Written by serenity | October 5th, 2015

Rozita Che Wan atau Che Ta sememangnya satu nama yang cukup popular di kalangan peminat industri hiburan Malaysia. Dia juga sering dilihat bercuti ke luar negara dan memberi hadiah mewah kepada anak-anaknya.

Baru-baru ini misalnya, dia mengadakan sambutan ulangtahun kelahiran anak sulungnya Ammar Effendy dengan serba mewah dan menghadiahkan jam tangan bernilai sekurang-kurangnya belasan ribu ringgit buat Ammar.

Oleh sebab itu, ramai mempersoalkan cara hidupnya yang serba mewah itu memandangkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dia dilihat jarang muncul dengan drama atau telefilem baru. Menurut Che Ta kepada mStar Online, dia sedar perkara itu diperkatakan oleh orang ramai.

Biasalah mulut orang. Padahal ramai yang tahu saya turut sibuk dengan perniagaan saya. Itu adalah sumber pendapatan utama.

Setakat ini saya menjalankan sebanyak empat jenis perniagaan iaitu syarikat produksi, bidang fesyen menerusi label Padusi, minyak wangi (Precious dan Gorgeous) dan tak lama lagi produk kecantikan pula.

Dia berkata begitu pada majlis pelancaran dan pelantikannya sebagai duta produk Rysya di Ruang Khamis lepas.

Che Ta juga adalah duta kepada 11 produk lain, antaranya Logivite, Jakel, Tropika, stroler Mini Cooper, Idola dan sebuah jenama perabot yang bakal diumumkan.


 photo 12081171_159544117723313_1172381459_n.jpg

Che Ta berkata dia masih memerima pelbagai tawaran lakonan namun tidak mempunyai masa untuk menerimanya memandangkan tempoh penggambaran menuntut masa yang lama. Dia bersikap selektif dan hanya akan menerima tawaran berlakon sekiranya watak yang diberi berbeza dengan lakonannya sebelum ini, namun tetap memilih perniagaan sebagai kerjaya utama.


 photo 12063261_895525093830669_1935901835_n.jpg

Saya fikir macam ni, jika berlakon saya raih pendapatan kira-kira RM70,000 sebulan. Tetapi dengan perniagaan, saya boleh buat sehingga RM200,000 sebulan.

Jadi saya fikir, lebih baik berniaga sendiri dan saya pun puas hati apabila penat lelah kita bersengkang mata sampai ke pagi berhasil.

Berbeza dengan kerjaya lakonan. Tetapi lakonan memberi populariti di mana ia boleh membantu meningkatkan perniagaan yang dijalankan.

Sejujurnya kami tidak kisah Che Ta berbelanja mewah untuk anaknya kerana dia bersusah payah untuk meningkatkan pendapatannya. Jika kami mewah sepertinya mungkin kami juga akan melakukan perkara yang sama untuk anak kami.

Iyalah, bukan dia berbelanja menggunakan duit kami pun. Yang penting, kami suka melihat gambar-gambar majlis anjuran Che Ta dan gayanya bersama suami dan anak-anak terutamanya baby super cute Aaisyah Dhia Rana.

So keep them coming, Che Ta.

Jom saksikan Bangsawan 'Anak Raja Anak Papa' pada 9-11 Oktober 2015 di Auditorium DBKL. Maklumat lanjut sila hubungi 03-26148200/8262 atau fb: mysenibudaya atau layari www.jkkn.gov.my #mysenibudaya #jkknhq

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Wednesday, 30 September 2015

39 responses to Che Ta Mampu Raih RM 200,000 Sebulan Melalui Perniagaan

  1. intan kembong says:

    untungnya..

    0

    0
    • Mat sahdos says:

      semoga ramai artis2 dan org2 melayu berniaga mcm che ta. jgn nk glamer je..poket kosong…habuk pun xde.

      0

      0
      • Nana says:

        mampu ke ..x mampu ke, itu bukan persoalannya. jgn la pula punya nk glamer hingga jatuh takbur, bongkak dan riak. ko ingat ko sorang yg mampu ke sis? setakat pakai LV dan sunglasses zaman ni, x perlu la kot. ada org lain yg jauh berada dan kaya drp ko. x payah nk menunjuk2 la sgt haih. jadilah spt kaum cina. mcm padi.. makin berisi makin tunduk. kedai elektrik 3-4 buah cawangan, tapi naik van buruk je. anak2 semua hantar study overseas. so? pikir….

