peguam telah mengeluarkan surat saman terhadap kedua-dua individu tersebut. Semua yang dinyatakan adalah fitnah dan saya sudah serahkan kepada polis dan peguam untuk tindakan selanjutnya.
Kami harap apa pun masalah yang dihadapi oleh Datuk Hattan dan Kak Zab, cubalah untuk bertemu empat mata dan meluahkan segala rasa tidak puas hati serta selesaikan dengan cara baik.