Written by AbangNara | October 1st, 2009

Fuiyooo ~~ Banyak betul gambar Erra Fazira masa majlis pertunangan Umie Aida nie. Padahal bukan dia yang bertunang pun. Mesti ada cameraman khas mengikut Erra je.

Lisa Surihani pun ada gak rupanya masa majlis nie. Semua artis-artis yang datang pakai baju pink tue. Memang dah dirancang rasanya kot. Kasik nampak lagi berseri sikit Umie Aida pakai baju biru. Kan kontra kalernya kan?

Lagi gambar Erra Fazira dan beberapa artis lain di majlis pertunangan Umie Aida dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | September 30th, 2009

Wah wah wah, majlis pertunangan Umie Aida ni dahlah di buat di kondo 4 juta (kondo bukan sebarang kondo- penthouse tau~) hadiah dari Datuk Paduka, barang-barang hantaran dia meletopz ok. Kurma bateel, barang kemas jenama Chopard & coklat Bachi. Kalau Kak Nara, dapat coklat bachi tu kompem Kak Nara simpan sebulan baru makan. mahal tau!

Itulah orang kata, tuah ayam nampak di kaki, tuah Umie Aida dapat jadi Datin Paduki, eh silap -Datin Paduka. Tapi Umie kata jangan panggil dia datin, tak biasa gitu. Apa pon tahniah Umie Aida, walaupon wedding nanti akan dibuat secara tertutup, tapi BeautifulNara amat berbesar hati jika dijemput untuk memberi liputan…. :)

 
Written by AbangNara | September 30th, 2009

datuk paduka khairuddin

Fuiyooo ~~~ Ada misai tue. Sukar nak bandingkan misai siapa yang lebih mengancam. Sama ada misai Dato’ K Siti Nurhaliza atau Dato’ K Umie Aida. Kedua-dua nampak menggoda dan menyerlahkan kejantanan masing-masing. Mungkin misai tebal itulah rahsia Datuk Paduka Khairuddin dapat memikat Umie Aida.

Rasanya semalam Umie Aida dah pun selamat bertunang dengan buah hatinya nie. Kalau korang nak tau, nama penuh Datuk K Umie Aida nie ialah Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan. Memang panjang betul nama dia nie. Compem ada dua kad pengenalan sebab tak muat nak letak dalam satu jer.

Dari apa yang kami risik-risik, Datuk Paduka Khairuddin nie ada berkaitan dengan stesyen-stesyen TV jugak. Masih tak dapat info sepenuhnya lagi. Nanti kalau ada kami share lagi dengan anda semua.

P.S: Sesiapa ada niat nak kawin dengan artis, sila pastikan misai anda sekurang-kurangnya setebal kedua-dua Dato’ K di atas. Hehehe.

nuffnang awards

Written by AbangNara | September 29th, 2009

umie aida bertunang

Ha. Amik kau. Dah Datuk. Paduka lagi. Nasib baik tak ada Temenggung ke Laksamana ke. Datuk Paduka Khairuddin. Itulah nama bakal tunang Umie Aida. Eh lupa plak yang hari pertunangan 2 merpati sejoli nie adalah hari nie. Ntah-ntah sekarang nie rombongan lelaki tengah menyarung cincin ke tangan Umie Aida. Sweetttttttttttt gitu ~~

Yang coolnya majlis pertunangan nie dilangsungkan kat kondo yang dihadiahkan oleh Datuk K nie kat Umie Aida. Ha, baru tunang dah dapat kondo sebijik. Bukan yang murah-murah tau. Nie kondo yang kat Mont Kiara tue. Korang bayangkan la berapa harga dia. Mesti meletoppp ~~~

Datuk Paduka Khairuddin nie dah pernah kawin dah dulu. Dah ada 2 anak dah. Tapi skang nie dia single la. So jangan buat gosip cakap Umie Aida rampas laki orang ke apa ke. Tak baik tau. Baguslah diorang dua nie. Memasing single dan tak melukakan hati orang lain. Acehh ayat tak leh blah ~~~

Buat Umie Aida dan Datuk Paduka Khairuddin, kami dari BeautifulNara mengucapkan semoga berbahagia dan cepat-cepatlah menikah pulak.

nuffnang awards

Page 2 of 3123