        0

        0
        • Panaurama Dunia says:

          orang2 melayu tunjuk kekayaan- kereta2 mewah, handbeg berjenama, baju branded, n holiday sana sini.

          orang2 cina simpan kekayaan- saham, pelaburan, insurance, rumah2 sewa business dan beli baju kt tesco dan giant supermarket.

          0

          0
        • datin wan emdibie says:

          korang nak kaya cepat…join UMNO atau kawin datuk2 tua jd bini no2-3.
          kahahahahaaha

          0

          0
        • Anonymous says:

          btul jgak tp dah die public figure ape yg die bt sume org nk amik tahu..nk bt mjlis tertutup pun media nk amik tahu jgak…kang klu xbgtau kang ckp sombong lak…

          0

          0
        • Anonymos says:

          Dia kan duta produk kena la jg penampilan.. Fikira yg baik2 shj.. Jgn pulak mcm nak marah ke apa…

          0

          0
      • Datin Semah Mansur says:

        apa nk heran uolsss. kalau si nedim boypren nora danish boleh beli banglo.. rm7.2 juta, salahkan cik ta bermewah utk anak2nya? opssss.

        0

        0
        • Anonymous says:

          cik ta ni akak x heran sangat la, bapak dia pun berada dan ex-husband dia pun anda duit. dia pun ada biznes. tu, si nedim anak nazri tu tu, apa kerja sebenarnya? business pemende?

          0

          0
      • Anonymous says:

        baru aku perasan…peha zain mcm peha perempuan…dgn skinny jeans dia tu. eeee.

        0

        0
    • Kak Semah says:

      jgn lupa bayar zakat ye.
      anyway, good for her. applause…
      zain sihat? ;)

      0

      0
    • Anonymous says:

      x perlu nk dengi. nk rezeki cepat masuk…amal ni. cara2 pembuka rezeki. insya allah.
      1)waktu pagi baca berkali-kali – “la hawla wala quwwata illa billahil aliyyil azim”
      2) buat solat/ baca ayat Dhuha.
      3) selalu pasang Surah Al Waqiah- nescaya kealpaan, kemiskinan dan kesusahan takkan masuk ke rumah dan perniagaan anda.

      0

      0
    • humble says:

      cuba habaq pulak gaji zain tengok…

      0

      0
    • Anonymous says:

      sudahlah che tah..orang yg kaya takkan mengaku dia kaya..cukup2lah berlagak..dok diam2 sudahlah..rendahkan diri kau tu..jgan asyik mendongak.
      Sesekali lihat ke bawh..nnti jatuh tersungkur..

      0

      0
  2. xoxox says:

    Alhamdulillah. Murah rezeki Che Ta. Yang elok la bila org Islam kaya dan mampu, dia keluarkan zakat. Pulang semula income tu pada yang susah. Moga lebih Berjaya Che Ta.

    0

    0
  3. Jari jemari says:

    Waa byk rezeki che ta dapat… Berkat usaha che ta kn… Che ta mmg ada pakej lengkap dr segi kecantikan,kewangan ,populariti,.. Moga hidup che ta d rahmati Allah swt.. Bsyukur lah dgn apa yg anda miliki dan jgn lupa bsyukur pd Nya…

    0

    0
  4. mich-chan says:

    “9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” (Hadis riwayat Tirmizi) – ingat sampai mati. nak pulak hati tu bersih dan sentiasa positif kan memang berganda2 rezeki buat dia. tu belum lagi yang dok kutuk2 buat ‘ketupat’ hua hua hua hua!

    0

    0
  5. loyalmalaysian says:

    aku x kisah ko income rm 1 juta pon…yg x tahan tu asyik nak menunjuk je….

    0

    0
    • aja says:

      suka menunjuk tp kuat usaha ok lagi la..

      ni ada yg aku kenal dah la suka menunjuk hidup mewah tapi poket kosong.
      lepas tu sibuk meminjam dgn org walhal org yg dipinjam tu terpaksa ikat perut sambil tgk je peminjam tu posing kat instagaram mkn sedap2 jalan sana sini,

      and lagi satu che ta ni hasil usaha dia sendiri.. bukan sbb kaya dgn cara kawin dgn org VVIP.

