Written by AbangNara | April 11th, 2011

ashraf muslim

assalamualaikum Abang Nara. apa khabar? semoga semua bagus2 Insya Allah.

Saya teringin nak berkongsi tentang Ashraf Muslim. Dia jadi cover untuk Majalah i terbitan Karangkraf. Bercerita tentang kehidupannya dan bagaimana hidayah Allah menyapa, dan cabaran-cabaran yang dia telah dan sedang hadapi untuk mengekalkan hidayah yang Allah telah tumbuhkan dalam jiwanya.

Katanya, dia mula berubah sejak dia mula merenung diri dan melihat betapa banyaknya dosa yang dia telah lakukan. Hidupnya yang penuh gaya tidak menjanjikan ketenangan, malahan membuatkan dia terperangkap antara ketenangan, kemewahan dan kepuasan, tetapi dia tidak mahu mengaku kalah dengan kecamuk jiwanya, lalu dia bangkit cuba mencari jawapan kepada setiap persoalan yang mengganggu jiwa. Dia mula menyusuh langkah untuk menjadi manusia yang lebih baik walaupun dugaan cukup banyak.

Dia berfikir, adakah setakat solat telah cukup untuk menjadikannya sebagai muslim yang baik sedangkan dia bukanlah seorang individu yang gemar meninggalkan solat sebelumnya? Persoalan jiwa ini, dia tanyakan kepada kenalannya yang dianggap sebagai saudara, Hj Lokman yang membuka Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, dan jawapan yang diberikan mudah sahaja, tetapi sangat menyentuh.

“Dekatkanlah diri dengan Allah,”.

Manusia banyak sekali dosanya yang wajib bertaubat bersungguh-sungguh. Dan salah satu jalannya, dia dinasihatkan supaya menunaikan umrah, dan carilah umrah yang mabrur, beribadah seikhlasnya, dan betulkan niat. Ashraf mengambil masa setahun untuk menyediakan diri ke Makkah. Dia mendekatkan diri kepada Allah, solat taubat dan meninggalkan perkara yang ditegah.Namun katanya, pada waktu itu dia masih berlakon, dan dia merasakan ada percanggahan dalam dirinya. Kerana dia masih harus melakukan adegan-adegan yang tak sepatutnya seperti memegang tangan bukan muhrim dan lain-lain lagi. Dia juga mengalami masalah kewangan untuk mempersiapkan diri ke tanah suci dan seluruh kerisauannya diadukan kepada Allah, dan dia mendapat tawaran lakonan dengan bayaran yang sangat tinggi berbeza nilainya dengan sebelum-sebelum ini.

Di Makkah dia melakukan ibadah sesungguh hati, bersyukur dengan segala yang Allah kurniakan dan selalu memohon semoga Allah tidak mencabut hidayah yang telah diberikan kepada dirinya. Dia juga katanya, semakin menyedari keindahan islam, serta sangat bersyukur kerana diberikan perasaan sangat mencintai al-Quran yang membuatkan kefahamannya mengenai islam semakin mendalam dan keyakinan juga semakin bertambah.

Ashraf juga bercerita mengenai ujian-ujian yang perlu dia hadapi dalam mengharungi perubahan. Terutama sekali dalam kariernya sebagai seorang pelakon. Di Makkah dia memohon kepada Allah semoga hatinya dikuatkan untuk berubah, dan diberikan tawaran watak yang sesuai dengan pendirian barunya. Sekembalinya dari Makkah, dia mendapat banyak tawaran termasuklah watak-watak yang diidamkan sebelum ini, namun pada masa itu masih terdapat percanggahan konflik dalam dirinya, antara tuntutan dan komitmennya dengan kehendak diri sendiri. Malah dalam siri Ustaz Amirul pun, dia mengakui masih banyak perkara yang tidak selari dengan kehendak dirinya sendiri. Dia berdepan dengan dilema antara melakukan kehendak orang lain atau berpegang teguh dengan pendirian diri.

