(HOLLYWOOD)Daniel Radcliffe – Saya Dan Rupert Grint Tidak Rapat

Dalam filem Harry Potter, ketiga-tiga bintangnya, Daniel Radcliffe, Rupert Grint, dan Emma Watson digambarkan sebagai tiga sahabat yang selalu bekerjasama. Mereka saling bantu-membantu dan menyokong antara satu sama lain.Namun, itu tidak berlaku dalam kehidupan nyata. Hubungan ketiganya tidak serapat apa yang diperlihatkan dalam filem yang telah menaikkan nama mereka bertiga.

Kata Radcliffe kepada Mirror:

Ada yang kata Emma, Grint dan saya sebagai teman baik dan selalu hang out bersama.

Namun, Radcliffe tidak berpendapat demikian. Pemegang watak utama  ’Harry Potter’ ini malah tanpa ragu menyatakan, dia dan Grint tidak berkawan rapat seperti yang digambarkan dalam filem. Dia mengaku dirinya sekarang sudah hampir tidak bertegur sapa dengan Grint.

Saya dan Emma masih sering mengirimkan SMS. Tetapi dengan Grint saya tak pernah SMS. Kami juga tidak berjumpa.

Khabarnya, mereka saling membenci antara satu sama lain. Namun, Radcliffe menafikan. Dia berkata mereka masih bertegur sapa walau sekejap semasa mereka bertemu di sebuah majlis.

Jika saya bertemu setiap enam bulan atau lebih, paling tidak hanya berkata ‘hello’. Apa khabar?

Baca Yang Ini Pulak:-


Tags: , , , ,
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

13 responses to (HOLLYWOOD)Daniel Radcliffe – Saya Dan Rupert Grint Tidak Rapat

  1. luxurynas says:

    baru ku tahu..rupanya,tapi thanks sebab blakon smpai ‘menjadi’ kawan baik lam pilem =)

    Like or Dislike: Thumb up 12 Thumb down 1
    • REDBLOODSNOW says:

      tu la kan. baru ku tahu gak. Tp lakonan dorg yg BFF sgt tu mmg menjadikan :) BTW, love emma berambut panjang instead of rambut pendek. she’s look more gorgeous in long hair :)

      Like or Dislike: Thumb up 8 Thumb down 7
  2. mangkuk tingkat says:

    betul2 pro… dlm lakonan nmpak real rapat…

    Like or Dislike: Thumb up 12 Thumb down 1
  3. frachaotic says:

    dorg ni smpi bile pn org ingt sbb blakon harry potter.lucky for them for having the best career memory in their life. ak suke rupert grint sbb dia sempoi.

    Hot debate. What do you think? Thumb up 20 Thumb down 1
  4. PotterHead says:

    tak laa… Cuba bukak official website or twitter diorang-diorang nie. Selalu je interact. Pastu cuba bukak balik press conference bagai, diorang mengaku berkawan, tak rapat, tapi takde lah sampai tak bertegur sapa…

    Like or Dislike: Thumb up 11 Thumb down 1
  5. kasut putih says:

    dunia mereka luas.. dan terlalu sibuk untuk berhubung.

    Like or Dislike: Thumb up 7 Thumb down 1
  6. peminatsetiaHarryPotter says:

    sedihnya dorg tak rapat luar filem. :( tp dgr2 yg rupert rapat dgn tom felton. hehehe. daniel ni luar filem lain gile. rupert same mcm dlm filem. :p

    Like or Dislike: Thumb up 10 Thumb down 1
  7. kips says:

    standard la tu… dh nama berlakon. =)

    Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 1
  8. Fakhruddin says:

    berlakon dari kecik sampai besar…mesti la kena rapat

    Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 1
  9. Dauspozi says:

    Ada jugak macam ni eh, padahal dari kecik kot berlakon sesama… keh3.. tapi banyak² BFF dalam filem, aku suka “BFF” diorang bertiga ni, rapat gila.. :P

    Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 1
  10. jin noty says:

    xkesah rapat ke x, yg pnting tiga2 bdk nih kaya, si “Ron” tu bli van askrem mcm bli van mainan…

    Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0
  11. Ferr_Remy says:

    Ada aku kisah? Lain la Jubir tak bertego sapa dgn Attan ke aper ker…

    Like or Dislike: Thumb up 8 Thumb down 1
  12. hyde says:

    haha betol bro!! aku pun tak kesah… yg aku nie dah tak bertegur sapa ngn jiran aku dkt 4 tahun takde sape pun kesah.. ye lah.. mentang2 la aku tak berlakon dlm harry potter……

    Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 2

Leave a Comment