Written by AbangNara | November 13th, 2009

Siapa yang dah lama tidak buat senaman? Angkat tangan!! ( kami angkat gak) . Haa, jika anda memang malas nak bersenam untuk menyihatkan badan (orang kurus kena senam gak tau), korang kena tengok cerita yg bakal keluar 24hb ni kat Hallmark 702 Astro sebab kompem lepas tu korang terus pegi buat 8 pusingan jogging. Tengok preview ni sedih tau…..Ingat senang ke kalau macam Syanie nak jadi macam Sarimah?

Kasik korang teruja sikit nak tengok The Biggest Loser Asia ni dengan gambar-gambar kat bawah ni.

p/s: memang cantik betullah Sarimah ni..kagum tgk kulit Sarimah yg halus mulus pulus.

 
Written by AbangNara | June 9th, 2009

sarimah ibrahim

Lepas sorang-sorang artis Malaysia kita bercerai. Kali nie giliran Sarimah dengan suami Mat Salehnya, Amir. Nampaknya semakin jadi trend penceraian di kalangan artis Malaysia sekarang nie.

Patutlah dulu bila kami tengok gambar Sarimah nampak dia kurus sangat. Rupa-rupanya tengah makan hati sebab nak bercerai dengan suaminya, Amir.

Yang bagusnya Sarimah nie tak jaja kisah cerai dia. Tup-tup dah cerai. Dan lagi bagus Sarimah still contact suami dia untuk ingatkan tentang Islam.

Iyerlah, takut-takut lepas dah bercerai tak ingat dah pasal Islam nie. Masuk Islam pun sebab nak kawin ngan Sarimah hari tue.

Rasa-rasanya sebab apa ek artis kita nie ramai bercerai? Nak kata tak cun, memang cun diorang nie. Nak kata tak berharta, rasanya lagi kaya dari orang biasa. Nak kata tak beradab, rasanya itu ………….

Apa-apun takziah buat Sarimah. Sorang lagi J kini berada di pasaran.

Written by AbangNara | February 18th, 2009

gambar terbaru sarimah ibrahim

Tengok aje gambar terbaru Sarimah Ibrahim berposing di atas. Jelas menyerlah kekurusan badannya kalau nak dibandingkan dengan gambar-gambar Sarimah Ibrahim yang seksi dulu.

Mungkin Sarimah Ibrahim buat rawatan proses buang lemak seperti penyanyi Aizad pernah lakukan? Atau sememangnya Sarimah sanggup tak makan nasik untuk dapatkan badan yang macam ni?

Yang pentingnya, kami di BeautifulNara.com lebih sukakan Sarimah Ibrahim yang dulu. Lebih menggoda, seksi dan mantap. Kami mahu Sarimah Ibrahim yang dulu!!!

Page 1 of 11