Che Ta Jawab Isu Koleksi Pakaian Raya Miliknya Yang Indah Khabar Daripada Rupa

Hiburan

Che Ta Jawab Isu Koleksi Pakaian Raya Miliknya Yang Indah Khabar Daripada Rupa

Baru-baru ini, netizen ada meluahkan rasa kecewa apabila koleksi pakaian raya Rozita Che Wan yang berharga RM299 agak teruk dari segi kualiti kain dan indah khabar daripada rupa serta tidak berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

Advertisement

Menjawab segala kritikan berkenaan, Che Ta meminta orang ramai untuk mengetahui saiz sebenar mereka sebelum membuat pilihan. Ini kerana setiap orang mempunyai bentuk badan berbeza dan akan tampak tidak cantik sekiranya salah memilih saiz.

Baju itu sama cuma yang berbeza ialah saiz baju tersebut. Mereka kena faham, setiap orang mempunyai bentuk badan yang berbeza.

Jadi sepatutnya baju itu dipilih mengikut saiz yang sesuai dengan tubuh mereka. Janganlah kalau pakai saiz L tetapi yang dibelinya saiz M, memang tak sesuailah. Bila ambil saiz yang salah jadi bila disarungkan baju itu ke tubuh, sudah pastilah nampak serba tak kena.

Jelas Che Ta, beliau mengambil masa enam bulan untuk menghasilkan koleksi pakaian berkenaan dan beliau juga menggunakan kain yang tinggi kualitinya agar selesa dipakai oleh orang ramai.

Saya ambil masa enam bulan untuk hasilkan koleksi baju ini, tak mungkinlah saya nak sia-siakan usaha sendiri dengan menjual sesuatu barang tanpa memikirkan tentang kualiti terlebih dahulu.

Rekaan koleksi Syawal ini juga semuanya adalah idea sendiri dan saya nak mereka rasa cantik dan puas hati sewaktu memakai salah satu koleksi saya. Lagipun kami menggunakan kain yang selesa dan memudahkan mereka untuk mengambil wuduk.

Dah dengar kan penjelasan Che Ta? Itulah, jangan terlalu menyimpan harapan yang tinggi bila anda pakai baju Che Ta anda akan jadi seperti beliau. Kadang-kadang dalam menghentam artis kena fikir logiknya juga.

Sumber Berita : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...