Written by AbangNara | September 30th, 2014

Abang Nara akui yang rancangan televisyen kita kekurangan rancangan tempatan yang boleh mengajar dan membentuk minda kanak-kanak. Kebanyakannya rancangan seperti Hi 5 diimport daripada negara luar dan tiada sentuhan tempatan. Disebabkan itu Abang Nara teruja apabila mengetahui kehadiran sebuah rancangan berbentuk pendidikan iaitu Chichi & Chacha yang akan menemui adik-adik kita mulai 11 Oktober (Sabtu) ini.
chichi dan chachaAkan ditayangkan di Astro Ceria (611) dan Astro Maya HD (135), rancangan Chichi & Chacha yang akan disiarkan dalam Bahasa Melayu ini menggunakan konsep “Edutainment” – Education + Entertaiment untuk menarik minat kanak-kanak belajar sambil bermain. Rancangan ini telah diusahakan oleh Big Fish Media selama 2 tahun untuk memastikan isi kandungannya adalah sarat dengan pendidikan dan hiburan. Chichi & Chacha akan ditayangkan sebanyak 13 episod untuk musim pertama ini dan perancangan untuk musim kedua sudah pun dimulakan oleh Big Fish Media.

chichi dan chacha

Dihoskan oleh 5 bintang kanak-kanak Astro iaitu Sweet, Harris, Leen, Afeiq dan Farisha, Chichi & Chacha yang menggunakan animasi 3D turut sama menyelitkan kisah dongeng dengan menampilkan karekter utama iaitu Chichi (harimau jantan), Chicha (harimau betina), Atan (orang utan) dan Hujan (budak hutan). Abang Nara paling suka dengan aktiviti menari dan menyanyi yang ditampilkan dalam program ini. Mesti anak Abang Nara akan turut sama meniru gerak-geri mereka.

chichi dan chacha
Jom tengok video pengenalan mereka:-


Ini ada sedikit pesanan daripada Jojo Struys, Pengurus Eksekutif Big Fish Media untuk anda semua.

Jadi pastikan anda tak lupa untuk ingatkan anak-anak anda menonton Chichi & Chacha bermula 11 Oktober (Sabtu) ini jam 10.30 pagi di Astro Ceria (611) dan Astro Maya HD (135). Lagi gambar sekitar majlis perasmian program ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

chichi dan chacha

chichi dan chacha
chichi dan chacha
chichi dan chacha
chichi dan chacha
chichi dan chacha
chichi dan chacha
chichi dan chacha
chichi dan chacha
chichi dan chacha
chichi dan chacha

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

12 responses to Chichi & Chacha Temui Adik-Adik Bermula 11 Oktober Ini

  1. nok gebuzzz says:

    tiru rancangan Hi-5 la ni..

    0
    0
    • minah jambu idop umno ! merah biru says:

      Ai ! minah tudong pon nk jadi kucing ??????? macm klakar pulak ..mengarot !

      0
      0
      • minah jambu idop umno ! merah biru says:

        kalau minah yg baju T biru tu ok la jugak …muka dia pon jambu ..kalau minah2 tudong ni tk payah laaaaaaa buang mase aje..

        0
        0
  2. elisa says:

    rancangan kos rendah…………..

    0
    0
  3. kawan sebelah mak olga says:

    hi5 best. konsep dia best. ini pun kira ok la bagi malaysian. so jangan nak membebel kalau tak mampu buat rancangan macam ni. drpada korang (haters) duduk diam tgok blog nara bagus fikir sesuatu yg akan bawa faedah untuk anak2 sekarang

    0
    0
  4. Anonymous says:

    Alahai….apa la korang nih…cerita xtyg lg kot…korang dah komen mcm2….
    tgok dlu baru komen….cerita nih bkn utk sasaran penonton kategori bapak/mak…nih cerita kanak2…klu kanak2 suka then berjaya la….hurmmmmmm

    0
    0
  5. SokongProdukTempatan says:

    Alahai korang nih…cerita xtyg lagi korang dah komen baekk punya….nih cerita budak2 la…bkn utk bapak/mak budak….klu budak2 suka…boleh hadap tv sama mcm depa hadap high 5 tu…kira berjaya la….hurrrmmmm….xpaham la dgn mentaliti org2 yg suka buat judgement xketahuan ni….

    0
    0
  6. far says:

    Tgk minah 2 org yg pakai tudung tue, mcm x sesuai ja dgn seluar legging dan skirt jarang.. pelik la utk org yg bertudung.. x kisah la tua ke muda…

    0
    0
  7. pink says:

    pakai tudung.. pakai legging..
    knon2 cover ngn skirt yg jarang tu?
    memalukan islam..

    0
    0
  8. Shasha says:

    Jangan jadi bodoh..ini rancangan kanak2 la bukan rancangan tuk orang2 tua yg kerje gov..hahahahaha tengok dulu baru tau..ada akal guna la..
    Da kata rancangan kanak2 die nak jd kucing bertudung ke ayam bertudung ke lantak pi la die menyampaikan cerita kepada budak2~

    0
    0
  9. aaa says:

    apa jenis style tu. pakai skirt tp pakai lengging mmg tk kena dgn yg bertudung

    0
    0
  10. Anonymous says:

    bes betul chici dan chaca

    0
    0