Written by Bella | February 14th, 2017

Penyanyi Hazama yang dikecam semalam kerana mengenakan pakaian dengan fesyen celoreng mirip Angkatan Tentera Malaysia tampil memohon maaf sekiranya ada membuatkan mana-mana pihak tersinggung.

Hazama juga memberitahu beliau sama sekali tidak mempunyai niat untuk memperlekehkan ATM seperti yang didakwa oleh sesetengah netizen.

Sebenarnya, sebagai rakyat Malaysia saya juga berasa bangga mengenakan pakaian celoreng yang juga hasil sentuhan pereka fesyen Suffian Tugiman itu.

Pada masa sama, saya juga ingin menggambarkan semangat kecintaan kepada negara kerana saya juga menyanyikan lagu Agi Idup Agi Ngelaban iaitu lagu tema filem Kanang Anak Langkau yang bakal ditayangkan nanti.

Selepas apa yang terjadi sehingga menjadi isu viral, Hazama berjanji beliau akan lebih senstif jika ingin mengenakan pakaikan celoreng agar ia tidak lagi dikaitkan dengan pakaian seragam tentera pada masa akan datang.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | February 14th, 2017

Sejak dilancarkan beberapa hari lepas, buku 99 Kata-Kata #Qalifmoden Fattah Amin menerima kritikan dan kecaman daripada netizen sehingga ia menjadi viral di media sosial. Mereka mengatakan buku Fattah itu agak mahal harganya selain penuh dengan foto selfie serta ayat-ayat yang entah apa-apa.

Ada juga yang berpendapat apakah sumbangan Fattah terhadap industri hiburan tanah air sehingga beliau boleh menghasilkan buku yang dikatakan untuk memberi inspirasi kepada peminat.

Berbicara mengenai isu tersebut, Fattah memberitu netizen hanya menilai kata-katanya sahaja dan tidak berfikir akan maksud tersiratnya.

Mereka hanya membaca tanpa berfikir maksud tersirat. Setiap kata-kata dalam buku itu berkaitan dengan kehidupan saya yang asalnya bukan sesiapa. Bak kata pepatah Inggeris, ‘from zero to hero’.

Menurut Fattah, tujuannya menerbitkan buku itu ialah kerana ingin berkongsi tips, kata-kata positif, nasihat dan impian untuk beliau terus belajar menjadi insan yang sempurna dan berguna.

Selain itu, saya juga mahu memberi inspirasi terutama kepada adik-adik kecil untuk membesar dengan baik dan meletakkan impian dan strategi untuk berjaya dalam hidup.

Antara kata-kata yang menjadi viral dan dikecam ialah “Aku dulu selalu berangan nak gi KLCC nak bawak kereta aku sendiri dan parking valet. Ternyata kini telah termakbul hahaa…kelakar kan.” Fattah memberitahu apa yang beliau cuba sampaikan ialah dulu beliau hanya seorang remaja biasa yang mempunyai impian.

Dulu saya selalu ke KLCC menaiki motosikal. Apabila melihat orang lain membawa kereta dan parkir di valet, saya juga menyimpan impian itu kerana tidak semua orang mampu. Jadi, mesej yang cuba disampaikan adalah saya sebenarnya kena berusaha lebih untuk menjadi orang yang hebat. Impian lalu adalah sumber inspirasi kepada saya.

Begitu rupanya niat Fattah,emm pada kami setiap orang mempunyai pandangan berbeza didalam isu ini. Sebenarnya tiada isu besar, jika anda rasa berbaloi untuk beli ataupun sebaliknya terpulang pada anda.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | February 13th, 2017

Gara-gara mengenakan pakaian dengan corak celoreng seperti askar, penyanyi Hazama telah menerima kecaman dan mencetuskan kontroversi di media sosial.

Sebuah laman Facebook iaitu Rakyat Sokong Angkatan Tentera Malaysia telah mempersoalkan tindakan Hazama mengenakan fesyen berkenaan ketika konsert Mentor Milenia berlangsung baru-baru ini. Status berkenaan  juga menunjukkan rasa kesal kerana orang ramai dengan sewenang-wenangnya boleh memakai baju tentera.

Menurut beberapa sumber, tiada orang awam yang boleh mengenakan seragam celoreng dan mereka boleh didakwa di mahkamah.

Walaubagaimanapun, masih ada pengguna media sosial yang mempertahankan Hazama kerana baju dengan corak sedemikian begitu banyaj dijual di pasaran.

Benar juga apa yang dikatakan oleh beberapa pengguna media sosial, baju dengan corak celoreng memang banyak dijual di pasaran. Kalau hendak memandang serius sesuatu perkara lebih baik untuk ambil tindakan pada mereka yang menjual sahaja bukan? Tiada orang jual tiada juga pembelinya.

Sumber Berita : Facebook Rakyat Sokong Angkatan Tentera Malaysia

Written by AbangNara | February 13th, 2017

Pada Januari lepas, Diana Amir dan suami telah pun selamat menimang cahaya mata kedua mereka. Puteri itu telah pun dinamakan Khadija Azzehra. Cantik sungguh nama pilihan Diana Amir dan suami untuk puteri kedua mereka ini. Dan sesungguhnya Khadija Azzehra tersangatlah comel seperti emaknya. Geram rasa nak cubit je.

diana amir anak kedua

Abang Nara suka betul melihat gambar keluarga Diana Amir ini. Jelas terserlah kebahagiaan yang sedang dikecapinya. Semoga kebahagiaan mereka ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

diana amir

Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Terima kasih kepada The Photolicious untuk gambar-gambar ini.