Written by Bella | July 6th, 2017

Video pelakon Daler Yusof yang secara tidak sengaja memegang bahagian dada Nelydia Senrose ketika aktres itu membrek secara mengejut sewaktu mereka menunggang motosikal bersama menjadi viral. Daler yang menerima kritikan daripada netizen bagaimanapun sudah tampil memohon maaf.

Susulan daripada itu, Nelydia menerusi portal Media Hiburan turut menjelaskan situasi sebenar yang berlaku dan pada masa yang sama tidak menyalahkan sesiapa atas apa yang sudah berlaku.

Waktu kejadian, itulah kali pertama saya menunggang motosikal, di kepala saya agak bercampur baur, fikirkan nyawa pembonceng, camera man di hadapan, keselamatan diri lagi memang buatkan saya langsung tidak sedar apa yang terjadi. Saya akui, dalam keadaan yang ‘terlalu’ berjaga-jaga saya terhilang sedikit kawalan dan berhenti secara mengejut kerana sedar ada bongol di hadapan.

Menurut Nelydia,  isu ini tidak perlu diperbesarkan lagi meskipun ia agak sensitif. Nelydia turut memberitahu Daler bukanlah seorang  yang suka mengambil kesempatan dan pelakon lelaki itu sudah pun menghubungi beliau dan memohon maaf.

Dia ada hubungi saya tetapi saya tidak ambil pusing tentang pekara ini. Bagi saya hanya salah faham. Saya sendiri tidak tahu sama ada ia benar-benar tersentuh atau hanyakerana angle video tersebut. Jadi bukan isu berat pun dan kami memang tiada masalah bersama.

Ada perkara yang kita boleh elak dan ada yang tidak. Apa-apa pun, harap selepas ini mereka berdua akan lebih berhati-hati jika ingin melakonkan sesuatu adegan didalam drama dan memuat naik video promosi agar ia tidak lagi mengundang fitnah dan kecaman.

Sumber Berita : Media Hiburan

14 responses to Daler Bukan Seorang Yang Suka Mengambil Kesempatan – Nelydia Senrose

  1. Pekerja Gomen says:

    Silo-minded people will non-stop hit something as long as it can makes sound… even it not necessary…
    Ignore them!

    4

    7
  2. Bonggol says:

    bonggol kau dengan bonggol jalan sama aje penting

    7

    1
    • Mat Ronggeng says:

      Ya betul. Pepatah melayu modern ada berkata
      “Tepuk bonggol Nelydia, tanya selera Daler”…gitewww.

      6

      0
  3. Anonymous says:

    Pekerja gomen …. SILO tu maksud aper. Vocab baru? Nak juga tahu bahasa modan ni. Tak mau ketinggalan. Yang aku tahu SHALLOW minded. Apapun si Daler tu nk naik motor ngapa tak tangkap bahagian lain. Ngapa terus tangkap dada???

    1

    4
    • Pekerja Gomen says:

      Perkataan “Silo” lebih banyak digunakan dalam bahasa rasmi, same meaning as narrow minded. Mcm simpulan bahasa, nampak sopan sikit sebut “Cetek Akal” berbanding bangang.

      3

      2
  4. Cik tata titi tutu says:

    Suka ler tew sentuh2 sebab ensem. Cuba rani kulop ke, mesti nak saman.

    16

    0
  5. wekkkkkkk says:

    awal2 lgi saya dh komen…(yg lepas)…ada bonggol di hadapan, u mmbrek mengejut, padahal bonggol tu ada je garis kuning dn bonggol tu adalah saiz ukuran JKR…bukan bonggol yg di buat oleh org kampung sesuka hati..kalau org kpg buat bonggol sesuka hati x ikut ukuran JKR…maka masa awak langgar bonggol tu awak akan terus rebah, maklumlh bonggolnya lain mcm kejutan dia.

    2

    0
  6. Anonymous says:

    Bagus lagi bukan melayu pandai minta maaf yg melayu terus layu. Tunjuk ego tinggi

    0

    0
  7. Anonymous says:

    Bagus lagi bukan melayu mcm daler pandai minta maaf yg melayu terus layu. Tunjuk ego tinggi

    0

    0
  8. Anonymous says:

    Si Nara ni pownnnn. Tapisla foto nk di muatkn dalam blog. Cuba kalu foto anak dara ko mcm tu. Ko sanggup ke bubuh gambar lelaki pegang dada anak dara ko. Pada aku, si Nara patut minta maaf kerana tak pandai jaga sensiviti hati mak bapak Nelydia. Lain kali pikir la Nara. Jangan pikir nk penuhkam blog saja dan umpan foto tak elok mcm ni. Ko nk diam juga Nara???? Komen la sikit!!!

    6

    0
  9. Realbitch says:

    Daler tu GAY!! Memanglh, cuba jantan lain mau tak kena ko.

    2

    0

Leave a Comment

Optional