Datuk Eizlan Yusof Masih Belum Temui Pengganti

Hiburan

Datuk Eizlan Yusof Masih Belum Temui Pengganti

Sudah lebih setahun pelakon Datuk Eizlan Yusof dan bercerai dengan bekas isterinya Vie Shantie Khan, namun sehingga kini beliau masih belum menemui wanita yang boleh dijadikan teman teman hidupnya.

Eizlan memberitahu bukan pintu hatinya tertutup untuk mengenali mana-mana wanita, tetapi buat masa ini beliau sibuk dengan kerjaya lakonannnya selain pengajian beliau di UUM.

Advertisement

Saya berkawan dengan ramai wanita, namun belum jumpa yang istimewa. Pada masa sama, saya juga sibuk dengan urusan kerja dan pengajian doktor falsafah di Universiti Utara Malaysia.

Jelas Eizlan, hidup beliau tidak pernah sunyi kerana tiga orang cahaya mata beliau sentiasa menghiburkan hatinya. Eizlan cukup gembira kerana kerap berjumpa dengan anak-anaknya.

Jika anak-anaknya tidak berada di sisinya, Eizlan akan menonton video mereka sebagai pengubat rindu.

Eizlan juga merasa  bersyukur tiada masalah berkaitan hak penjagaan anak dengan bekas isterinya.

Pada masa lapang, saya menghabiskan masa bersama anak. Oleh kerana kerap berjumpa dengan anak, mereka tidak berasa kehilangan saya dan menganggap saya bekerja di luar. Setiap kali anak tiada di sisi, video mereka menjadi pengubat rindu sebelum tidur.

Saya boleh jumpa anak pada bila-bila masa dan sentiasa mencari peluang untuk bersama mereka. Alhamdulillah, bekas isteri tidak pernah halang.

Bukan mudah hendak cari pengganti.  Mereka harus menerima anak-anak Datuk Eizlan Yusof dengan baik dan menjaga mereka seperti anak sendiri.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...