Demi menghormati komitmen dan tuntutannya terhadap agama, Ashraf mengambil keputusan untuk berhenti seketika dari bidang lakonan, dan menggunakan masa rehat ini untuk memperkasakan dirinya, agar jiwa menjadi lebih kuat sebelum bersedia berlakon semula dengan cara yang lebih baik.

Buat masa sekarang, Ashraf menekuni bidang perubatan berasaskan al-Quran, dan ini boleh digunakan sebagai salah satu cabang dakwah. Mudah-mudahan dengan menggunakan al-Quran sebagai salah satu rawatan, orang akan lebih mencintai al-Quran, dan mendorong mereka yang selama ini jauh daripada agama lebih dekat dengan al-Quran. Dia juga bersama Hj Lokman telah menubuhkan rumah khas untuk anak yatim, di samping merancang untuk menubuhkan sebuah pusat penyelidikan dan rawatan untuk pesakit kanser, serta menubuhkan rumah kebajikan untuk orang-orang tua beragama islam. Malah mereka juga bekerjasama dengan sebuah agensi menawarkan pakej umrah dan rawatan di tanah suci.

Saya tertarik dengan harapan Ashraf di akhir artikel tersebut. Katanya :

“Saya berharap suatu hari nanti industri perfileman kita akan berubah. Dengan menggunakan teknik-teknik tertentu dan beberapa idea lain, mungkin adegan-adegan di tempat tidur dan rogol misalnya dapat dihindarkan. Walaupun kita tidak menunjukkan secara detail, tetapi dengan kepakaran yang kita ada, mesej yang ingin disampaikan kepada penonton sampai, tanpa perlu mengheret pelakon melakukan hal-hal yang tidak selari dengan kehendak agama.”

——————————————————————————

Saya harap Abang Nara boleh siarkan email ini demi memberi inspirasi kepada kita semua. Saya rasa cemburu kerana Ashraf dipilih Allah untuk merasai manisnya iman, dan indahnya hidup beragama, dan mudah-mudahan dengan perkongsian ini, akan mendorong lebih ramai lagi orang lain untuk menjadi kuat dan tabah sepertinya, dalam mencari redha Allah.

Terima kasih =)

yang benar,
Asma’ @ nama saya

105 responses to Cerita Tentang Ashraf Muslim – Email Daripada Pembaca BeautifulNara

  1. lAl says:

    Syukurlah ada yang mencetus perubahan macam ni.. :P

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 48 Thumb down 0
    • gilo says:

      terbaik dijadikan menantu omak…

      Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 36 Thumb down 0
      • Dinda says:

        Ashraf Muslim…sikap dan hati budi yang sesuai dengan namanya…..Alhamdulillah….
        Ashraf dah terima Hidayah dr Allah dan cepat berubah sebelum terlmbat…..
        jadilah Islam sebenar…..
        Bukan mcm Rebecca Nur Islam…
        Islam hanya pada nama saja………….
        Artis lain bila nak ikut jejak Ashraf ???

        Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 94 Thumb down 0
        • kukukata.blogspot.com/2010/12/sekarang-aku-nak-isap-ko-punya-pulak.html says:

          untungnya sapa dapat bersuamikan ustaz amirul…

          Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
        • munirah says:

          sy hrap dpt bkal suami mcm ustaz amirul 2………. hehehhehe….. tp itu semua ktentuan ALLAH…… kta hrus cermin diri kita dulu kita baik ke x??????? =)

          Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
      • no name says:

        sejuk je ht aku ni nengok dia…

        Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 35 Thumb down 0
        • Beautiful pari-pari says:

          Nak kahwin dengan Ashraf..isk isk..moga2 dia pun dpt bimbing saya jadi isteri yg solehah cam citer Ustaz Amirul tu..jadi isteri ke 3 pun saya sanggup asalkan dpt suami cam dier.. (dengan harapan yang penuh bermakna)

          Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 33 Thumb down 0
        • LelakiKacak26 says:

          AyooOOooOOooo…mudah2an dmakbulkn angan2 tuh..hehe.

