Countdown Ke Episod Project Alpha BeautifulNara

Countdown Ke Episod Project Alpha BeautifulNara

#Sila skroll ke bawah untuk membaca gosip terbaru

project alpha show

Advertisement

Berdegup-degup jantung kami bila dapat tau yang minggu ini episod Project Alpha BeautifulNara.com akan keluar. Gila kentang nie. Memang takleh nak bayang macam mana tahap kehenseman kami di dalam video-video tue nanti. Rasanya pasti akan bertambah lagi kekacakan kami nanti. Oh jangan lupa yang Kak Nara pun bakal menyelit dalam episod Project Alpha BeautifulNara.com nanti.

Eh ada jugak ke  yang tak tahu apa kebendanya Project Alpha nie? Ish, ish, ish. Korang nie memang nak kena nie. Kata die hard fan BeautifulNara. Meh kami ceritakan sedikit apa bendanya Project Alpha nie. Yang pentingnya bukan satu program ketenteraan ataupun Top Secret kerajaan. Project Alpha nie macam satu program menerjah realiti kehidupan 7 blogger kat Malaysia nie.

Tak faham lagi? Meh kitorang bagi contoh-contoh video Project Alpha yang dah pernah keluar. Kesemua sekali yang bakal keluar sememangnya 7 orang, tapi setakat hari nie dah 4 blogger punya video dah dikeluarkan. Kami menyarankan anda layan kesemua video diorang nie. Banyak inf0-info pasal blogging, pasal kesihatan, pasal kecantikan dan jugak pasal buat duit. Memang berbaloi-baloi kalau korang layan.

audrey fourfeetnine

Meh tengok contoh pertama. Nama amoi yang comel bangat kat gambar atas tue ialah Audrey. Tapi dia lagi femes dengan nama fourfeetnine. Kenapa fourfeetnine? Itu korang kena baca blog dia. Memula niat di hati nak gak mengorat Audrey nie sebab kecutean dia. Tapi sekali tue dapat tau yang pakwe dia Timothy, boss Nuffnang. Terus cancel niat di hati. Cuba korang tengok video Audrey kat bawah tengah buat yoga. Memang serius lawak tahap impak maksima.

Contoh yang kedua plak pun seorang amoi gak. Nicole Kiss nama glemernya.

nicolekiss

Nama sebenar kami takleh bagitau. Amoi nie seorang travel blogger. Citer dalam blog dia kebanyakkan pasal negara-negara yang dia pergi. Australia lah, New Zealand lah. Serius banyak dah negara yang dia pergi. So kalau korang layan video dia, at least dapat tau sedikit sebanyak pasal negara-negara nie. Cuba tengok salah satu video kat bawah nie. Terasa macam kitorang plak yang tengah travel.

Sapa lagi kat sini yang tak kenal RedMummy? Rasanya dah banyak kali kami mention pasal Kak Red nie.

Memang idola membuat duit dalam blogging. Lagi-lagi dia perempuan. Sapa kata orang pompuan tak boleh buat duit dengan blogging. Memang kami kagum dengan kecekalan hati dia yang stay up sampai 2 3 pagi untuk update blog. Banyak pencapaian hebat RedMummy nie. Tak caya leh tengok video Project Alpha RedMummy kat bawah nie.

Dan episod paling baru keluar ialah rival kami dalam Nuffnang Blogger Awards, Kenny Sia. Cuba tengok gambar dia kat bawah nie. Serius kami lagi hensem dan kacak bergaya berbanding dia.

kennysia

Tapi gaya dia memang gaya lawak dan tak senonoh macam nie. Tue yang buat blog Kenny Sia tersangat femes di antara orang-orang muda belia remaja kat Malaysia nie. Blog dia boleh bercerita tentang satu benda yang serius dengan cara yang lawak gile-gile. Nak tau cerita camner Kenny Sia leh start blogging. Layan video kat bawah nie.

Itulah 4 blogger daripada 7 blogger yang dah keluar video-video diorang dalam Project Alpha. Tunggu ye kami punya video pulak. Rasanya esok akan keluar promo dia nie. Berdebar-debar hati nie. Harap-harap ramai readers yang akan support video kitorang nanti. Tunggu ~~~~~~~~~~~~

Eh terlupa plak, kalau korang nak layan kesemua video-video Project Alpha sebelum nie boleh pergi ke Youtube Project Alpha. Project Alpha telah ditaja oleh Adidas Action 3 selaku penaja rasmi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...