Written by serenity | September 18th, 2017

Pengarah drama bersiri dan telefilem Michael Ang diketahui sering memberi komentar secara langsung di Instagram mengenai perkembangan terkininya serta perkembangan terkini dunia hiburan setiap kali berehat dari penggambaran.

Dalam salah satu siaran langsungnya yang terbaru, Michael telah membuat komentar mengenai isu pelakon seksi yang menari sehingga menampakkan sebahagian payudara.

Aku ni taklah baik mana tapi aku taklah rasa aku ni bodoh sangat nak menari menayang t***k aku, walaupun t***k aku cantik..

Tak faham aku. Lepas tu berlakon tak nak pegang tangan. Lepas tu buat video tunjuk t***k, gila ke apa dia orang ni semua?

Bagaimanapun, Michael tidak dapat memastikan siapa sebenarnya seorang pelakon yang disebut oleh pengikutnya di ruangan komenyang dikatakan menari itu, dan berkata:

Tak tahulah. Kalau betul Fathia Latiff yang bergelek itu, memang bodohlah Fatha Latiff tu. Dah tak ada kerja lain, ke? Nampak sangat dia tak ada kerja lain kalau dia buat video tu. Memang bang**glah.

Video tersebut boleh ditonton di bawah:

Sebetulnya penulis sangat terhibur dengan komen Michael yang selamba dan no holds barred.

Buat masa ini, Michael sedang dalam proses menghasilkan drama Coffee Prince versi Malaysia yang dilakonkan oleh Fattah Amin dan Janna NIck. – beautifulnara.com

Written by serenity | September 14th, 2017

Baru-baru ini Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali di kalangan kita semua sebagai Datuk Seri Vida telah mengumumkan akan berkolaborasi dengan jenama pereka Louis Vuitton (LV) untuk menghasilkan rangkaian beg tangannya sendiri yang dinamakan DSV-LV.

Lapor BERNAMA, rekaan beg tangan mengikut tempahan itu akan tersedia untuk pasaran Asia Tenggara menjelang tahun depan. Dalam laporan itu, DSV memberitahu:

Semua orang tahu saya sangat sayangkan beg tangan saya, tetapi saya tidak mempunyai keupayaan untuk menghasilkan produk beg tangan saya sendiri, memandangkan membuat beg tangan bukan kepakaran saya. Jadi, untuk kali ini, saya bekerjasama dengan LV.

Tambah DSV, dia akan memastikan rekaan beg tangan yang bakal dipasarkan cantik, ‘rare’ dan unik khusus untuk peminat-peminatnya yang berada di Asia Tenggara. Beg tangan itu juga harus mempunyai ‘bling bling’ dan ‘sling’.

Dalam laporan itu yang boleh dibaca di Portal BERNAMA,  juga diberitahu bahawa kolaborasi ini menjadikan DSV sebagai wanita pertama Asia Tenggara berjaya menambat hati LV, selain diangkat sebaris dengan personaliti lain yang pernah diberi penghargaan oleh jenama popular tersebut untuk berkolaborasi.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | September 12th, 2017

Boleh dikatakan, saban minggu pasti ada isu-isu sensasi yang melibatkan jutawan kosmetik, Dato’ Aliff Syukri. Terbaru, dia telah memuat naik gambar sarapannya iaitu sebiji epal hijau dengan dua keping roti di atas sebuah pinggan.

Namun pinggan sarapannya itu dikelilingi oleh tujuh kunci kereta yang terdiri dari kereta-kereta mewah dan satu kunci kereta tempatan.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.