Written by AbangNara | May 15th, 2013

Masih bercerita mengenai kontroversi yang terjadi di antara Afiq Muiz dan ibunya. Semalam menerusi sebuah sidang media, Afiq memaklumkan yang dia telah dihalau keluar dari rumah oleh ibunya sendiri. Namun hari ini, ibu Afiq Muiz menyangkal dakwaan tersebut.
ibu afiq muizIbu Afiq Muiz bersumpah demi nama Allah bahawa perkara yang dikatakan oleh anaknya tersebut tidak pernah terjadi. Kata ibu Afiq kepada Harian Metro:-

Demi Allah saya tidak pernah usir Afiq keluar, tetapi dia memilih keluar rumah selepas menyatakan tidak selesa berada di rumah kami yang kecil. Saya tidak pernah meminta wang daripada Afiq dan hanya Allah tahu bagaimana susah payah saya membesarkan dia dan anak-anak lain. Selepas keluar rumah, saya mengirimkan mesej meminta Afiq pulang, tetapi dia enggan. Hanya beberapa kali dia menghubungi saya.

ibu afiq muiz

Ibu Afiq Muiz turut mengakui yang dia tidak bersetuju anaknya menjalin hubungan dengan Eina Azman lebih-lebih lagi apabila wang RM30,000 lesap dalam tempoh sebulan daripada akaun anaknya.

Saya tidak tuduh wanita itu mengikis wang Afiq, tetapi saya persoalkan ke mana wang simpanan RM30,000 milik Afiq kerana sebelum ini dia beritahu mahu simpan wang untuk beli rumah, kereta dan kegunaan masa depannya.

afiq muiz

Abang Nara hampir mengalirkan air mata membaca harapan si ibu terhadap anaknya. Kasih sayang seorang ibu memang tiada siapa dapat menyangkal. Kata ibu Afiq Muiz:-

Saya tidak pernah menyifatkan Afiq anak derhaka, tetapi berdoa dia kembali menjadi Afiq yang dulu…seorang yang lemah-lembut, sayangkan keluarga dan memikirkan semula matlamat asal bergelar pelakon

Secara jujur, Abang Nara lebih mempercayai versi cerita si ibu daripada Afiq Muiz punya cerita. Namun daripada terus menerus bergaduh, Abang Nara berharap agar Afiq menyedari status dirinya sebagai seorang anak dan pergi memohon kemaafan daripada ibu tercinta. Sama-samalah kita doakan agar mereka dapat menyelesaikan masalah ini.

Written by AbangNara | May 15th, 2013

Oho ~~~~~ Selepas 3 minggu mengelilingi Malaysia, uji bakat untuk Twisties Superstarz X telah pun ditutup. Nampaknya ikonik superstar yang dicari akan ditemui tidak lama lagi. Berdebar jantung Abang Nara dibuatnya.

twisties

Dan Abang Nara semakin teruja apabila senarai 6 peserta akhir yang bakal dilatih oleh Altimet dan Prema Yin telah dikeluarkan di www.twisties.com.my . Bayangkan betapa susahnya untuk memilih 6 peserta terhebat antara ratusan orang yang datang ke uji bakat. Memang pening kepala dibuatnya.

twisties

Sekali pandang memang nampak ada aura superstar di wajah mereka. Setelah melihat video-video audition kesemua 6 peserta di atas, Abang Nara merasakan team Prema Yin lebih hebat daripada segi vocal dan bermain instrument berbanding team Altimet. Namun team Altimet pulak nampak lebih kelakar, gila-gila dan ada personaliti yang tersendiri. Nampak gayanya memang sengit pertarungan yang bakal berlaku.

twisties

Perlu diingatkan juara yang dicari di dalam Twisties Superstarz X bukan sahaja berdasarkan vocal tetapi harus mempunyai X Factor. Bagi Abang Nara, Lina daripada team Altimet ada kesemua itu. Kalau korang tengok video audition si Lina di www.twisties.com.my, memang boleh buat gelak. Kreatif sangat-sangat. Memang ada potensi untuk si Lina ini bergelar juara Twisties Superstarz X jika dilatih dengan mantap oleh mentornya iaitu Altimet.

Menarik kan webisode Grooming & Challenge di atas? Kan Abang Nara dah cakap si Lina tue memang ada personaliti yang awesome. Gerak hati Abang Nara menyatakan yang memang Lina yang bakal bergelar juara Twisties Superstarz X. Namun begitu, Abang Nara pasti akan ada peserta lain yang akan membuat kejutan dengan keunikan mereka. Korang pula fikir macam mana?

