Written by AbangNara | November 12th, 2009

zahida rafik

Wow ~~~ Tersenyum riang Chef Wan di sebelah Zahida Rafik yang berbaju harimau. Kami rasa disebabkan harimau semakin pupus maka sebab itulah baju Zahida Rafik tak mampu nak menampung di tempat yang sepatutnya ditampung. Itu yang tak muat semacam tue. Bukan salah Zahida Rafik tapi salah pemburu-pemburu harimau haram yang menyebabkan harimau sedunia makin pupus.

Lagi gambar Zahida Rafik kelihatan ranum dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Tau tak sekarang nie Celcom tengah buat promosi Celcom Double Bonus khas untuk bulan 11 ngan bulan 12 nie? Katakan korang guna minimum RM50, boleh dapat sampai 6% bonus tue. Cuba tengok gambar rajah kat bawah nie untuk details lebih lanjut pasal promosi nie. Berbaloi-baloi beb ~~

celcom double bonus

 
Written by AbangNara | October 1st, 2009

Fuiyooo ~~ Banyak betul gambar Erra Fazira masa majlis pertunangan Umie Aida nie. Padahal bukan dia yang bertunang pun. Mesti ada cameraman khas mengikut Erra je.

Lisa Surihani pun ada gak rupanya masa majlis nie. Semua artis-artis yang datang pakai baju pink tue. Memang dah dirancang rasanya kot. Kasik nampak lagi berseri sikit Umie Aida pakai baju biru. Kan kontra kalernya kan?

Lagi gambar Erra Fazira dan beberapa artis lain di majlis pertunangan Umie Aida dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | September 11th, 2009

zahida rafik

Kagum. Sesungguhnya kami memang kagum, terkagum, mengkagumi dan berkagum dengan usaha Zahida Rafik. Tiada ucapan lain selain tahniah yang patut kami berikan kepada Zahida Rafik. Sememangnya dia deserved untuk diberikan ucapan tahniah. Tiada kompromi lagi.

Kenapa kami beria sangat nak memuji Zahida Rafik nie? Untuk anda yang tak tahu, Zahida dalam senyap-senyap dah pun menubuhkan satu persatuan amal yang diberi nama Friends Ukhuwah. Nama pun dah sedap didengar kan? Apa kejadahnya Friends Ukhuwah nie pulak? Haaaa (baca dengan nada kagum). Meh sini kami cerita.

Friends Ukhuwah ini adalah satu pasukan amal yang ditubuhkan oleh Zahida Rafik ngan bantuan kawan-kawan dia. Diorang dah aktif bergerak membuat kerja-kerja amal dari awal tahun 2009 lagi dah. Antara aktiviti diorang ialah meraikan anak-anak yatim, membantu mangsa HIV dan AIDS, menganjurkan majlis berbuka puasa dan macam-macam lagi lah. Memang terbaiklah Zahida Rafik nie.

Yang tambah terbaik dan mengkagumkan ialah selepas 9 bulan barulah Zahida berjaya dikantoikan buat persatuan amal nie. Memang zuhud tahap tinggi nie. Senyap jer dia buat kerja amal. Tak kecoh-kecoh. Tak ada nak masuk TV ke majalah ke. Orang kata sampai tangan kiri pun tak tau lah dia buat kerja macam nie. Memang wajar dijadikan artis contoh.

Buat Zahida Rafik, tahniah daripada kami atas usaha anda. Teruskan niat murni anda untuk membantu mereka-mereka yang tak berupaya dan kurang bernasib baik. Kalau ada masa nanti, jemputlah kitorang sekali. Kami pun nak join jugak buat amal kebajikan nie.

Written by AbangNara | April 21st, 2009

zahida rafik dan noryn aziz

Wah, wah, wah dan wah wah lagi. Tak tau kami nak cakap apa lagi bila mendengar berita yang Zahida Rafik dan Noryn Aziz mendapat Anugerah AMN dari Sultan Selangor semalam. What did both of them do to deserve it?(cakap omputih sikit sekali sekala).

Mungkin ada yang cakap Noryn Aziz memang layak sebab dia pernah menang banyak anugerah di Pertandingan World Championship of Performing Arts (WCOPA) di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) pada tahun lalu.

Noryn membawa pulang tiga pingat emas dan satu perak menerusi kategori pop, R&B jazz, komposisi asli serta broadway, selain dinobatkan sebagai Penyanyi Pop Terbaik.

Tapi apa pulak yang telah dilakukan oleh Zahida Rafik selain daripada membedah mukanya menjadi lebih plastik? Mungkinkah Zahida Rafik ada bagi tips-tips kecantikan kot.

Kami sesungguhnya tak menyokong dan membantah sama sekali pemberian anugerah yang sebegini kepada artis-artis Malaysia yang tak layak. Masih ramai artis-artis veteran yang benar-benar layak dan sesuai menerima anugerah setinggi ini.

Page 1 of 212