          Like or Dislike: Thumb up 9 Thumb down 0
        • nanaTheWitch says:

          serius ke beatiful pari2??? huhuhu.. semoga termakbul hasrat anda.. =)

          Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
        • comei says:

          is3 pun sanggup?bia betul?kata2 adalah doa.kalo sume amin nanti,tmakbul.harap x nyesal..

          Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
        • nama saya says:

          apa salahnya isteri ke3 kan, asalkan suami kita tu orang baik-baik. yang boleh bawa kita ke syurga, yang mampu bimbing kita kepada Allah.

          tugas lelaki adalah memimpin, dan lelaki berkeperibadian seperti ashraf inilah yang digalakkan untuk mengahwini lebih daripada seorang isteri. Dengan syarat, agamanya mantap.

          tiada guna menjadi single isteri kepada lelaki yang tidak membantu apa2pun. kita berkahwin untuk mencari redha, mencari syurga, mencari bahagia =) bukan sekadar mencari seorang suami untuk dicintai.

          Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 22 Thumb down 0
        • secret says:

          cayalah! selama ni aku ingatkan dia tampil imej muslim disebabkan terbawak2 watak lakonan. bila da baca , baru betul2 berubah luar dan dalam. semoga menjadi inspirasi pada kita semua.
          Tak semua malapetaka dapat dielak dengan jampi kecuali %$#^%

          Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  2. anum says:

    syukur..

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 15 Thumb down 0
  3. syok.my says:

    alhamdulillah.. semoga ianya akan terus kekal dan berpanjangan..

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 14 Thumb down 1
  4. Hamba Allah says:

    thanx sbb berkOngsi cerita ini Asma’~

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 17 Thumb down 0
  5. lisha... says:

    alhamdulillah,

    Like or Dislike: Thumb up 8 Thumb down 0
  6. Rozel says:

    untungnya orang yang dapat merasa manisnya iman.
    bila agaknya giliran kita ='(

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 49 Thumb down 0
    • gilo says:

      kemanisan itu sendiri yg cari…bukan sekadar menunggu giliran atau diwarisi ..

      Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 56 Thumb down 0
      • Emylia says:

        betul…nak rasa kemanisan iman, berusahalah ke arah itu. jangan menunggu dari langit. Allah takkan memberi tanpa kita berusaha memintanya.

        Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 11 Thumb down 0
  7. elle says:

    :) berubah ke arah kebaikkan. who will not support?
    *tepuk tangan sambil berdiri*

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 22 Thumb down 0
  8. melovejaesuk says:

    ” Saya rasa cemburu kerana Ashraf dipilih Allah untuk merasai manisnya iman, dan indahnya hidup beragama, dan mudah-mudahan dengan perkongsian ini, akan mendorong lebih ramai lagi orang lain untuk menjadi kuat dan tabah sepertinya, dalam mencari redha Allah.” <—Ashraf bukan dipilih Allah, dia sendiri yg mencari hidayah. Allah xkan memberi hidayah kepada seseorang, kecuali mereka sendiri yg mencari.
    :)
    sebab tu. kite xboleh ckp,"ohh..hidayah xsampai lagi" atau "tak sampai seru" semuanya salah. sbb hidayah tak dtg dekat kita.kita yg kena berusaha sendiri.
    Al-Quran dah ada. tinggal untuk menghayati sahaja. :)

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 117 Thumb down 0
    • nama saya says:

      benar sekali kata melovejaesuk. ketika saya baca artikel ni, saya tertarik juga dengan ayatnya yang ini ,”sedangkan saya bukanlah seorang individu yang gemar meninggalkan solat”. maksudnya dia masih seorang yang menjaga hubungannya dengan Allah. Dan ini mungkin salah satu sebab kenapa Allah menjaganya, dan memberi hidayah serta kekuatan kepadanya.

      selangkah kita mendekati Allah, seribu langkah Allah dekat kepada kita pula.

      Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 54 Thumb down 0
    • hadri says:

      betul, setuju dengan awak.

      Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
    • nurlyna says:

      setuju dengan melovejaesuk.. NUR n HIDAYAH perlu dicari bukan ditunggu.. kalau asyik menunggu je, takot2 tak sempat.. itu yang ustaz saya selalu pesan.. tq asma’ willing 2 share.. moga2 kita juga akan mendapat HIDAYAH & NUR dariNYA..

      Like or Dislike: Thumb up 9 Thumb down 0
    • BOB says:

      Terima kasih..aku sokong..!!!!
      Like 1000x..!!!

      Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0
    • Cik Nin says:

      betul tu…hidayah sentiasa ada di sekeliling kita…terpulang pd kita utk pegi pd hidayah tu atau tak..

      macam kalau kita berada dalam sebuah bilik gelap.cahaya matahari tetap ada di luar. TAPI selagi kita tak singkap langsir, cahaya tetap tak akan masuk ke dalam bilik tu.

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  9. paham says:

    Alhamdulillah.. harap sgt ramai lagi artis mengikuti jejak Asyraf nie.. xder seksi2 dan seksa2 mata memandang.. pendekatan lakonan juga perlu berubah.. xder lagi scene2 atas katil dan rogol.. hmmm

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 15 Thumb down 0
  10. princessbutterfly says:

    alhamdulilah. demi tuntutan agama asraf sanggup berhenti seketika dalam bidang lakonan.. beruntungnya siapa yang dapat asraf ni nanti…asraf mempunyai pakej yang lengkap

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 17 Thumb down 0
  11. Gegeh says:

    Sejuk hati tengok Ashraf..dahle muka ensem..akhlak baik.. cmnihla pttnye budak2 muda jadikan idola..baru betol….semoga dia ini akna menjadi idola kepada semua belia

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 18 Thumb down 0
    • ted mosby says:

      kalo sume remaja kat mlaysia cam si asyraf ni kompem xde jnayah…rmaja skang sume ktagih porno…

      Like or Dislike: Thumb up 7 Thumb down 0
  12. noni rohani rashid says:

    Alhamdulillah…
    jarang tgk lakonan AM nih…tp mmg ske sgt tgk penampilannye…
    bley buat calon menantu nih…

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 11 Thumb down 0
  13. riza says:

    inilah yg dinamakan khalifah….mudah-mudahan..berkekalan…

    Like or Dislike: Thumb up 7 Thumb down 0
  14. Bubu says:

    Alhamdulillah,moga hidayah Allah sntiasa bersama dia,Amin..;)

    Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 0
  15. smoga menjadi pengajaran utk artis lain jgk..betul ckp Asyraf,industri kita perlu berubah..patutnya dah lama berubah..~~

    Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 0
  16. cikhuhu says:

    Alhamdulillah..

    sama2 lah buka hati mencari keredhaan-Nya. Selagi hayat ada, pintu taubat luas terbuka.

    *tima kasih krn bkongsi ilmu. peringatan utk diri sndiri juga,

    Like or Dislike: Thumb up 8 Thumb down 0
  17. bUlantErang says:

    Terbaikkkkkkkkkkk……………

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  18. ck slmh says:

    tok guru xnak komen ke?
    haha..

