Dah La Popular, Cun Pulak Tue, 3 Heroin Drama Korea Ini Pasti Buat Anda Cemburu

Hiburan

Dah La Popular, Cun Pulak Tue, 3 Heroin Drama Korea Ini Pasti Buat Anda Cemburu

Drama Korea dan rakyat Malaysia memang tidak dapat dipisahkan. Sehingga ke hari ini, jutaan rakyat Malaysia termasuk Abang Nara masih ketagih menonton drama Korea. Kalau tak silap, fenomena ini bermula pada tahun 2001 menerusi drama Winter Sonata, kemudian diteruskan dengan Autumn In My Heart, Stairways To Heaven, Full House, I’m Sorry I Love You dan banyak lagi. Antara sebab drama Korea menjadi pilihan ialah kehebatan lakonan, jalan cerita menarik, kisah percintaan yang menyayat hati dan ayat romantik power yang mampu mencairkan hati para penonton.

kfever shopee

ni antara 2 drama feveret Abang Nara

Namun bagi seorang lelaki sejati, salah satu sebab utama Abang Nara melayan drama Korea ialah kerana heroin-heroinnya yang super duper cun. Pergh. Memang boleh jatuh cinta melihat kejelitaan, kecomelan dan kecantikan wajah mereka. Abang Nara sampai pernahlah tidur malam termimpi-mimpikan diorang. Antara heroin-heroin drama Korea feveret Abang Nara ialah:-

Advertisement

1.Song Hye Kyo

song hye kyo

Ya Allah indahnya ciptaan Tuhan

Meletup-letup menerusi drama Descendants of The Sun baru-baru ini, Song Hye Kyo telah berpuluh-puluh tahun memegang watak heroin. Antara drama popular lakonannya ialah Full House bersama Rain, Autumn In My Heart, That Winter The Winds Blow dan All In. Wajahnya yang mulus, putih berseri tanpa sebarang cacat cela, fashion sense yang tinggi serta kecomelan lakonannya telah berjaya meruntun hati jutaan jejaka. Kalau dapat Song Hye Kyo jadi awek, memang sumpah tak cari lain dah.

kfever shopee

hai awak kenapa cantik sangat?

Tengah hangat di Korea sekarang ini ialah “Magic Snow Cushion” dari April Skin yang menyerlahkan lagi kecantikan wajah anda. Kalau korang nak tahu rahsia kulit orang Korea sentiasa nampak tulus mulus flawless je, inilah rahsianya. Senang dipakai, impak yang power dan harga yang sangat berpatutan bersempena promosi K-Fever dari Shopee. Sekali cuba confirm jatuh hati.

magic cushion

Selain daripada “Magic Snow Cushion” dari April Skin ini, banyak lagi produk kecantikan muka seperti pencuci, toner, night cream dan face mask dari Korea. Jenama-jenama seperti Etude House, Skin Food, Tony Moly dan Innisfree semuanya ada.

2. Jun Ji Hyun

jun ji hyun

ah senyumanmu meruntun jiwaku ini

Nama Jun Ji Hyun tidak perlu diperkenalkan lagi terutama selepas namanya mencanak naik menerusi drama My Love From The Star. Tahun 2016, sekali lagi nama Jun Ji Hyun menjadi sebutan ramai selepas lakonannya bersama Lee Min Ho di dalam drama Legend Of The Blue Sea menjadi tontonan jutaan peminat. Abang Nara pertama kali melihat Jun Ji Hyun menerusi filem My Sassy Girl dan terus jatuh cinta pandang pertama. Wajahnya yang flawless dengan gaya comelnya memang kena dengan taste diri ini. Paling Abang Nara suka ialah bibirnya yang mungil dan seksi. Aummm!!!

kfever shopee

hai awak janganlah tenung saya deep-deep sangat. Malulah.

Orang Korea ini bab dapatkan bibir yang mungil, seksi dan menggoda memang bagi kat diorang. Popular sekarang ini adalah 3CE Mini Lip Lacquer Kit yang boleh menjadikan bibir anda perfect sekelip mata. Mudah dipakai, pelbagai pilihan warna, tahan lama dan paling penting, teknologi yang digunakan adalah paling latest dan lain daripada yang lain. Memang jadi buruan para wanita produk ini.

kfever shopee

Selain 3CE Mini Lip Lacquer Kit ini, ada banyak lagi produk-produk Korea untuk bibir anda seperti lipstick, lip cream dan lip tint yang memang popular serta berkesan. Harga semua dah didiskaun kaw-kaw bersempena promosi K-Fever Shopee. Sekali sekala cantikkan bibir apa salahnya kan? Jun Ji Hyun pun confirm jeles tengok bibir korang lepas nie.

