Written by Bella | February 9th, 2017

Sebentuk cincin yang tersarung di jari manis pelakon jelita Raja Ilya mencetuskan khabar angin mengatakan beliau sudah dilamar oleh kekasihnya yang berasal daripada Australia.

Walaubagaimanapun, Raja Ilya menafikan perkara berkenaan dan memberitahu ia sekadar tanda kenalan dan bukanlah cincin pertunangan.

Saya akui cincin ini memang diberikan oleh si dia, namun ini bukanlah cincin tanda bertunang. Cincin ini hanya sekadar hadiah kepada saya.

Saya masih belum lagi bertunang dengan dia. Soal jodoh, kita sebagai manusia hanya merancang. Buat masa ini, keutamaan saya adalah keluarga dan kerjaya saya.

Meskipun sudah tiga tahun berkenalan dengan jejaka berkenaan, Raja Ilya masih belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga buat masa ini.

Kami menjalinkan hubungan jarak jauh, itu menjadi salah satu kerisauan saya. Saya berada di Malaysia, dia pula menetap di Gold Coast.

Dalam keadaan sekarang, saya boleh katakan yang saya belum bersedia. Biar saya tumpukan dahulu kepada kerjaya. Keadaan kesihatan ibu saya juga tidak begitu baik, saya perlu mengutamakan ibu saya terlebih dahulu.

Wanita yang menyarungkan cincin di jari manis tidak semestinya mereka sudah dirisik orang ataupun bertunang. Namun, sebenarnya peminat Raja Ilya mungkin sudah tidak sabar untuk melihat aktres pujaan mereka berkahwin.

Sumber Berita : Astro Gempak

 

[jetpack-related-posts]
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

15 responses to Cincin Di Jari Manis : Benarkah Raja Ilya Sudah Bertunang?

  1. cik piNgu says:

    dia ni kalau blakon watak jahat, memang sesuaiiii sgt. lakonan dia menjadi.

    21

    0
  2. mas says:

    pandai gok dia berlakon

    14

    0
  3. mas says:

    lakonn dia jahat baik mnjadi..

    16

    0
  4. mas says:

    lakonn dia baik jahat mnjadi

    8

    0
  5. Anonymous says:

    Cantik n pndi blakon

    10

    0
  6. Sabahbilang says:

    Sy minat artis nie..brkarisma jrang kluar gosip pndai jaga nama,m0ga rezeki awk murah 2017 ne..jd anak yg baik jaga ibu awk,kawin tu blkng crta pun b0le..ada rupa,ada krjaya nk risau pa?hehe

    13

    0
  7. Anonymous says:

    gerak khas!

    3

    0
  8. Mira says:

    First time jumpa dia kat go kart. Serius x sombong. Dia dah nak balik. Ajak amik gmbr..Dia tetap layan. Muka manis..Tak gedik and tak berlagak diva.

    12

    0
  9. KiahPropa says:

    Raja Ilya ni akak tgk mkn lm mkn cntik. Berlakon pn best.tk kayu. Akak doakn ko success dik.:-)

    7

    0
  10. Haikal Hanafiah says:

    Body gempak !
    Hehe.

    Mule2 tgk dye blakon kt astro. Jd officemate nk goda azhar sulaiman. Mse tu tgk nmpk dye ni manis gk. Blakon pn ok.

    Kte dpt blakon ng Marvel. Hrp2 bto mjd. (:

    5

    0
  11. sentap says:

    suka tgk…lawa…watak apapun dia blh bawak…
    pakej lengkap

    3

    0
  12. hanon says:

    Fuh banyak betul beg Goyard diaaaaaaa

    0

    0
  13. Anonymous says:

    sedap ni…jilat

    0

    2
  14. mak c kina says:

    nmpk cincin tu dlm gerak khas smlm…antara pelakon jahat yg bes..

    0

    0

Leave a Comment

Optional