Written by AbangNara | October 4th, 2017

Kehebatan Datuk Aznil Haji Nawawi dalam bidang pengacaraan dan juga komunikasi tidak boleh dipertikaikan. Abang Nara masih teringat bagaimana Pak Nil dapat membuatkan para penonton Akademi Fantasia turut mengalirkan air mata setiap kali ada peserta yang tersingkir. Malah keupayaan beliau turut diakui apabila dilantik menjadi pengacara Sukan SEA 2017 baru-baru ini. Jadi apabila Pak Nil merancang untuk memperkasakan kemahiran berkomunikasi di kalangan para pelajar, memang Abang Nara setuju sangat-sangat.

aznil

Pada pandangan Abang Nara rakyat Malaysia terutama golongan belia zaman sekarang memang kurang pandai dalam melontarkan pendapat. Ramai kawan-kawan Abang Nara yang kecewa apabila generasi muda ini datang temuduga di tempat kerja tanpa sebarang persediaan. Bercakap pun sambil garu-garu kepala. Tergagap sana sini. Bila ditanya soalan tak boleh jawab dan sebagainya. Memang agak memalukan. Kata Pak Nil tentang idea bernasnya ini:-

Saya sudah mempunyai idea ini sejak sekian lama dan sedang bekerja rapat dengan agensi kerajaan bagi merialisasikan impian itu. Apa yang saya lihat sekarang ramai generasi baru terutamanya lepasan universiti tiada kemahiran komunikasi dan fikiran kritikal ketika ditanya soalan semasa proses temuduga membuatkan mereka gagal mendapat pekerjaan.

Sebab itu saya ingin keliling Malaysia, pergi ke sekolah-sekolah, mula dari pelajar sekolah rendah untuk dedahkan kepada mereka mengenai kepentingan komunikasi dan interaksi dalam melontarkan pertanyaan, jawapan malah pendapat.

Jika kita lihat senario sekarang banyak anak kita yang bukan sahaja sanggup memaki hamun pemimpin tetapi tanpa rasa bersalah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap ahli agama dan ibu bapa. Ada pula yang sanggup memukul ibu sendiri!

Sampai bila kita hendak biarkan keadaan ini berlaku? Takkan hendak tunggu mereka berani hina nabi ke? Sebab itu saya ingin adakan kempen ini dalam mengasah kebolehan berkomunikasi dan melontarkan pendapat, menyuarakan pandangan mereka tetapi dengan adab dan cara yang betul.

aznil

Semoga usaha Datuk Aznil Haji Nawawi ini akan mendapat sokongan daripada semua pihak terutamanya Kementerian Pendidikan Negara. Kelemahan berkomunikasi di kalangan belia harus diperbaiki sebelum terlambat. Tahniah kepada Pak Nil atas inisiatif yang amat bagus ini. Semoga dipermudahkan. Sumber Mstar Online.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

38 responses to Datuk Aznil Nawawi Ingin Keliling Sekolah Satu Malaysia Perkasa Kemahiran Berkomunikasi Di Kalangan Pelajar

  1. minachee says:

    Alhamdulillah. Baik tujuannya, moga baiklah hasilnya kelak. Insya Allah

    18

    0
    • Kiahd says:

      siti nurhaliza bila nk buka akademi muzik dan nyanyian? turunkan lah skill dan ilmu…jgn lokek.

      7

      1
      • johnny bravo says:

        Turunkan ilmu apenya, bakat tu kan pemberian tuhan. Bukan semua org boleh menyanyi, yg berbakat saje. Tapi berlakun semua org boleh lah dgn ajaran, wlpn bakat diperlukan jgk
        Dah naik muak pun tengok makcik siti tu, bersara je & duk dlm gua.

        2

        2
    • Mat Ronggeng says:

      Helok lah tu…kalau pergi sekolah sekolah, Foundation & Lipstick tu tolong jangan pakai ya… Nanti student terconfuse nak ajar kommunikasi ke ? Nak ajar pakai make up tebal? Gesture terlentok lentok ala sotong kurita tu pun kena control – muntah hijau guru jasmani tengok….

      10

      4
    • minah jambu say NO to drugs says:

      pengacara GST kt TV1 ni hensem ! dh kawin ke blom ni ?? leh kenal2 ?? eeemuah…!

      0

      0
    • minah jambu say NO to drugs says:

      makin muda pulak minah jambu tengok pak nil ni punye muka ape rahsia ?

      1

      1
  2. wekkkkkkk says:

    ingatkan nk bagi soalan ring..ring..ring..ringgit…bankrap nnti, semua student nk jwb…satu soalan 1 ratus ringgit kn…

    1

    0
  3. farhan says:

    boleh je buat proposal kat kementerian pendidikan, ada nama, senang approve, build team,diorg masukkan dlm budget tahunan, nnti kementerian keluar kan LO, dptla job. nak keje ngan pak nil boleh?

    8

    0
  4. miamore says:

    semakin hari semakin muda paknil. paknil mmg pandai layan budak kecil. paknil pun nampak lebih cerdik berbanding pengacara lain yg bersandarkan pada lawak semata2. goodluck.

