Written by AbangNara | August 30th, 2009

Akhil menegur dan mempersoalkan sikap bekas isterinya, Maizawati yang dianggapnya telah membuat sesuatu yang tidak sepatutnya terjadi dalam masa tempoh edah penceraian mereka.  Akhil dengan yakin mendakwa Maizawati sudah ada kekasih baru.

“Ana tidak kisah kalau anda semua (wartawan) hendak tulis atau tidak. Ada sumber yang cakap pada Ana yang dia (Maizawati) sedang bercinta dengan seseorang lelaki sekarang. Perempuan yang telah bercerai dengan suaminya sepatutnya perlu menjaga maruah diri sepanjang tempoh edah. Tapi yang berlaku sekarang adalah sebaliknya,” kata Akhil.

Written by AbangNara | August 25th, 2009

Di atas adalah video perkahwinan @ pernikahan Waheeda dan Akhil Hayy.

Ketar sebentar lutut kami apabila dengar kenyataan Akhil Hayy yang dia nak menyaman blogger yang mengutuk dia dan isteri barunya, Waheeda. Terus kami check artikel-artikel kami sebelum nie, kot-kot ada yang berbau unsur-unsur kutukan terhadap 2 makhluk nie.

Baca punya baca, kami memang tak ada buat kutukan langsung terhadap Waheeda dan Akhil Hayy. Malah kami memuji Akhil kerana berkahwin cepat dengan Waheeda. Maklumlah ubat bagi kenan sihir Waheeda hanya ada pada Akhil. Jadi perkahwinan mungkin dipercepatkan agar Waheeda lebih cepat sembuh.

Malah kami tumpang gembira kerana Akhil dan Waheeda dapat berbuka dan bersahur bersama-sama sementara Maiza pulak makan sorang-sorang. Kiranya Akhil beruntung kerana tak pernah merasa bersahur tanpa seorang isteri di sisinya. Tambah-tambah lagi isteri yang lagi muda dan cun melecun macam Waheeda. Mungkin sempat bagi ubat sihir Waheeda sebelum tamat waktu sahur.

Jadi kepada Akhil, janganlah saman kami di BeautifulNara. Kami tak pernah mengutuk anda. Cuma memberi puji-pujian yang menggunung. Kalau ada kutuk pun, orang kata kutukan yang membina. Agar bahtera yang dilayari bersama Waheeda tak karam macam bahtera bersama Maiza dulu. Kalau kena saman pun, kami tak ada duit nak bayar. Hehehe.

Sekali lagi buat Waheeda dan Akhil Hayy, selamat berpuasa dan berhari raya dengan suami dan isteri baru. Jangan lupa pakai baju raya sedondon tau. Hehehe.

Written by AbangNara | August 18th, 2009

waheeda akhil hayy

Sebelum anda layan lagi gambar-gambar pernikahan Akhil Hayy dan Waheeda nie, kami nak ajak anda semua berfikir tentang sesuatu. Ingat lagi tak Akhil cakap yang Waheeda kena sihir? Ala yang sampai meroyan tak tentu pasal tue. Kami ada dengar gak konon Wawa meroyan sampai habis pinggan satu rumah kena baling ngan dia. Memang betul la agaknya kot si Wawa nie kena sihir ngan orang yang dengki ngan dia.

Jadi nak citernya kat sini bukan pasal siapa yang sihir Waheeda. Tapi nak kongsi pendapat kitorang kenapa Akhil dan Waheeda kawin cepat sangat. Disebabkan Waheeda dah kena sihir, kesihatan pun dah makin teruk, meroyan pun dah agak melampau, jadi ustat rock nie pun amik keputusan nak kawin seberapa cepat yang boleh. Kenapa? Sebab ubatnya hanya ada pada Akhil. Ubatnya tak lain tak bukan ubat malam-malam dari seorang suami kepada seorang isteri.

Tue yang tengok gambar masa perkahwinan Akhil ngan Waheeda nie, si Wawa tue tersenyum sampai ke telinga. Sebab dia dah tau malam tue sakit dia akan baik. Dia nak sihat dah. Abang Akhil nak bagi “ubat” baik punya. Terus tak meroyan dah pas tue. Si Akhil plak dah kesian sangat kat Waheeda asyik meroyan jer tue yang dia pun bersemangat waja jer nak menikah cepat.

Logik tak kitorang punya pendapat? Kiranya murni jugaklah niat si Ustaz Akhil nie. Nak membantu hilangkan sihir di badan Wawa nie. Memang terharu lah kalau betul. Tak sangka Ustaz Akhil sanggup berkorban untuk Wawa. Eh, tapi tak tau lagi “ubat” tue menjadi ke tak. Almaklumlah, maybe “ubat” dah expired. Hehehe.

Lagi 19 gambar sekitar perkahwinan Waheeda dan Akhil Hayy dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Apa pendapat korang? Logik tak pendapat BeautifulNara pasal sebab diorang kawin cepat sangat? Kalau tak logik meh la kongsi teori korang gak. Nak gak tau apa korang semua fikir.

 
Written by AbangNara | August 17th, 2009

Cakap banyak tak guna , meh kita layan ajolah gambar-gambar masa majlis nikah deorang.
Tapi Maiza kuar statement, kata

“Saya tak jangka mereka akan bernikah dalam masa terdekat ini.

Apa-apapun saya berserah dan berbalik kepada Allah.

 
Page 1 of 512345