Written by AbangNara | July 22nd, 2010

mizz nina what you waiting for

Nampaknya semakin hangat komen-komen anda semua tentang lirik lagu Mizz Nina yang katanya menjatuhkan maruah gadis Melayu. Semua orang ada pendapat masing-masing tapi meh kita dengar pendapat dari tuan punya lagu itu sendiri. Kata Mizz Nina:-

[note]Lagu itu dihasilkan untuk hiburan semata-mata. Ia hanyalah sebuah lagu tentang kemeriahan hidup dan pesta muda-mudi yang penuh warna-warni dan kegembiraan. Memang saya akui liriknya agak ‘nakal’ tapi ia hanya cerita dalam lagu itu. Bukannya saya ingin mendorong masyarakat untuk melakukan seperti mana dalam lagu itu. Ia hanyalah sebuah lagu dan tidak lebih daripada itu/[/note]

Dan ada sikit lagi penjelasan dari Mizz Nina untuk peminat-peminatnya:-

[note]Mungkin ada yang menganggap saya sengaja ingin memprovokasi khalayak dengan lirik lagu yang begitu tapi bagi saya ia hanyalah sebuah lagu. Saya tidak fikir orang ramai akan terpengaruh atau menganggap saya menggalakkan atau mengagungkan gaya hidup masyarakat Barat pula. Saya harap masyarakat dapat menerima lagu itu dan muzik saya seadanya. Nikmatilah ia sebagai bentuk hiburan dan tanpa prejudis.[/note]

Apa pendapat korang?

Lagi gambar Mizz Nina masa launching album dia dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | July 22nd, 2010

//Jika anda mengenali boss saya, sila rahsiakan artikel ini dari dia. Baca ini dulu sebelum membaca gosip di bawah//

Apakah cita-cita anda semasa kecik dulu bila jadi dewasa? Mungkin ada antara anda yang nak jadi:-

1. Doktor sebab boleh nampak cool bila pakai baju bedah

nescafe kick-start

2. Bomba sebab nampak gagah dan perkasa bila merentasi lautan api

nescafe kick-start

Tapi berapa ramai antara kita yang boleh cakap dengan bangganya mereka dapat mencapai cita-cita dan impian mereka semasa kecil dulu? Atau mungkin anda sudah dapat kerja yang anda impikan (dream job), tapi sayangnya kerja itu tak seindah yang anda bayangkan.

Meh Abang Nara sharekan beberapa kerja yang tak masuk akal tapi memang wujud dan tersangatlah cool.

nescafe kick-start

1. Tukang test drive kereta. Inilah kerja paling best sebenarnya. Asal ada kereta baru je anda akan dipanggil untuk pandu uji. Bayangkan setiap hari anda boleh tukar-tukar naik BMW, Merc atau pun Fair Lady. Siap dapat gaji lagi tue beb.

nescafe kick-start

2. Tukang beli fesyen baju terbaru dan bagi komen. Kalau anda seorang wanita, inilah kerjaya paling syurga untuk anda. Semua baju terbaru bakal menjadi koleksi anda secara PERCUMA. Anda cuma pakai dan kritik sahaja segala fesyen yang dikeluarkan.

nescafe kickstart

3. Game tester. Inilah kerja idaman Abang Nara sebenarnya. 24 jam menghadap game je. Tak kiralah game PS3 ke, Nintendo ke, Xbox ke. Kerja anda ialah main game semata-mata. Tak ada orang nak marah dan yang paling best dapat gaji lagi tue.

Mungkin 3 kerja di atas bukannya kerja idaman anda Tapi yang pasti ianya lagi best daripada kerja 9 pagi sampai 5 petang anda sekarang ini. Renung jiwa anda dalam-dalam. Fikirkan satu kerjaya yang anda benar-benar ingin lakukan. Kini anda mampu menggapainya dengan Nescafe Kick-start.

nescafe kick-start

Dengan Nescafe Kick-start, kini anda berpeluang untuk merasai pengalaman selama 3 bulan “intership” dengan kerjaya idaman anda. Pilihan terletak di tangan anda. Apa yang anda perlu lakukan hanya rekodkan satu video untuk meraih simpati para juri dan orang ramai supaya anda dipilih menjadi 15 orang yang bakal bertarung selama 24 jam untuk memiliki kerjaya idaman mereka.

nescafe kickstart

Katakanlah anda terpilih sebagai 15 orang peserta akhir, anda bakal dikurung selama 24 jam untuk menguji “passion”, “personality” dan “perseverance”. Hanya yang terbaik akan dipilih untuk menjalani dunia sebenar kerjaya idaman mereka. Adakah anda ingin mengejar impian anda? Mulakannya dengan Nescafe Kick-start sekarang!!!

Written by AbangNara | July 21st, 2010

david teo

Buat anda yang tak tahu, David Teo dan Ahmad Idham adalah ahli lembaga pengarah FINAS. FINAS nie macam satu syarikat besar untuk filem-filem tempatan Malaysia. FINASlah yang buat tapisan filem, tentukan tarikh sesebuah wayang keluar filem dan macam-macam lagilah. Kiranya apa-apa yang berkaitan dengan filem tempatan, FINAS lah yang buat keputusan untuk lepaskan diorang untuk tayangan atau tak.

Secara logiknya, bagi kami tak wajar lah David Teo dan Ahmad Idham ada kat dalam FINAS. Malah kami dengar ura-ura yang Ahmad Idham dilantik jadi Pengarah FINAS. Sebab apa kami kata tak logik, sebab kedua-dua orang nie pun sibuk buat filem jugak. Jadi kalau diorang dalam FINAS, confirm akan ada orang cakap diorang nie mengamalkan double standard untuk filem dia dan filem orang lain.

Contohnya mungkin filem buatan diorang berdua akan lepas tapisan dengan mudah. Mungkin akan dapat waktu tayangan yang terbaik. Tapi kalau filem orang lain mungkin kena potong sana, kena potong sini. Time tayangan pun time tak best. Dan macam-macam lagilah.

Sebab itulah kami rasa sangat wajar Persatuan Penerbit Filem Malaysia bantah kewujudan David Teo dan Ahmad Idham kat dalam FINAS nie. Kami rasa diorang bukannya dengki. Cuma mahukan keadilan dari segala segi. Kalau kami jadi David Teo dan Ahmad Idham, confirm kami dengan rela hati akan letak jawatan.

Apa pendapat korang?

Written by AbangNara | July 21st, 2010

gambar suami annahita bakavoli

Hari itu masa entri mengucapkan tahniah atas perkahwinan Annita Bakavoli, kami tak sempat nak carik lagi gambar si suami Annahita, Datuk Saiful Bahar. Inilah gambar suami kepada si cantik Annahita. Sama cantik sama padan. Lagipun Annahita nie bak kata anda semua, tak ada kontroversi. Orangnya baik-baik sahaja. Sudah tentu suaminya pun baik-baik juga.

Terbaru kami dengar yang kedua-dua mereka telah pun berlepas ke London untuk berbulan madu. Semoga bulan madu anda berdua dipenuhi dengan kenangan-kenangan manis yang akan terpahat buat selama-lamanya. Tahniah sekali lagi kepada Annahita dan suami atas perkahwinan ini.