Che Ta Bangkit Selepas Anak Menangis Setiap Malam Tidak Mahu Tidur Di Rumah Kecil

Hiburan

Che Ta Bangkit Selepas Anak Menangis Setiap Malam Tidak Mahu Tidur Di Rumah Kecil

Kisah hidup Che Ta memang penuh cabaran, dugaan dan pancaroba. Kin bahagia di samping suami tercinta Zain Saidin, Che Ta satu ketika dahulu pernah bergelar ibu tunggal selepas perkahwinan pertamanya gagal apabila penceraian berlaku selepas 10 tahun berkahwin. Hasil daripada perkahwinan tersebut, Che Ta dikurniakan 2 orang anak lelaki iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra.

che ta

Advertisement

Menonton episod The House baru-baru ini, Che Ta telah berkongsi pahit maung kehidupannya ketika bergelar ibu tunggal. Rasanya inilah kali pertama Che Ta bercerita tentang kehidupannya ketika itu. Kata Che Ta:-

Semasa saya berkahwin dengan bekas suami dahulu saya terus berhenti bekerja dan menjadi suri rumah sepenuhnya serta menguruskan anak di rumah.

Namun selepas sepuluh tahun saya berkahwin, kami berpisah dan dari tinggal di rumah banglo depan kelab golf saya bawa anak-anak ke appartment yang kecil.

Ammar setiap malam menangis kerana dia tidak mahu tingga di rumah yang kecil. Ketika itu saya rasa sangat tercabar. Saya perlu buat sesuatu supaya anak-anak tidak rasa perubahan hidup

che ta

Dan kini Che Ta bukan sahaja berjaya dari segi kerjaya dan perniagaan, malah amat bahagia di samping keluarga tercinta. Tak salah untuk Abang Nara katakan yang Che Ta layak digelar role model buat kita semua. Kejayaan yang dikecapi adalah hasil usaha penat lelahnya selama ini. Korang dah tengok belum episod 1 The House yang menampilkan Che Ta sekeluarga? Tengoklah kat bawah nie. Serius best sangat-sangat.

Selamat menonton. Sumber Astro Gempak.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...