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 10 Thumb down 0
  19. nama saya says:

    Terima kasih lagi kepada beautifulnara kerana telah menyiarkan cerita ini =)

    belilah majalah i bulan ni, isunya sgt menarik. selain daripada cerita hidayah Asyraf ni, ada juga wawancara dengan yusuf islam, dan kisah pengislaman seorang lelaki di eropah, Mustafa Davis. Saya percaya cerita-cerita ini akan membuatkan kita juga mahu menjadi seperti mereka, sayang dan jaga Islam dengan sebaiknya.

    ada juga cerita ttg penindasan wanita palestin di pondok kawalan tentera Israel. dan kita di malaysia seharusnya bersyukur. Tiada siapa yang marah apabila kita mahu bertudung, mahu menjaga diri dengan baik. tetapi kebanyakan daripada wanita islam di sini memilih untuk merosakkan diri sendiri.

    memang benar, kita diberikan syurga bukan kerana amalan kita, tetapi dengan rahmatNya. tetapi tugas kita sebagai hamba Allah ialah, melakukan segala suruhan dengan sebaiknya. Jika kita sendiri yang mencampakkan diri kita ke dalam kebinasaan dan maksiat, bagaimana rahmat Allah mahu menyapa?

    semoga Allah melindungi kita daripada kejahatan diri sendiri, ameen..

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 28 Thumb down 0
  20. Kurus says:

    ke arah cgi muslim… eloklah tu..

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  21. ehem says:

    terbaikkkk

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  22. saya says:

    sukanya…
    suka tgk masa impian ilyana!

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  23. dorayaki says:

    ALHAMDULILLAH …untungnya kite sume yg bgelar islam ,seorg lg hamba Allah yg dberi peluang,dan menjadi insan tpilih,besar sungguh kasih Allah kpd hambanya,,,,moga satu hari nnti,kite semua tmasuk sy sendiri,dberi hidayah oleh Allah unt mjadi kekasihnya yg btaqwa…AMIN…

    Like or Dislike: Thumb up 7 Thumb down 0
  24. aku lah... says:

    sama2lah kita mendekatkan diri padaNYA…

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  25. zam says:

    inilah yang dikatakan nak seribu daya tak nak seribu dalih…… lengkapnya iman bila seseorang itu faham apa itu islam… hancurnya islam bila islam sendiri yang menolaknya…. sesungguhnya islam itu agama ALLAH dan ALLAH jualah yang tahu akan setiap apa yang akan atau bakal berlaku…..

    Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0
  26. durian says:

    tahniah kerana dibukakan pintu hidayah……..x semua org dpt merasainya……

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  27. cik mimie says:

    tu laa.. kat skola dulu, ustaz pnh cakap.. matlamat x menghalalkan cara.. kot ye pown nak didik penonton tntang beberape benda, xsemestinya kene separuh bogel, berpeluk sakan untuk bawak watak pelacur, penggoda demi memahamkan penonton tentang nilai murni yg cuba disampai kan filem or drama tu.. klaka bile baca kenyataan sesetgah org yg kata, die buat demi kehendak filem, kehendak skrip.. ikot kan sgt kehendak tu sampai letak tepi maruah sendiri.. bagus la sgt.. pasal pakaian, belah sana sini, dedah blakang, dedah depan, atas nama fesyen.. kesian2.. otak letak kat lutut, xreti bezakan fesyen dunia, dan kehendak agama… bile tanye, bile nak bertudung? jawapan nyer, “blom sampai seru, nak berubah dgn ikhlas”
    aishhh.. kesian2.. sesungguh nya, industri hiburan negara ne, mmg 80% org nyer xlayak dijadikan idola.. tgk la cara majalah eksploitasi wanita untuk lariskan majalah masing2.. nampak sgt semua nya terdesak untuk popular dgn cara yg x bertamadun.. kepada ashraf muslim, dan beberapa artis yg da mula berubah ke arah kebaikan, jgn cepat goyah dgn sogokan dunia, tawaran lumayan, tp kene buat benda2 yg hati x rela dan x selari dgn perubahan baik anda semua.. ingat la.. rezeki Tuhan da tentukan untuk semua umat-Nya, usaha je la cari dgn cara yg diredhai.. saye pown bukan sempurna nak lecture panjang2, tp sekurang2 nyer usaha mencari hidayah tu xkan hilang, dunia skang ne, mmg bnyak cobaan nyer..

