Written by AbangNara | July 7th, 2010

kekasih baru sam bunk face
Wah, berita panas daripada oven rumah Cik Kiah yang baru kami terima. Terima kasih kepada penghantar email yang sudi berkongsi cerita. Betul atau tidak memang confirmlah kami tak tahu kan. Tapi dengar ceritanya, Sam Bunkface kini sedang bercinta dengan seorang model Nestle. Kata penghantar email, kalau tak silap nama model ini ialah Jeany.

Katanya Sam Bunkface pernah membawa model Nestle yang cun ini ke majlis perkahwinan. Dan ramai peminat katanya terserempak dengan mereka berdua di tempat-tempat awam macam LCCT. Persoalannya di sini ialah, apa sudah jadi dengan Juliana Evans. Mengikut penghantar email tersebut, katanya Sam dan Juliana sudah pun clash. Malah Juliana Evans dah ada pakwe baru pun iaitu seorang anak VIP.

Betul ke tak betul? Sam Bunkface sila tampil ke hadapan untuk membuat pengakuan anda.

Written by AbangNara | July 7th, 2010

gambar lisa surihani

Kalau anda salah seorang fans Lisa Surihani Facebooknya, sudah tentu anda sudah tengok gambar terbaru Lisa tanpa make up yang telah diuploadkannya semalam. Di mata kami  yang gila bayang dengan Lisa ini, wajah Lisa tetap maintain cute-mute gitu. Tapi itu di mata kami la. Di mata anda kami tak tahu la plak.

Kami sebenarnya kagum dengan keberanian Lisa untuk berkongsi gambarnya tanpa make up. Iye lah, mana ada ramai artis berani buat macam nie sebab takut kena bambu. Bak kata Lisa, sekali sekala kena buang make up nie semua. Biarkan kulit bernafas. Betul ke kata-kata tersebut? Kami nie lelaki so tak tahu la kan bab-bab make up nie.

Untuk suka-suka jom vote sama anda gambar Lisa Surihani tanpa make up ini still comel atau pun tidak.

P.S: Macho sungguh peminta sedekah pompuan ini.

Written by AbangNara | July 7th, 2010

fasha sandha dan jejai

Nampaknya tragedi cinta Fasha Sandha ditolak oleh Qabil Ambak tidak berulang bersama Abang Jejai. Cinta Fasha Sandha terhadap Jejai bukanlah sebelah tangan. Ternyata Abang Jejai juga mencintai Fasha Sandha. Semalam di dalam Berita Harian, Abang Jejai telah pun membuat pengakuannya mnerusi SMS. Tahniah kami ucapkan kepada Fasha.

Ya! Memang kami sedang menjalinkan hubungan.

Pendek tapi jitu sungguh kenyataan Abang Jejai. Abang Jejai jugak berharap agak selepas ini tidak akan artikel-artikel yang cuba memporak-perandakan mereka lagi. Mungkin artikel seperti artikel Kak Pora yang dimaksudkan oleh Abang Jejai. Apa-apa pun tahniah kami ucapkan kepada mereka berdua. Sekarang satu Malaya sudah tahu anda berdua bercinta. Semoga tak ada kontroversi lain yang menjelma.

P.S: Sungguh nakal gajah ini.

Written by AbangNara | July 6th, 2010

gambar maria ozawa pakai baju kebaya

Serius comel ~~ Lagi gambar Maria Ozawa pakai baju kebaya dengan membaca artikel ini sepenuhnya.