Written by serenity | June 9th, 2015

Yuna memiliki kelas tersendiri dalam arena muzik di Malaysia. Dia ialah antara penyanyi Malaysia yang berhasil memecah masuk ke dalam pasaran Amerika Syarikat, malah pernah mendapat pujian dari artis dan selebriti terkenal seperti Rihanna, Kendall Jenner dan Pharrel.


 photo 11327852_100300313646179_1642652855_n.jpg
 photo 11326656_845321378895712_926183609_n.jpg
Melalui Newsweek, penyanyi itu mendedahkan dia pernah diminta untuk membuka tudung oleh seorang ketua syarikat rakaman sewaktu awal kariernya. Menurut Yuna:

Sewaktu memulakan karier, ketua sebuah syarikat rakaman pernah memberitahu “kamu mungkin perlu menanggalkan tudung”. Tetapi tudung ialah identiti saya. Saya diminta untuk menanggalkan apa yang merupakan sebahagian dari hidup saya supaya boleh melakukan apa yang saya suka–dan pada waktu itu, saya fikir saya perlu melakukan pengorbanan ini. Saya belajar perlahan-lahan untuk mengatakan, “Tidak, inilah diri saya. Ini identiti saya dan saya mahu meneruskannya.”

Apa yang menarik, di samping rangkaian pakaian dan hijab, penyanyi itu juga kini menjual produk barangan kemas hasil kraf tangannya sendiri. Barangan kemas itu dijual di bawah jenama 14NOV.

Terbaru, Yuna akan membuat persembahan untuk WOW-Women of the World Festival di Harlem, New York pada 11-14 Jun.

Mereka yang berminat mendapatkan produk Yuna, sila ke Instagram 14NOV By Yuna. Lagi empat gambar produk Yuna dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Doa kami sentiasa mengiringi kalian…Kepada semua mangsa gempa bumi Sabah

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 7 June 2015

 
Written by serenity | October 9th, 2013

Dalam arena muzik di barat, trend sentiasa bertukar. Namun, penyanyi yang seakan ‘bogel’ bukahlah satu perkara baru di sana. Trend ini dimulakan oleh Madonna pada tahun 80’an, dan dia kekal sebagai satu-satunya penyanyi yang menampilkan imej sebegitu pada masa itu.

Kini kita di tahun 2013, dan ramai penyanyi barat yang mahu mencapai apa yang dilakukan oleh Madonna dengan menampilkan imej sepertinya. Lady GaGa misalnya memang dikenali kerana imej yang pelik dan seksi, begitu juga Rihanna yang sering mencuri perhatian dengan pakaiannya, dan imej yang ditampilkan Miley Cyrus yang ‘vulgar’ baru-baru ini juga mengejutkan banyak pihak.
Bagi blog feminis Jezebel.com, imej yang ditampilkan mereka adalah sesuatu yang biasa dilihat, sebaliknya imej yang ditampilkan oleh penyanyi berbakat besar kelahiran Malaysia iaitu Yuna ialah sesuatu yang ‘menyegarkan’. Penulis Dodai Stevens berkata dalam artikelnya yang mendapat lebih 20,000 ‘Facebook likes‘:-

Tetapi baru-baru ini saya telah memberi perhatian kepada penyanyi yang bernama Yuna. Dia memiliki suara yang indah, dan menyanyikan lagu berentak pop tentang perkara-perkara yang biasa – bertemu seorang lelaki yang ‘cute’, jatuh cinta. Semasa saya menonton video (muzik) ‘I Wanna Go’, lebih kurang seminit berlalu sebelum saya menyedari apa yang berlainan tentang Yuna: seluruh badannya bertutup. Kepalanya bertudung, dan pakaiannya bertutup dari leher hingga ke buku lali.

Dia seorang graduan muslimah jurusan undang-undang. Dan itulah yang menarik. Jangan salah faham: saya tidak percaya wanita perlu menutup keseluruhan badan. Cuma dalam lanskap muzik masa kini, melihat wanita itu menyanyi tanpa mendedahkan alur payu dara, alur pinggang atau bentuk punggung memberikan perasan segar dan baru.

Secara sarkastik, Dodai menambah tidak ada apa-apa yang mengejutkan lagi dengan selebriti Hollywood, apabila mereka sesama mereka berusaha untuk mencuri perhatian dengan membuat kemunculan demi kemunculan dengan memakai ‘thong’ atau pakaian seksi yang lain.

Sebaliknya, apa yang ‘mengejutkan’ ialah jika Miley Cyrus masuk ke universiti dan boleh memberikan pendapat berilmu menggunakan metod perbincangan yang diperkenalkan oleh ahli falsafah terkenal iaitu Socrates.

Apa pendapat anda?

Written by serenity | June 17th, 2013

Sebelum ini Yuna pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Qi Razali. Kira-kira setahun lepas hubungan itu telah terputus dan mereka berdua telah membawa haluan masing-masing. Sejak itu timbul desas-desus yang Yuna bercinta dengan jurugambarnya di Amerika Syarikat, Julian Schratter atau lebih dikenali sebagai Jules di kalangan peminat Yuna.

Ini bagaimanapun dinafikan oleh Yuna yang mendakwa mereka bekerja atas dasar profesional memandangkan Julian ialah jurugambarnya.


Menerusi laman tumblr miliknya baru-baru ini, Yuna kini telah mengakui yang dia dan Julian sudah memasuki fasa percintaan.

Sometime around tonight, last year, a special person walked into my life and I can’t imagine my life for the past year if we had never crossed paths.

Oh how life would be monotonous.

Love, colors, paintings, skateboards, roti canai, laughters and smiles all the way and the only way.

I learned a lot from my past relationships to not screw this one up. I can feel it. InshaAllah.


Kepada Yuna, selamat maju jaya diucapkan, dan semoga sampai ke jinjang pelamin. Semoga status terbaru ini memberikan lebih banyak inspirasi kepada Yuna untuk menghasilkan lagu-lagu yang penuh jiwa.

Written by serenity | January 3rd, 2013

Untuk pengetahuan anda, kontrak Yuna bersama syarikat yang memperkenalkannya ke persada antarabangsa FaderLabel telah berakhir baru-baru ini. Namun langkah besar Yuna untuk tahun 2013, besar kemungkinan ialah berkolaborasi bersama David Foster.

Foster, penerbit tersohor di Amerika Syarikat melalui Twitter mengumumkan akan ada projek dengan Yuna untuk tahun 2013.

I’m really excited about the next hot artist to join @vervemusic … Stay tuned and keep an eye out for @yunamusic in 2013.”

Baik Yuna dan mahupun pengurusnya Wawa Zainal enggan mengulas mengenai tweet tersebut, mungkin segalanya masih dalam perancangan.

Untuk makluman anda juga, Foster ialah pemenang beberapa anugerah Grammy, yang pernah bekerjasama dengan Christina Aguilera, Bryan Adams, The Bee Gees, Air Supply, Andrea Bocelli, Toni Braxton, Michael Buble, Mariah Carey, Charice, Chicago, Destiny’s Child, The Corrs, Neil Diamond, Celine Dion, Earth, Wind and Fire, Josh Groban, Whitney Houston, Beyonce, Janet Jackson dan Michael Jackson.

Walaupun maklumat tentang kontrak jutaan dollarnya bersama Foster masih belum didedahkan pihak media, Yuna telah mengesahkan yang dia kini sedang merakamkan runut bunyi (soundtrack) sebuah filem dengan majikan barunya itu di Los Angeles. Filem apa? Kita nantikan dulu.

Page 1 of 512345