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 28 Thumb down 0
  28. q says:

    tapi kan masa dia berlakon dalam ustz amirul
    bukan ka dia ada scene pegang tangan bini2 dia????
    hermmmm…. harap2 x derlahh ok

    betulkan saya kalau saya tersalah…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 1
    • nama saya says:

      sebab itulah dia ada kata, dalam ustaz amirul pun banyak perkara yang tidak selari dengan kehendak hatinya. dia dilema antara kehendak pengarah, dan kehendak dirinya sendiri yang mahu komited dengan agama. sebab tu dia membuat keputusan untuk berehat seketika kerana dia tau, dia tak cukup kuat untuk melawan arus dalam dunia lakonan ni.

      =)

      Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 24 Thumb down 0
      • ss says:

        Salah satu contoh drama yg tiada adegan pegang tangan atau menyentuh pasangannya walaupun dlm lakonan tersebut mereka berperanan sebagai suami isteri ialah ‘ketika cinta bertasbih the series-indonesia’
        , mungkn pengarah di Malaysia boleh mengikuti cth drama tersebut walaupun tanpa adegan2x seperti dinyatakan tetapi mesej tetap dpt disampaikan

        Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 11 Thumb down 0
    • jack says:

      dia ada bgtau, drama bersiri ustaz amirul pn dia ada scene yg bercanggah dgn pendirian dia..ni petikan ‘Malah dalam siri Ustaz Amirul pun, dia mengakui masih banyak perkara yang tidak selari dengan kehendak dirinya sendiri. Dia berdepan dengan dilema antara melakukan kehendak orang lain atau berpegang teguh dengan pendirian diri.’ Sebab tu lah dia decide utk stop kejap lakonan bg memperkasakan lg diri dia..

      Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  29. sukasukije says:

    alhamdulillah..

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  30. Yellow says:

    tahniah ashraf

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  31. landak says:

    sejuk perut ibu yang mengndung……..
    hilang penat ayah yg mencari rezeki….

    Like or Dislike: Thumb up 8 Thumb down 0
  32. Sinar R says:

    Syukur Alhamdulillah…. dan kita sebagai umat Islam perlu saling ingat mengingati sesama kita.. PEACE!

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
  33. chantek says:

    saya nak belilah majalah ni..

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  34. ted mosby says:

    sape tngok cite asyraf yg jdi bomoh/ustaz msti prasan jlan cite tu sbijik cam hidup asraf ni…last2 skali die kawen ngan anak tok guru die…

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
  35. erkk.. says:

    Start minat Ashraf Muslim ni sejak tgk Impian Ilyana. Sweet jer. watak tu mmg jejaka idaman. skang ni lagi la nampak sweet…. Alhamdulillah….
    I like…

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
    • effie says:

      yup aku pn baru nk ckp benda yg sama, dh lama minat ashraff sejak impian ilyana bersama Sunsilk dulu.. rasa2nya masa tu dia pelakon baru.. tapi bila tgk dia skang, lagi sejuk hati, dgn nama yg indah dan peribadi mulia, aku mmg respect dgn dia..

      selalu berharap dia jadi pelakon utama dlm novel trilogi Bagaikan Puteri (sekirannya difilemkan) sbg Laksamana Sunan.. watak itu mmg sesuai ngn ashraff..

      Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 11 Thumb down 0
  36. attention says:

    respek la dgn ashraf muslim, seindah nama dan wajahnya. mudah2an ramai la artis lain yg akan sependapat dan berubah mcm ni.

    REbecca nur-islam tu nama cukup punya indah tp orgnya astaghfirullah….tp kpd artis wanita ( irma. farah af) yg dh berubah pakai tudung tu pulak biarlah iman dlm diri pn sama cantik, jgn pakai tudung litup tp baju ketat sna cni. kalau nk ikut trend fesyen pn berpada2 la ye. respek jugak dgn fida sbb pakai tudung dan baju yg longgar tidak menampakkan susuk tubuh.

    Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0
  37. mizzmind says:

    mmg x puas melihat wajahnya…nampak tenang dan bercahaya….kat kmpung melaka dia penternak kambing.. dia mengisi masanye dgn cemerlang skali…

    Like or Dislike: Thumb up 8 Thumb down 0
  38. workshop says:

    Syukur Alhamdulilah.
    Aku tumpang gembira perubahan saudara Ashraf.
    Insya Allah. Semoga kita juga akan mendapat hidayah dan hidup kita diberkati Allah S.W.T
    amin ya rabal alamin.

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  39. nadyahoney says:

    Tuhan sayangkan dia..memberi hidayah pada sesiapa saja hamba yg diingininya..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  40. Mcna says:

    alhamdulillah..
    minat sgt2 dgn Ashraf dr dulu lg..skrg bertambah2 minat dgn keperibadian & akhlak beliau..moga terus menjadi ikutan & idola buat kita semua..
    nak beli majalah ni..dh ada kat pasaran ek..

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  41. milah says:

    kalau boleh tak payah lah up nama rebecca nur islam tu. tak baik. dah macam mengumpat dia pun ada. daripada kita banding2 kan dia dengan ashraf ni, baik kita doakan dia pun berubah.

    Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 0
  42. sayabudakbaik says:

    setuju sangat dengan ashraf muslim..start minat die mase die berlakon dalam cerite hantu dulu tu,watak ustaz amirul …(tak ingat tajuk)…

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  43. alahai dunia says:

    Sesungguhnya hidayah itu milik Allah..bila Dia mengkehendakinya terjadi maka jadilah..xkiralah pelakon,penyanyi hatta pelacurpun..bila dah smpi masanya..Hidayah it pasti ada..Hanya Allah yang Maha Mengetahui…

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  44. dyra says:

    i adore him so much :)

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  45. oblivious says:

    da ensem,plus baik hati plak tue……die nie mmg x sombong cam sesetengah artis tue,nmpak peminat cam nmpak hantu kak limah jew……hmm,berapi jiwa aq dgn artis yg cam nie….

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  46. my says:

    Aduhai Ashraf Muslim, den jatuh hati..

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
  47. amanesan says:

    love love love

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  48. Erin says:

    Ayat dLm artikel nie Interesting n menusuk kalbu n akal fikiran. Sama2 la kita b’doa agr industri kita berubah seperti yg Ashraf harapkan.

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  49. baby says:

    berseri seri wajah ashraff skg ni

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  50. alin says:

    ashraf ni dulu senior time skolah…
    dulu mmg die agak nakal la jgk…
    skrg dh insaf, syukur alhamdulillah.. ;D
    cmtula anak mohd muslim jusoh…

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  51. nur says:

    alhamdulillah

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  52. dian says:

    Sy suka pada perubahan asyraf….dia telah memilih jalan yg betul dan dia akan merasa ketenangan yg dicari selepas ini…..Setiap manusia di uji dgn berbagai-bagai ujian

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  53. me myself says:

    alhamdulillah..sejuk perut mak dia ngadungkan dia..rupa ada, pelajaran ada,ilmu agama pun ada.ni baru betul package mantopp.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  54. lyla ahmad says:

    Alhamdulillah…satu perubahan yg baik:)

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  55. arrizz says:

    alhamdulillilah, semoga Allah terus menjaga Ashraf Muslim nie..amin..aku nak jadi macam dia!