    9

    3
  5. wekkkkkkk says:

    Nara…kalau kali pertama temuduga, lepas tu x dpt keja…maka kali pertama “interview” itu pun pengalaman juga tau.
    Aku selalu pesan kt anak aku…interviewpun pengalaman. Bila dh biasa, maka gementar dh x ada..x kn garu kepala nya, x kan erk..erk..erk nyer…cuma rezeki je belum dpt..sabor jelah.

    10

    0
    • bunga bukan sekuntum says:

      biasalah interview kali pertama memangla tak ready dalam kepala tu tak boleh nak expect apa nak jadi.. anggap sajalah interview tu pengalaman hidup walaupun direject.. kita bukannya desperate sangat kerana ada ancaman keganasan ke hutang kena ugut ke apa.. jangan jemu pergi interview berbeza-beza.. bila dah plan macam mana nak hadapi interview, mesti boleh relax tak tergagap-gagap ke hilang fokus ke.. siapa tahu nanti-nanti interviewer accept.. rezeki tu luas.. percayalah..

      5

      1
      • anon says:

        Always be prepared kalau nak pegi interview, tak kiralah yg pertama ke kedua ke…. Check background company yg kita nak kerja tu, check semua bende, siapa ceo dia, bisnes ape, ade overseas subsidiary ke or ape2 jelah. Then baca news psl current issues, then prepare soalan2 yg biasa dia org tanya. Google. Skrg semua info dihujung jari je. Jgn pergi unprepared & mulalah nak cakap mengarut2. & memalukan diri sendiri. Kalau tak prepare, baik takyah gih interview. .

        6

        0
        • sikit ilmu kongsi sesama says:

          salah lah, sebelum hantar resume..kena check dulu bckground company. Bila dh hntr, boss dh dpt resume maka msa interview, boss x kn bagi tau bckground company dia, yg boss tanya hanya pada diri candidates tu. Kita sbagai candidates mana boleh tanya lebih2 kt company tu, tapi kalau nk tanya juga boleh, company ni buat apa. Selebihnya sensitif nk tanya. Lagi kita dpt bonus information jika boss menerangkan dgn lebih detail dn ada bonus tiap tahun. Kalau dia x ckp benda tu, so saya nasihat jgn tanya tau.

          Kita boleh tanya:
          1. Kerja brapa hari dlm seminggu.
          2. Masa kerja pukul berapa.
          3. Ada overtime ke jika kerja lebih masa.
          4. Ada cuti tahunan berapa hari.
          5. Adakah cuti umum kita pun cuti jugak.
          6. Ada panel klinik tak/dn boleh claim ke …..ha yg ini hati2 sikit, kalau beranilah tanyalah..(jgn nnti muka mc je).

          Tntg job responsibilities tu…org dalaman akan bagi kerja. Boss arahkan je.

          0

          0
  6. kokokrunch says:

    Bagus Pak Nil! pertama sekali suruh Fattah Amin masuk kelas Pak Nil suruh dia belajar cara-cara berkomunikasi yang betul agar message sampai tanpa merendahkan pihak satu lagi.. paksa dia jadi anak murid Pak Nil! Belajar jadi mcam pak Nil mengacara ke melawak ke membaca berita ke semua terhibur tanpa merendahkan martabat orang lain..

    4

    4
    • sunny side up egg says:

      fattah amin merendahkan apa erk?? blur jap apa yang kokokrunch cuba sampaikan di sini..

      1

      2
    • anon says:

      cakap tu guna otak sikit, taulah ko jeles dgn fattah. Tapi komen ko tak masuk akal. Aznil ni pun bkn pandai sngt bercakap, yg mengarut2 boleh lah, kalau fakta or serious topik tak blh pun. Aznil ni bercakap mcm lah dia tu pandai sngt. Cermin diri dulu ye…

      0

      1
      • anak profesor pun minat aznil says:

        sebab tu lah dia jadi pengacara.. kalau dia betul serious akademik, dia dah sambung masters phd laluan kerjaya dia pun di universiti buat research bukannya glamor depan kamera memanjang.. btw, jasamu dikenang kerana mempengaruhi mood penonton suka duka semuanya ada.. hilang masalah seketika melihat celoteh aznil..

        4

        0
    • minah jambu say NO to drugs says:

      kokocrunch ni tak tau apeeeee yg dia nak bebualkn merepek seyyy..

      0

      1
  7. wekkkkkkk says:

    satu je nk ckp, masa isi form utk apply kerja..x perlu letak gaji..sbb boss dn management dh tau kadar gaji semasa, samada fresh graduate, atau pengalaman. Samada SPm, Dploma, Ijazah. Boss tau semua tu. Aku tgok anak cina pada ruangan “expected salary” di biarkan nya kosong.

    7

    0
    • Hellen says:

      Ada juga bos bengap bagi gaji budak fresh grad 1.3k??

