Written by AbangNara | July 29th, 2009

scha al yahya

Sungguh macho, hensem dan kacak jejaka di sebelah Scha Al-Yahya dalam gambar di atas. Siapakah dia? Adakah dia kekasih baru Scha? Adakah Scha dah putus cinta dengan Fahrin dan kini memadu kasih bersama jejaka di atas?

Kali nie soalan kuiz kami agak susah. Esok kami akan bagitau jawapannya.

P.S: Bersempena dengan Hari Merdeka, pertandingan pengkomen terbanyak akan muncul kembali. Butiran lengkap dan hadiah akan kami maklumkan esok. Sila tunggu dengan berdebar-debar. Hehehe.

Written by AbangNara | June 22nd, 2009

scha fahrin

Lelaki-lelaki di luar sana silalah patah hati kerana Scha Al-Yahya dah mengakui yang dia amat cintakan si Fahrin. Terkejut sekejap kami mendengar pengakuan berani mati Scha nie. Tambah terkejut bila tengok gambar fesyen ala-ala berkemban Scha dalam BiPop. Tak sedap mata memandang.

Buat Fahrin, tahniah kerana dapat mencurik hati si  Scha. Walaupun kami tak suka anda sangat sebab kami rasa anda agak poyo, tapi nak wat camner Scha suka kat anda. Silalah jaga Scha dengan sebaik mungkin. Jangan wat macam time bercinta ngan Linda Onn pulak.

Kepada Scha, kenapalah engkau sanggup gi pakai baju macam nie. Ish-ish. Taulah bahu tue putih, lebar dan lawa. Tapi janganlah tayang gini. Kalau BiPop yang sediakan pakaian untuk Scha, memang nak kena terajang orang BiPop nie. Ada ke bagi baju seksi camnie kat Scha.

Ops terlupa nak bagitau yang si Linda Onn tue sungguh kurang ajar. Ada ke dia cakap dia tak kenal siapa tue Scha Al-Yahya. Gelabah betul Linda Onn nie. Tak puas hatila tue Fahrin dah taknak kat dia. Tue la dulu orang tanya bercinta ke tak asyik cakap teman tapi mesra je. Kan dah melepas. Padan muka ko.

Lagi gambar Scha dalam BiPop dan beberapa keping gambar yang dicurik dari Facebook Scha dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | May 10th, 2009

scha al yahya abpbh 2008
Yeeeaaay!!!(menjerit dengan gembiranya). Cari punya cari akhirnya kami dah jumpa gambar Scha Al Yahya semasa ABPBH 2008. Comel bangat Scha buat rambut macam gambar di atas. Tambah comel bila pakai baju biru tak ada lengan. Awak nampak birulah Scha.

Pelik gak kenapa tak ada satu pun gambar Scha yang diambil secara rasmi oleh suratkhabar-suratkhabar tempatan. Takkanlah Scha kena boikot kot? Gambar-gambar nie pun dicurik dari Facebook Scha Al- Yahya.

Lagi gambar Scha Al Yahya di ABPBH 2008 dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | April 14th, 2009

scha al yahya

Walaupun kecewa kerana Scha tak menang anugerah ABPH 2008 untuk Artis Wanita Baru Popular, kami tetap percaya yang Scha lebih popular dari Stacy. Mungkin sebab gosip murahan Scha dengan Fahrin menyebabkan ramai peminat tak mengundi dia.

Tak apa Scha. Tahun depan punya anugerah kami akan pastikan anda menang. Kami akan kumpul duit banyak-banyak tahun nie untuk beli suratkhabar Berita Harian sebanyak mungkin tahun depan.

Untuk mengubati kelukaan di hati kepada peminat-peminat Scha, kami bawakan kepada anda koleksi gambar Scha Al Yahya merempit dengan kereta dalam filem Evolusi KL Drift yang bakal ditayangkan tak lama lagi.

Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk lihat lagi gambar-gambar Scha Al Yahya.