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  56. PSM says:

    bangganya…tu la org kampung den

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  57. fewitt says:

    boleh je wat cite islamik..cam cite ketika cinta bertasbih..tp cerita KCB die punye producer pon ade agama..jgn jd cite ayat2 cinta sudah

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  58. syskema^_^ says:

    oh no i falling in luv..hehe
    like ashraf muslim..hehe

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  59. DS says:

    alhamdulillah.. moga kita pon dapat hidayah.. mntak share. :)

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  60. Wan Zaharah says:

    Saya memang mengkagumi bakat Ashraf Muslim yg dikurnikan Allah. Namun, saya pernah dibawa saudara untuk pergi ke Al Hidayah di Gombak, dan saya menunggu selamat 4 jam. Saya diberitahu saudara, saya perlu masok dgn beliau dan mencerita masaalah kepada Ustaz Ashraf, kerana beliau mendapat berjumpa dgn Ashraf semasa beliau mengikut kawan. Apabila giliran kami masok (selepas 4 jam), dan sudah memasoki waktu maghrib, Ashraf hanya bercakap dgn saudara saya dan tidak dapat bercakap dgn saya dan suroh saya datang kembali. Apa salahnya mendengar masaalh saya dulu. Saya pun nak sembahyang maghrib. Jadi rumusan saya, tak guna terima anugerah dari Allah..tetapi tidak peka kepada orang yg ingin mendapat pertonongan darinya. Hampa betul dgn sifatnya. En. Nara, tolong sampaikan kpd beliau, saya pasti dia akan ingat insiden tu.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • kudabesi87 says:

      la yeke, aku pernah gak pegi sana (sg pusu) tu..mungkin bukan rezeki ko la aritu

      dia pun bukan perfect, jumlah org yg dtg berubat tu memang ramai hari2

      selain si Ashraf ni yg merawat ialah Ustaz Lokman

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • anis says:

      awk menunggu 4 jam saje, ada akak yg keluar kt TV9 ckp, dia buat appointment bulan 4, tp bulan 10 baru dpt jumpa dengan ust lokman n ashraf muslim sbb kena tunggu giliran….tapi akak tu cakap, semangat dia kuat, kena tunggu lama pun xpe. Penyakit akak tu lagi teruk, pengecutan saraf otak disebabkan gangguan jin dan dia xboleh berjalan.

      Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  61. juice says:

    menolong org dlm kesusahan mmg menda baik..tp x elok kalau dilengahkan waktu solat lebih2 lagi dia baru nk berubah..maybe mase tu dia kena solat berjemaah so lagi x baik biarkan mereka tggu kite lame2…x gitu???

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  62. lelaika says:

    suka sgt dgn ashraf dr dulu smpi skrg. mmg x sia2 minat kat dia

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  63. Mcna says:

    nape aku cari majalah ni kat kedai buku x jumpa ek?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  64. pasha panda says:

    aku tak sangka dia berubah camni sekali tapi aku suka.aku da ikot dia sejak dia masuk cleo eligible bachelor lagi,aku ingat dia cam artis/model2 lain,poyos jakun.tapi tak sangka model se ganteng dia ni pun sanggup tinggalkan dunia artis yang melalaikan ni untuk agama.aku salute abis.aku harap banyak artis ambik contoh dari dia….maklumlah apalah sangat industri hiburan kita ni kalau nak banding dgn tuntutan agama

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  65. secret says:

    lepas ni asraf blakon cte ape ek? tertunggu pulak . penangan lakonan dia dlm ustaz amirul.
    Surat Terakhir si mati Bunuh Diri. Ada orang tanya.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  66. PSM says:

    asyraf dah nak bertunang….tak sabar nak tau siapalah wanita bertuah itu

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  67. Balqis shah says:

    Assalamualaikum…

    Alhamdulillah dapat juga saya memberi sedikit komen di sini…

    Ashraf Muslim pelakon kegemaran sy..
    syukur alhamdulillah…perubahan menuju ke arah kebaikan..,semoga artis2 yang lain akan mengikut jejak langkah ashraf…insyaallah…

    tahniah…sudah bertunang…
    tahniah juga buat bakal zaujah…Dayana.. :)
    semoga berbahagia di dunia & di akhirat..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0