      1

      0
      • wekkkkkkk says:

        sian, itu dh melampau. SPM boleh la 1.3k. Pion fresh pun dh 1.6 + elaun.
        Ini majikan betul2 bengap, taik hidung masin dn x ikut agensi pekerjaan punya level. Kurang2 kena bagi RM2.2K…kn.
        Kalau parents ada di bdr, tinggal serumah boleh jugk amek 1.3 tu utk cari pgalman dri buang masa. Dlm pada masa yg sama, apply lain.

        0

        0
  8. Mia says:

    Goodluck pak nil.. semoga cita2 tercapai..

    2

    2
  9. anon says:

    Ala mcm lah dia ni terer sngt bercakap, yg merapu2 blh lah……mamat ni gay, mekap dua inci.

    1

    4
  10. kuri says:

    pondan tua

    2

    4
    • minah jambu say NO to drugs says:

      eh helo…kalau dia pondan tapi pak nil dh ada dua anak ..camana kau cakap pak nil ni ponponpondan…??

      3

      3
      • new world order must go on says:

        pak nil tak buang ok zakar kurniaan tuhan.. dia tahu apa fungsi zakar tu dari segi sains.. zakar tu mengandungi sperma. walaupun dia berperwatakan lembut dan korang memang rasa dia ni pondan la dua alam la whatever label sekalipun, dia still lelaki biologis.. korang pernah tengok aznil simpan misai ke jambang?? well pilihan dialah nak kelihatan clean-shaven.. bukan dia sorang clean-shaven, ramai lagi jutaan lelaki yang clean-shaven.. kalau nak banding dengan lelaki yang bela jambang panjang mengurai biar penampilan nampak tak rapi.. cuba terima sikit perbezaan identiti orang lain sebagaimana orang lain terima perbezaan identiti uolz gak.. hidup ibarat roda. ingat tu baik-baik..

        6

        0
  11. bagus skali says:

    bagus lah tu.. dah2 la dengan rancangan hiburan tu…

    0

    0
  12. anonymous says:

    cukup2 lah to pak nil org dah bosan dgn kau semua kau nak sapu bagi can lah generasi baru byk lagi yg berbakat

    1

    0
  13. Anonymous says:

    Alhamdulillah..idea yang bernas sekali & usaha yang sangat mulia. Bagus Pak Nil.. Moga Pak Nil mendapat restu dari Allah & dipermudahkan olehNYA.

    0

    1
  14. mas says:

    Alhamdulillah..idea yang bernas sekali & usaha yang sangat mulia. Bagus Pak Nil.. Moga Pak Nil mendapat restu dari Allah & dipermudahkan olehNYA.

    0

    1
  15. mas says:

    Alhamdulillah..idea yang bernas sekali & usaha yang sangat mulia. Bagus Pak Nil.. Moga Pak Nil mendapat restu dari Allah & dipermudahkan olehNYA.

    0

    1
  16. ... says:

    Nak ikut… setuju sgt sbnr nya dgn idea ni. Kami dah gerak dengan skala kecil. Tapi kalau ada penglibatan selebriti yg memang tahap komunikasinya mengkagumkan dan bukan macam sampah, tentu lagi seronok dan meriah.

    0

    1
  17. Anonymos says:

    Setuju !! Aku kerja Kat Farmasi. Bila ADA budak sekolah mai, kita tanya la kenapa, jatuh ke, Sakit Kat mana, tny nama apa pun xboleh nak jawab beb. Bkn xboleh tp xberani nak bercakap. Ada aku tgk Kat berita sorg budak Lelaki DPT anugerah keberanian sbb tlg kwn dia dpd kebakaran, bila wartawan tny, dia dok errr errr errr muka blur..anak2 melayu kena diajar berani berkomunikasi Dan melontarkan pandangan tp dgn adab Dan Cara yg betul mcm paknil ckp tu. Tgk anak mat salleh, bila tny apa pendapat tentang ini tentang ITU, konfiden je jwb dgn jujur. All d best paknil

    1

    1
    • susu ibu vs susu tepung? says:

      faktor makanan tak berkhasiat.. sel otak tak berhubung.. tu lah hasilnya muka blur er err uuu aaa ooo.. dulu ibunya kurang bagi susu ibu rasanya.. dalam susu ibulah yang ada khasiat dan imunisasi kepada bayi.. dah berbuih mulut cakap, tapi ibu-ibu degil asyik bagi susu tepung.. lantak koranglah. anggap saja itu uji kaji apa kesannya mengabaikan susu ibu terhadap perkembangan manusia..

      0

      0
      • wekkkkkkk says:

        index pompuan bekerja pada tahun 2015 – 54 %.
        Skrg 2017 index % mesti meningkat lagi kan.
        Sbb tulah susu ibu kurang. Bukan x ada bagi, cuma kurang.
        Lagi satu jika di “U”..sudh nmpk wanita byk masuk. Lelaki kurang.
        Jadi bila bekerja bini gaji tinggi, gaji laki kurang..jdi kena bantu lh dlm prblnjaan rmh tngga.
        Ibu mana yg x mau bgi susu bdn, semua mau bagi.

        1

        0

Leave a Comment

Optional