Written by AbangNara | November 4th, 2014

Setelah gagal dalam perkahwinannya bersama Ana Dahlia dan menduda selama hampir 2 tahun, Chef Riz kini telah bertemu pengganti. Sebelum ini Chef Riz pernah dikaitkan dengan seorang wanita yang dikenali dengan nama Mak Jemah. Namun si gadis yang berjaya membuka hatinya untuk bergelar suami sekali lagi tak lain tak bukan ialah Shikin Maembong, kakak kepada Emma Maembong.

chef riz dan shikin maembong

Menurut perancangan, Chef Riz akan masuk meminang Shikin Maembong hari ini diikuti pula majlis pernikahan pada bulan Disember ini. Baguslah tunang kejap-kejap. Tak perlu lama-lama. Kata Chef Riz menerusi Mstar Online:-

Insya-Allah, esok (hari ini) saya akan menghantar rombongan merisik dan meminang Shikin dan kami merancang untuk berkahwin pada hujung tahun ini iaitu Disember. Kami buat majlis secara sederhana sahaja kerana ini perkahwinan kedua saya. Kemungkinan kami hanya buat majlis nikah sahaja dan bersanding pada tahun hadapan.

Ia bukan tergesa-gesa atau ada sebab tertentu tetapi kerana saya tunggu masa Chef Wan yang selalu sibuk dan masa ayah Shikin untuk kami datang meminang. Sepatutnya kami rancang pada bulan April lalu, namun banyak sangat kekangan dan terpaksa ditangguhkan sehingga Disember.

Kalau ikutkan saya yang sudah status duda ini boleh sahaja datang meminang sendiri, tetapi fikir balik lebih elok saya ikut adat dan kena tunggu masa yang sesuai

chef riz dan shikin maembong

Tahniah diucapkan kepada Chef Riz dan Shikin Maembong atas berita gembira ini. Semoga perkahwinan kali kedua ini akan berkekalan buat selamanya untuk Chef Riz. Jadikan kegagalan perkahwinan pertama sebagai pengajaran dan gunakannya untuk mengemudi bahtera perkahwinan kali ini. Tahniah!!!

P.S: Lagi kes pukul di asrama

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

16 responses to Chef Riz Pinang Shikin Maembong Hari Ini, Rancang Nikah Disember

  1. laila says:

    tahniah…

    0

    0
  2. nok gebuzzz says:

    bagus la,semoga berbahagia..

    0

    0
  3. Next??? says:

    penipu CV konon kerja di NY…kantoi. malu bapak dia. :(

    0

    0
    • nur says:

      kalau takde benda elok nak cakap, diam diri lebih baik..dosa tak dpt…kenapa mesti nak buka balik kesilapan lama dia? kebaikan dia takkan buat diam aje? chef riz ni malaikat ke tak boleh ada silap? kamu pun sentiasa betul aje ke dalam hidup? lagi pun ni cerita dia nak masuk minang anak orang, kurang2nya dia move forward despite kesilapan lalu, kamu aje yg masih ditakuk lama memikirkan benda2 negative pasal org lain..org dah sampai bulan kamu masih bawah tempurung..

      0

      0
      • melati says:

        muka boyan tergelicir dagu…nasib baek abah ko kayooooo n femes. kalau tidak ko kerja kat madam kwan jer. :(

        0

        0
        • anon says:

          You perfect ke??? Aku pantang org yg menghina ciptaan tuhan ni. Dia nak ke rupa mcm tu??? And kamu rase kamu tu lawa sngt ke??? Cer tunjuk gambar nak tengok so aku blh komen pulak…
          Hati perut jahat sekor ni…

          0

          0
      • Bapak Ko Aku Geli says:

        once a liar…always a liar.

        0

        0
  4. azwan ali dijangka masuk syurga says:

    Abis la ngko syikin maembong.. dia ni kawin ngan pompuan tp main ngan jantan

    0

    0
    • Om my gawdddddddddd says:

      ye ke noooookkkk?????? !!!!

      0

      0
      • wanita bertudung yg chef wan maki says:

        patut la chef wan poyo teramat asyik puji dan ampu jubur serinah je. muka dia ni pun jarang ada dlm IG bapak dia. nasib kau lah, bro.

        0

        0
  5. Jenab says:

    Chef Riz ni bdn taf , tp muka kurang la .. ikut chef wan dagu dia

    0

    0
  6. Anonymous says:

    owh ade lg generasi maembong rupanya..aku ingatkan 2 tu je.untung anak2 maembong.

    0

    0
  7. SONYA says:

    Ini mesti confirm dapat anak mest cute muit mcm Cik Ta & Zain Saidin.. Almaklumlah Shikin Maembong kan darah mix dengan orang putih… Darah orang putih power…. tak sabar nak tengok anak dorang…

    0

    0
  8. shah says:

    Tahniah Chef Riz..

    0

    0
  9. bapak kau ke ajar ke? says:

    chef penipu resume…k bai.

    0

    0
  10. Hanez Suraya says:

    Satu lagi nama untuk dimasukkan ke dalam senarai suamiku En. Sotong. K bai.

    0

    0