Video Challenge 1 & Challenge 2 Abang Nara dah kongsikan di atas. Sekarang ini korang kena pergi tengok video Challenge 3 & 4 dan undi siapa yang korang rasa layak menjadi juara di http://www.twisties.com.my/#/challenges. Pilihan di tangan anda. Andalah penentunya.
twistiesWebisode Grooming & Challenge untuk 6 peserta akhir akan bermula pada 6 Mei sehingga 19 Mei ini. Mereka akan bertanding 4 kali dalam Grooming Challenges sebelum bertarung buat kali terakhir pada 25 Mei di Aquasonic. Korang wajib tengok sebab undian anda diperlukan untuk menentukan siapa yang bakal menjadi Twisties Superstarz X. Yang penting, pilih pada bakat dan bukan pada rupa semata-mata. Abang Nara pilih Lina sebab suaranya power dan personalitinya yang nampak kelakar.
twistiesUntuk mengikuti perkembangan terkini , info semasa dan peluang untuk mendapatkan tiket percuma ke grand finale, follow Twitter.com/Superstarz_X atau LIKE Facebook Twisties Malaysia .Good luck and all the best untuk 6 peserta akhir Twisties Superstarz X.

Written by AbangNara | May 14th, 2013

Hari ini kita telah digemparkan dengan kenyataan ibu kepada Afiq Muiz yang menggelar anaknya sebagai anak derhaka. Petang tadi, Afiq Muiz telah membuat sidang media di Subang Parade untuk menjelaskan perkara sebenar. Terkejut Abang Nara membaca pendedahan Afiq Muiz.

afiq muiz

Menurt Afiq, dia sudah dihalau keluar dari rumah dan dimaki hamun oleh ibunya. Kata Afiq:-

Saya tak pernah buang keluarga saya. Ibu saya yang halau saya dari rumah, maki hamun saya, cakap saya anak derhaka dan anak yang tak guna. Ibu saya tak pernah sayang saya dan saya tak tahu apa motif ibu berbuat begini rupa. Perkara ini terjadi apabila saya berkawan rapat dengan Eina Azman. keluarga saya tak sukakan Eina dan selalu tuduh Eina macam-macam. Saya selalu nasihat adik saya yang menghina Eina. Melalui Twitter, adik saya mengatakan yang Eina berwajah buruk, Eina kaki kikis, Eina tak sepadan dengan saya dan macam-macam lagi perkara yang buruk mengenai Eina. Saya malu dengan adik saya sendiri sebab adik saya biadap. Apabila perkara ini terjadi, saya dihalau keluar dari rumah

afiq muiz

Tambah Afiq lagi, ibunya tidak pernah bertanya khabar tentang dirinya. Sebaliknya hanya bertanya mengenai duit sahaja. Kata Afiq:-

Saya kerja siang malam, ibu saya tak pernah tanya khabar. Dia hanya bertanya mengenai duit saya sahaja. Dia sayang saya sebab duit. Kalau saya tak bagi, saya kena pukul dengan abang saya. Ibu saya buruk-burukkan saya sehinggakan abang saya pernah mengamuk dan pijak kepala saya sampai saya tak boleh bangun enam jam.

Saya bukan cerita semua ini bukannya sebab saya nak tentang ibu saya. Tapi saya tak faham kenapa ibu saya boleh cerita masalah keluarga kami pada orang lain. Apa salah Eina sampai kena tuduh sebegitu rupa? Apa salah saya sampai kena halau? Sampai ibu saya pernah kata tempat saya adalah di neraka jahanam. Saya mahukan kasih sayang, kalau ibu saya sayang saya, ibu saya takkan burukkan saya. Saya tak perlu sebut apa yang dah saya berikan pada keluarga saya, sebab nanti orang cakap saya mengungkit pula

afiq muiz

Makin berat nampaknya kisah Afiq Muiz dan ibunya ini. Cuma ada satu jalan penyelesaian. Kedua-duanya perlu berjumpa dan mengakui kesilapan masing-masing. Air dicincang takkan putus. Lebih-lebih lagi hubungan anak dan ibu. Semoga jalan penyelesaian terbaik akan ditemui oleh mereka. Info asal portal GUA.

Written by AbangNara | May 14th, 2013

Fuh ~~ Memang besar sungguh nama-nama yang bakal membuat persembahan di Konsert Malam Amal Bersama 3 Diva. Sharifah Aini, Khatijah Ibrahim dan Uji Rashid kesemuanya hebat-hebat belaka. Mendengar nama mereka pun Abang Nara dah cukup teruja dibuatnya.
divaKonsert Malam Amal Bersama 3 Diva akan berlangsung pada 12 Jun ini di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur. Walaupun timbul khabar angin menyatakan Uji Rashid menarik diri daripada konsert ini kerana tidak menghadiri sidang akhbar yang dijalankan baru-baru ini, perkara tersebut ternyata tidak benar. Ketiga-tiga mereka disahkan bakal beraksi.
diva
Semoga Sharifah Aini, Khatijah Ibrahim dan Uji Rashid dapat memberikan yang terbaik di dalam konsert ini kelak. Beberapa keping gambar lagi dengan membaca entri ini sepenuhnya.
danakcmP.S: Nak sambung belajar tapi tak cukup duit? Jangan risau sebab DanaKCM sudi membantu anda. Lawati www.danakcm.my untuk info lanjut.