3. Kim Go-Eun

kfever shopee

Nama Kim Go-Eun sebelum ini memang kurang dikenali di kalangan para peminat drama Korea. Namun selepas membintangi drama Goblin di samping Gong Yoo dan Lee Dong Wook, satu dunia sudah mula mencemburi kejelitaan dan kecomelan si pelakon cilik ini. Daya tarikannya yang paling kuat sudah tentu pada bulu mata serta keningnya yang lebat dan tebal. Perfect kombinasi dengan wajah Kim Go-Eun yang kecil molek itu.

kim go eun

Rahsia orang Korea mendapatkan mata yang cukup menarik, tertarik dan daboom terbongkar sudah. Rupa-rupanya mereka gunakan set eyeshadow dari Pony x yang tengah popular sekarang ini. Nak mata “semi smoky” boleh, mata “bold smoky” boleh, mata “daily make up” pun boleh. Semuanya confirm akan memukau dan membuatkan anda lebih menarik. Boleh ushar di sini sekiranya anda berminat.

Selain itu ada macam-macam lagi produk kecantikan Korea dari Shopee yang pasti akan menjelitakan lagi wajah anda seperti April Skin, Innisfree, Etude House dan lain-lain. Antaranya product yang ada seperti:-

1. Topeng muka Song Joo Ki – confirm hensem macam pelakon Korea tue selepas 7 hari

2.Perfect Skin Absolute Marble Stick – untuk korang yang nak dapatkan kulit wajah sempurna

3.Contact lens Bausch & Lomb – tampil bergaya dan memukau dengan mata yang lebih jelita

4.Etude House Tint My Brow Gel – kalau korang nak kening mata yang tebal dan bergaya, memang wajib cuba yang ini

5. Pelembap Kulit Aloe Vera Nature Republic– buat anda yang ada masalah kulit kering dan kusam, produk ini akan menyelesaikan masalah tersebut.

kfever shopeeSemua ini dan banyak lagi produk Korea boleh anda dapatkan dengan harga diskaun kaw-kawe di Shopee bersempena dengan promosi K-Fever yang telah bermula sejak 9 Mac sehingga 15 Mac ini. Ada baju fesyen perempuan, ada beg serta wallet, aksesori, kasut, produk kecantikan dan macam-macam lagi. Memang rambang mata dibuatnya.
kfver shopee

Bukan itu sahaja, bersempenan promosi K-Fever ini, Shopee nak berikan RM20,-000 voucher tunai kepada 500 pembeli bertuah. Mereka yang membeli mana-mana produk di dalam kategori di atas sepanjang tempoh promosi ini berpeluang mendapatkan kembali nilai pembelian mereka di dalam bentuk Shopee cash voucher. Kiranya shopping FREE lah nie. Memang berbaloi-baloi sangat. Sila baca maklumat lanjut di sini.

kfver shopee

Terdapat juga promosi Lucky RM7 Deals dimana korang boleh beli produk kecantikkan dari Korea ni dengan harga RM7 je!

kfever sopee
Kepada peminat fashion Korea ada juga promosi tu untuk korang dari Shopee.

shopee
kfever shopee
Shopee K-Fever ini ada juga menawarkan promosi untuk makanan Korea!

kfever shopee

Ada lagi benda khas untuk korang. Guna kod BNKFEVER semasa korang shopping untuk dapatkan discount sebanyak RM10! Tapi kod ini hanya boleh digunakan disini saja >> https://goo.gl/et2R3s.

Kod promo bernilai RM10 dengan perbelanjaan minimum RM50. Kod promo sah untuk satu (1) penggunaan masa sahaja dan sah untuk halaman koleksi yang dipilih sahaja. Kod promo sah sehingga 16 Mac 2017, 12pm sahaja. Kod promo tidak boleh digunakan untuk sebarang promosi atau produk lain dalam Shopee. Penggunaan kod promo adalah sah dengan pembayaran melalui Shopee Guarantee sahaja. Penebusan kod promo adalah terhad. Terma & syarat dan tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Jadi tunggu apa lagi? Layari laman Shopee dan muat turun applikasi Shopee di Google Play Store dan Apple Store disini untuk membuat pembelian produk Korea kegemaran anda hari ini juga. Sila cepat sebelum tarikh promosi ini tamat. Annyeong hase yo!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...