Written by serenity | November 11th, 2017

Khabarnya, bapa kekasih Zul Ariffin, Zainol Macwilson telah memuat naik kenyataan sinis berkenaan hubungan anaknya Zahirah dengan pelakon popular itu di Instagram. Sehubungan itu, ada peminat yang membuat telahan hubungan antara Zul dan Zahirah tidak begitu baik.

Rentetan peristiwa itu, Zul meminta agar Zainol berterus-terang jika tidak merestui hubungan Zahirah dengannya, bukannya menggunakan media sosial untuk bersikap sinis. Zul memberitahu BH Online:

Saya tidak tahu apakah bapa Zahirah mempunyai masalah dengan saya atau mungkin dia tidak suka kami rapat? Kenyataannya itu membuat saya tertanya-tanya apa tujuannya, tetapi hingga hari ini, saya tiada jawapan.

Saya berharap bapa Zahirah menjadi lelaki yang ‘gentleman’ dan matang. Jika benar tidak suka saya mendekati anaknya, saya sedia meletakkan noktah dalam hubungan kami. Saya hormati permintaannya dan akan mengundur diri.

Zul memberitahu dia memahami Zainol hanya mahukan yang terbaik untuk Zahirah:

Saya juga bakal menjadi bapa suatu hari nanti, sudah tentu saya mahukan yang terbaik untuk zuriat sendiri. Saya sanggup tolak ke tepi perasaan saya jika itu yang dimahukan. Cuma, pinta saya, berterus terang supaya saya tidak tertanya-tanya.

Zul juga memberitahu dia sememangnya jarang memuat naik gambarnya dengan Zahirah ke media sosial mahupun hadir ke majlis hiburan bersama teman wanitanya itu kerana dia ingin menjaga nama baik Zahirah.

Saya mahu orang luar memandang usaha keras Zahirah memperkenalkan bakat dan bukan menjaja kisah cinta. Saya bukan baru, sudah hampir 10 tahun dalam bidang ini. Jadi, saya sudah faham dengan permainan industri hiburan.

Cuma, saya tidak faham kepada perlu mencetuskan perkara ini? Semua ini saya peroleh tanpa melalui jalan mudah. Bertahun-tahun saya menunggu untuk berada pada tahap ini, mengapa tiba-tiba buat saya seperti ini.

Penulis pun perasan Zul amat jarang dilihat bersama Zahirah. Gambar bersama yang ada di Internet  pun hanya dari masa mereka awal menjalinkan hubungan dua tahun lepas.

Sememangnya alasan Zul tidak memuat naik gambar dengan Zahirah itu kukuh. Untuk apa menjaja kisah percintaan yang belum pasti kesudahannya, bukan? Tambahan pula, awal perhubungan mereka agak kontroversi juga.

Mungkin kita semua perlu menghormati keputusan Zul mengenai perkara ini. Doakan yang terbaik buat pasangan sama cantik sama padan ini. – beautifulnara.com

/center>

Written by serenity | November 11th, 2017

Baru-baru ini tersebar khabar angin bahawa pelakon pujaan ramai, Zul Ariffin, 31, kembali bercinta dengan penerbit filem yang juga bekas kekasihnya, Gayatri Su-lin Pillai. Kepada BH Online, Zul menafikan yang dia dan Gayatri kembali menjalin percintaan, sebaliknya hubungan mereka ialah sebagai pelakon dan penerbit filem yang sedang dilakonkannya.


Seorang peminat mendedahkan baru-baru ini ternampak Zul dan Gayatri keluar bersama-sama dari sebuah hotel. Ujar Zul:

Saya kecewa dengan dakwaan kononnya ada pihak melihat kami berdua di hotel, seolah-olah menuduh kami tidur sebilik. Sedangkan pelakon, pengarah, kru produksi dan pihak media massa ditempatkan di hotel sama.

Apabila gosip ini tersebar, ia sedikit sebanyak mencalarkan maruah saya. Mana mahu letak muka, kebetulan saya pula menjalani penggambaran di kampung halaman sendiri

Disebabkan penggambaran filem terbarunya dekat dengan kampung halaman, Zul selesa pulang ke rumah keluarganya. Mungkin disebabkan itu peminat terlihat dia memandu keretanya, namun dia membidas peminat yang mendedahkan nombor plat pendaftaran kederaannya itu.

Saya kesal dengan tindakan mereka yang tidak menghormati privasi saya kerana ia secara tidak langsung boleh membahayakan keselamatan saya.

Selain dakwaan itu tidak benar, apa yang dilakukan juga melanggar hak peribadi kerana nombor kereta saya juga sudah diketahui umum.

Untuk makluman, Zul waktu ini sedang menjalani penggambaran filem Hantu Kak Limah 2017 di sekitar negeri Perak.

Tinjauan penulis mendapati Instagram Zul yang mempunyai 1.8 juta pengikut sudah dinyahaktifkan. Tidak dapat dipastikan sama ada ia sesuatu yang bersifat sementara atau kekal. – beautifulnara.com

Written by serenity | November 8th, 2017

Gandingan pelakon drama Titian Cinta, Zul Ariffin dan Farah Nabilah telah diberi peluang menyampaikan trofi Anugerah Skrin 2017 yang berlangsung beberapa hari lepas.

Namun begitu, ada yang berpendapat Zul Ariffin tidak sporting kerana tidak bekerjasama dengan Farah Nabilah ketika beraksi sweet membetulkan kolar baju dan meminta Zul Ariffin menyanyikan lagu viral Baby Shark Doo Doo pada malam itu.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | November 7th, 2017

Sebelum ini, terdapat cakap-cakap bahawa hubungan Zul Ariffin dan Zahirah Macwilson tidak begitu baik setelah Zahirah terlibat dengan pertelingkahan bersama Kamal Adli dan Emma Maembong. Pertelingkahan itu bermula apabila Emma mendapat tahu bahawa Zahirah dan Kamal terbabit cinta lokasi di set Duda Pujaan Dara dan telah keluar bersama tanpa pengetahuan Emma. Zul sebelum ini memberitahu tidak mahu bercerita mengenai kisah peribadi, namun begitu kepada BH Online, Zul meluahkan rasa kesalnya terhadap pertelingkahan mereka yang turut terkait namanya:

Ketika isu itu tercetus, saya dan Zahirah bergaduh serta tidak bercakap selama tiga minggu. Saya hanya mendapat tahu mengenai isu itu apabila Emma menghubungi saya, bukan daripada mulut Zahirah atau Kamal.

Saya akui terasa hati tetapi tidak marah. Isu ini sepatutnya dapat dielak tetapi apa boleh buat, semua sudah berlaku.

Hubungan Kamal dan Emma sudah baik, Zahirah pula apa yang dia dapat?

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Page 1 of 3123