Written by serenity | August 30th, 2017

Sudah enam tahun pelawak Shuib Sepahtu berkahwin dengan penyanyi Siti Sarah Raisuddin. Setelah enam tahun juga baru pasangan ini melangsungkan majlis persandingan awal Februari lepas dan momen-momen bahagia dalam kehidupan mereka sering dikongsi di akaun Instagram Siti Sarah.

Siti Sarah menceritakan sebelum berkahwin dengan Shuib, pelawak itu hanya menjual ayam percik di bazar Ramadan, namun ia tidak mengubah tekad Siti Sarah untuk hidup dengannya. Di awal perkahwinan mereka, keadaan ekonomi pasangan ini tidak begitu stabil namun ia berubah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | April 1st, 2016

Terdapat sesetengah manusia yang gemar mengutuk dan menghina sesuatu yang dianggap buruk atau tidak cantik pada pandangan mereka. Berkenaan hal ini, penyanyi Siti Sarah Raissuddin melalui akaun Instagramnya memberitahu, ia adalah sesuatu yang dihadapinya sejak kecil apabila terdapat individu yang menghina hidungnya dan perkara itu masih berlaku pada hari ini.

Sarah telah muat naik screenshot komen dua orang pengguna Instagram yang mengutuk wajahnya dan bercerita panjang mengenai pengalaman rupa parasnya dikutuk sejak kecil.
 photo 12724676_998618206884262_1004858784_n.jpg

Saya teringin sangat nak tau , sebagai manusia biasa , apakah yg akan anda lakukan sekiranya org megutuk dan meghina pada rupa anda?

Perkara ini berlaku pada saya bukan dari semlam atau dua tiga tahun lalu , perkara ini sudah lama berlaku dalam hidup Saya, saya mula menyedari yg saya tak sama macam org lain seawal saya bersekolah … Alah di panggil hodoh , badak ! Apa lah sangat .. Pada awal tadika ada budak panggil saya “hidung awak macam BABI” saya marah dan pangil die nenek kebayan ..hahahahah lalu budak tu marah dan menagis sebab saya panggil die nenek kebayan .. Ha biasa la budak2 ..

Masuk sekolah rendah sama jugak .. Tapi dah biasa , masuk sekolah menengah ? hampir setiap hari kene ejek HIDUNG HIDUNG HIDUNG , sampai kadg2 mengelak nak naik bas, tunggu dah tak ramai, baru naik bas.. Nasib baik ada kawan @yatie_zul n @azucarmoreena die org cakap , kau ala2 black , pernah terlintas d hati (aku nak pegi buat hidong ) supaya org dah tak boleh cakap lagi.. Tapi pk2 balik ,org tak kan berhenti bercakap, cantik macam mana pon org tetap akan kutuk , bila dah kawin besalin lagi org kutuk gile2 gemok, hidong besa , macam2 lagi ..

ini bahagian cerita saya yg sebenarnya ,banyak lagi tapi panjang sangat kalau saya nak tulis hahahah.. Saya tak penah becakp pon pasal bende ni.. Cuma kadang2 terkesan jugak ? tapi saya akan pk macam ni (AKu ada 3 org anak yg menganggap aku perempuan paling cantik dalam dunia hahahah dan aku ada suami maharajalawak hahahah memang bahagia hidup aku …. ) sekian


 photo 10903269_1714792242137355_1226202523_n.jpg

Sememangnya lumrah terdapat jenis manusia yang tiada sebarang masalah mengutuk atau mengata sesuatu yang nampak buruk di matanya. Tetapi seperti kecantikan, buruk itu juga subjektif jadi apa yang buruk pada mata sesetengah orang tidak semestinya buruk pada mata orang lain.

Sarah sendiri mempunyai seorang suami dan tiga orang anak yang menganggapnya cantik. Itu pun sudah cukup sebenarnya, bukan?

Persediaan batch ke-4..alhamdulillah..mari pm saya utk order..󾬐Eli Homemade Kuah Kacang Dan Pecal󾬐OFFER MASIH BERKUATKUASA⏩4 PEKET untuk 1 POSTAGE⏩SPECIAL PRICE utk pembelian PUKAL

Posted by Eli Homemade Kuah Kacang Dan Pecal on Tuesday, 22 March 2016

Written by AbangNara | May 14th, 2009

siti sarah

Mak aih. Terkejut kami tengok gambar terbaru Siti Sarah semasa mencuba nasib di pertandingan WordStars Road To Hollywood 2009. Kurus gile macam tinggal rangka jer.

Selidik punya selidik, Siti Sarah dah hilangkan 7 kg semata-mata untuk pertandingan tue. Mungkin nak penampilan lebih menarik kot masa kat Hollywood nanti.

Satu jer nasihat dari kami untuk Siti Sarah, janganlah sampai tak bertenaga nak menyanyi nanti. Kurus tue penting tapi orang Hollywood tak tengok sangat muka atau bentuk badan. Yang penting kualiti nyanyian anda tue.