Dakwa Nad Zainal Bawa Kekasih Ke Rumah, Bekas Pengurus Akan Buat Lebih Banyak Pendedahan

Hiburan

Dakwa Nad Zainal Bawa Kekasih Ke Rumah, Bekas Pengurus Akan Buat Lebih Banyak Pendedahan

Perselisihan faham antara Nad Zainal dan bekas pengurusnya, Alog Zuren nampaknya semakin memuncak. Satu demi satu dakwaan dilemparkan kepada Nad oleh bekas pengurusnya itu. Satu video di mana Nad Zainal leka bermain handphone di hadapan anak-anak yatim telah pun menjadi viral. Malah di dalam salah satu status Facebooknya, Alog Zuren mendakwa yang Nad Zainal pernah membawa bekas kekasihnya ke rumah. Fuh!!! Satu dakwaan yang cukup berat dan hebat.

nad zainal

Advertisement

Semua ini berpunca daripada kenyataan Nad Zainal di dalam program Melodi yang dilihat memfitnah Aloq Zuren. Tidak mahu namanya buruk, Aloq Zuren turut memuatnaik perbualan Whatsapp dengan pelakon tersebut. Nad Zainal menyatakan kesemua yang dikatakan di dalam Melodi adalah satu ‘hiburan’ semata-mata.
nad zainal

Menariknya, Aloq Zuren turut memaklumkan akan mendedahkan lagi kisah Nad Zainal kepada orang ramai sekiranya pelakon itu terus memfitnah dan mencemarkan nama baiknya. Kata Aloq Zuren menerusi Mstar Online:-

Saya nak tengok sejauh mana dia mahu memburukkan saya. Untuk apa? Saya pun tak pasti. Tetapi sekiranya dia masih memfitnah dan mencemarkan nama baik saya, saya tidak akan teragak-agak untuk terus mendedahkan sikap buruknya di media sosial.

Apa yang saya dedahkan itu baru suku daripada sikap buruknya itu. Kalau dia nak saman saya silakan. Saya tidak takut kerana saya ada bukti yang sah.

Lagipun saya bukan mahu aibkannya. Dia memburukkan saya dan saya perlu membersihkan nama saya yang sudah tercalar.

Setakat ini, dia adalah artis yang paling teruk pernah saya bekerja. Cukuplah! Saya serik nak bekerja dengan dia lagi. Sudahlah saya selalu dipersalahkan keluarganya setiap kali masalah timbul

nad zainal

Persengketaan sebegini hanya akan menjatuhkan nama Nad Zainal yang selama ini mempunyai imej baik di kalangan peminat. Nad Zainal seharusnya bersemuka dengan Aloq Zuren untuk menjelaskan segala kekeliruan. Sekiranya berlaku lebih banyak pendedahan, Abang Nara yakin kerjaya yang dibina oleh Nad Zainal boleh musnah dalam sekelip mata. Silalah bertindak segera sebelum semua ini lebih melarat.

nad zainal
Semoga ada jalan damai antara Nad Zainal dan Aloq Zuren. Sama-sama kita doakan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...