Written by AbangNara | April 19th, 2010

watie elite

Sebelum korang layan gambar koleksi penuh gambar sambutan hari jadi Watie Elite nie, kami ada makluman terbaru yang menyatakan Watie terpaksa dimasukkan ke hospital sebab kena penyakit hepatitis.

Dengar ceritanya, penyakit hepatitis nie agak bahaya dan boleh membawa maut. Harap-harap Watie cepat sembuh dan dapat menyambut hari jadinya tahun ini. Semoga sihat sejahtera hendaknya.

Dulu kami ada keluarkan gambar Watie Elite menyambut hari jadinya tapi tak berapa lengkap gambarnya. Setakat ada 5,6 keping gambar jer. Orang kata setakat gambar bakar line jerlah.

Tup-tup hari ini ada orang hantar sampai 24 keping gambar sambutan hari jadi Watie Elite kat kami. Nak tak nak terpaksalah kami kongsikan. Amik yang baik dan buanglah yang mana buruk. Layan ~~~~~~~~

Lagi gambar sambutan hari jadi Watie Elite dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | April 19th, 2010

Aplikasi yang di tunggu tunggu oleh semua ahli setelkahwin.com sudah tiba! Apa lagi kalau bukan aplikasi Senarai Semak di setelkahwin.com. Seriously, ini adalah aplikasi yang lain dari yang lain dan sememangnya terbaik! Macam-macam perkara yang you all boleh setelkan … dan yang paling best sekali ialah apabila korang launch aplikasi ni, secara automatic ia akan createkan 56 tugasan lazim yg bakal pengantin selalu buat semasa merancang majlis perkahwinan. 

#klik gambar untuk imej lebih besar

5 sebab kenapa aplikasi ni bagus dan boleh membantu you all:

1) Tak payah anda nak pening kepala untuk pikir apakah task yang belum atau sudah disetelkan di dalam perancangan perkahwinan anda. Ini kerana Setelkahwin dah sediakan 56 tugasan lazim, dan kalau you all nak modify pun boleh – boleh edit, add, delete dan cetak tugasan2 yang diingini

2) Senarai tugasan disusun secara teratur mengikut sistem pentarikhan yg mantap supaya lebih mudah untuk you all ‘keep track’ tentang setiap tugasan. Misalnya, lepas you tetapkan tarikh nak kahwin, semua due date untuk setiap tugasan akan dikira mengikut hari you kahwin. Maksudnya, kalau you nak cari tugasan yg perlu dilakukan 1 bulan sebelum kahwin, just pilih daripada dropdown menu, kemudian select date range yang diingini, dan senarai tugasan dalam tempoh 1 bulan sebelum kahwin akan dipaparkan

3) Sangat flexible. You all boleh tambah tugasan, edit tugasan, buang tugasan, susun tugasan mengikut status, kategori dan tarikh tanpa perlu refresh page langsung! Ataupun kalau you all memang dah tak sabar-sabar nak kahwin, boleh tukar jer tarikh kahwin dan semua due date tugasan yang belum setel akan turut serta. Team setelkahwin telah membangunkan aplikasi ini dengan menggunakan sejenis javascript yang dapat mempercepatkan segala pemprosesan input yang dimasukkan oleh you all dan mengeluarkan outputnya tanpa perlu menekan button refresh. Memang mantap!

4) Senarai semak mini juga terpapar di dashboard anda. Haa… dengan adanya ‘alat’ ini, you all boleh tau berapa banyak lagi tugasan kahwin yang belum setel lagi. Ianya untuk kemudahan anda!

5) Dan yang terakhir sekali, you all boleh print senarai semak kahwin anda dan kongsikannya dengan wedding planner, ibu bapa, datuk nenek dan semua yang terlibat di dalam perancangan majlis perkahwinan anda!

Sebenarnya, Aplikasi Senarai Semak ataupun ‘checklist’ nie akan banyak memberi faedah serta membantu anda dalam perancangan perkahwinan anda nanti. Anyway, kita dah lama hidup dalam dunia IT yang serba canggih nie, so apakata kita just gunakan tool yang disediakan oleh setelkahwin.com ini demi bagi memudahkan lagi wedding planning kita nanti. Tambahan lagi, aplikasi ini disediakan secara free untuk korang semua pakai, so sampai bila-bila pun korang tak akan rugi… :-) So, cubalah dulu aplikasi nie dan lihat keputusannya nanti… insyaAllah hasilnya pasti berbaloi-baloi !

Written by AbangNara | April 18th, 2010

Achik Spin sempat dikeluarkan sebelum meninggal dunia. Kalau anda dengar ada khabar-khabar angin cakap Achik Spin tersepit dalam MPV tue, rasanya semua tue tak betul. Jadi jangan buat cerita-cerita mengarut. Tak elok tambah-tambah lagi Achik Spin dah meninggal dunia. Kita doakan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al Fatihah.

Written by AbangNara | April 17th, 2010

AlFatihah untuk Achik Spin, meninggal dunia dalam accident di Nilai, petang tadi.

Achik Spin maut kemalangan ngeri

17/04/2010 8:42pm

SEREMBAN – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.

Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.

Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut. – Utusan