      0

      0
      • Anonymous says:

        Bila rezeki melimpah ruah..hidup mewah.makan tak habis..duit bagai boleh ditabur2..maka datanglah riak.walau indirectly..tapi kita dapat lihat che tah tak sudah2 memperkatakan dan menunjuk2kan kemewahannya..contoh..belikan anak kreta mewah..bagitau org nak beli rmh kat london..sewa condo setakat nak menyimpan beratus2 baju raya..menunjuk2 buat majlis kat hotel 5 bintang..tak kira dari sambutan majlis cukur rambut hingga ke birthday anak..bercuti ke luar negara sebulan 5 6 kali..apa semua tu?? Bayangkanlah sesiapa saja yg membaca kisah che tah..yg tak mampu meleleh air liur..kesian..

        0

        0
  6. Nyonya mansor says:

    Che ta aq x pelik…dia leh dpt income bnyk tu…yg aq pelik si nedim tu dia bisnes apa ya smpi blh melancong ngan beli rumah juta2

    0

    0
  7. Anonymous says:

    syukur murah rezeki che ta.. bole di jadikan inspirasi pd org lain..

    0

    0
    • not my inspiration says:

      huhu..setakat che ta ni nak dijadikan inspirasi baik xyah..rmai lg org kat luar tu y blh dan layak di jadikan inspirasi…dia artis blh laa…jd duta satu produk agak2 bape y die mnta??artis buat bisnes ape pun laku wlpn mahal nk mampus dan brg pulak no qualiti tgk je laa cam neelofa tu..tudung semua spesen je jenama kat luar tp sbb artis kann mahal pun org sggp beli..aku lg respek org y bisnes mula dr bwh…y tahu erti ssh sng…y mula berniaga menolak gerai smpai dh ade gedung market sndri..tu br btl nk jd inspirasi..

      0

      0
  8. pelik says:

    che ta bisnes apa ye income dia sampai rm200k sebulan tu? nak jugak tau, mana tau leh join lak….

    0

    0
  9. melati says:

    Bila lah Roh Mat Jenin nk bangun…jumpa Che Ta,…tak abis2 berangan Che Ta ni…

    0

    0
  10. Anonymous says:

    tok ti agak2 brape ye income bulanan die…..

    0

    0
  11. cik mek molek says:

    tok ti rileks je xbgtau pon income dia berape…
    org kg bru kaya skit jd mcmni laaa uols!

    0

    0
  12. A.A.K says:

    ni la dnamakan ‘RIAK’. fanz yg fanatik ngan mok cek ta ni, msti kata dah wartawan tanya, dia jwb la. cik t yg korg tau mmg lg kaya dr mok cek ta ni, x pnah nk sbrkan brape atau anggaran k untungan pd wrtawan wlaupun ada yg menanya. sbb dia xnk org cop dia sbgai ‘RIAK’.

    0

    0
    • Yekeni says:

      Tok ti memang tak bagitau income but i saw satu interview, interviewer tak berapa tanya, but she elaborated on how lumayan is the income. She wanted people to know without appearing that she wants to, takut kena cop riak. Samalah semua.
      Suka fasha and jejai. Rilek aje.

      0

      0
  13. arriella says:

    blagak

    0

    0
  14. budak kampung says:

    sudah rezeki dia…dia berusaha….

    0

    0
    • amit says:

      Dua ratus ribu lah kononnn….nak muntah pun adaaa….perasan nak kaya tu???…ha..ha..ha…

      0

      0
  15. suzana says:

    pompuan tuek ni x abis2 dgn riaknya…..jgn nnt bil hospital x mampu nak bayar udah…

    0

    0
  16. juah says:

    dia ni ada bayar cukai ker????….

    0

    0
  17. Anonymous says:

    Dia ada duit xper lak nk berlagak. Ada org yg tak berduit tapi berlagak….apa citer nya pula?!

    0

    0
  18. Beautiful Norra says:

    sudah lah Che Ta, ramai yg dah tahu Tun Daim juga memainkan ‘peranan penting’ dlm hidup awk…oppsss tetttt…kbye

    0

    0
  19. ahlisah says:

    tu diaaa…berlagak lg ….

    0

    0
  20. anitah says:

    Pro sangat lah tu……

    0

    0