Written by AbangNara | May 17th, 2013

Setelah pelbagai spekulasi dikeluarkan mengenai identiti sebenar pelakon lelaki popular yang telah ditangkap khalwat semalam, JAIS telah mengesahkan bahawa Shah Jaszle ialah orangnya. Abang Nara pasti sudah ramai yang telah membuat tekaan dengan betul.

shah jaszle

Shah Jaszle sebelum ini telah pun bertunang dengan Redzwani Puteri pada akhir tahun lalu. Wanita yang ditangkap khalwat dengannya pada pukul 3.30 pagi adalah orang lain dan bukan tunangannya.  Info asal Astro Awani.

Written by AbangNara | May 17th, 2013

Fuh ~~ Hangat sungguh sambutan yang telah diberikan terhadap koleksi Rizalman for Zalora Raya 2013 Collection baru-baru ini. Tak menang tangan Rizalman menerima tempahan yang masuk tidak berhenti-henti. Sebagai tanda terima kasih, ada hadiah istimewa daripada Rizalman untuk anda semua.

rizalman zalora

Sila pastikan anda tidak menjerit kegembiraan membaca berita gembira ini. Khas buat 10 pembeli bertuah yang mendapatkan terhadap koleksi Rizalman for Zalora Raya 2013 Collection, anda akan dijemput untuk menghadiri majlis makan malam bersama Rizalman di rumahnya. Bukan sahaja makan malam, anda juga akan dapat melihat studio Rizalman, berborak santai dan bergambar bersama designer terkenal ini. Hebat kan?
rizalman zaloraSekiranya baju yang anda beli daripada Rizalman for Zalora Raya 2013 Collection memiliki tag di atas, maka anda adalah seorang daripada 10 pembeli bertuah tersebut. Kalau anda sudah membuat pembelian sebelum ini, berdoalah agar ada tag ini terselit di dalam bungkusan anda kelak. Jika anda masih belum membeli, pastikan anda melihat 8 rekaan terbaru Rizalman yang telah pun dikongsikan di laman web Zalora.
rizalman zaloraKhas untuk pembaca BeautifulNara, dapatkan diskaun sebanyak 10% dengan meletakkan voucher diskaun “DINNERRIZ” ketika anda membeli pembelian. Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk berjumpa sendiri dengan Rizalman Ibrahim sekiranya anda membuat pembelian Rizalman for Zalora Raya 2013 Collection. Tunggu apa lagi? Belilah sekarang jugak!!!

Written by AbangNara | May 17th, 2013

Akhirnya saat yang ditunggu-tunggu tiba jua. Semalam, Ning Baizura dan suaminya telah pun memperkenalkan anak mereka, Ryan Sky Dalton buat pertama kalinya untuk tatapan umum. Memang comel sangat-sangat si Ryan ni.

gambar ryan sky dalton

Sekali imbas, Ryan ada mirip wajah ibunya. Anak lelaki kalau ikut muka emak confirm besar nanti handsome. Semoga Ryan Sky Dalton akan membesar dengan penuh sihat dan menjadi anak yang soleh.

gambar ryan sky dalton

Lagi 12 keping gambar Ryan Sky Dalton dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar RentakSejuta.
ephyraP.S: 10 hari sahaja sudah nampak kesan positif pada wajah!!! Hebat sungguh Ephyra ini. Nak tahu betul ke tak, kenalah cuba. Yang pasti, memang ramai dah jadi lebih kacak dan cantik dengan Ephyra. Untuk tempahan dan pertanyaan, anda boleh LIKE Facebook Ocean2U, layari www.oceanlife2u.com, email ke info@oceanlife2u.com atau telefon terus ke 03-4141-7889.

 
Written by AbangNara | May 17th, 2013

Alhamdulillah. Seorang demi seor(12 GAMBAR)Eja Kini Bertudung Selepas Pulang Dari Umrahang selebriti wanita mengambil keputusan untuk berhijrah dan memakai tudung sepenuhnya. Terbaru, Eja telah pun berbuat demikian selepas pulang daripada mengerjakan umrah baru-baru ini.

eja bertudung

Memang manis kan Eja bertudung? Kata Eja kepada MediaHiburan:-

Sebenarnya, saya berhajat ingin memakai tudung selepas usia memasuki 40 tahun tetapi hasrat itu terkubur kerana kesibukan saya. Tahun ini, saya berpeluang membuat umrah sekali lagi dan alhamdulillah apabila balik ke sini saya tidak mahu membuka tudung lagi.

Saya tidak putus-putus berdoa dan alhamdulillah berkat petunjuk daripada Allah, saya langsung tidak mahu membukanya lagi. Tetapi, saya tidak mahu bercakap lebih banyak kerana baru lima hari saya pulang ke sini. Semoga Allah permudahkan dan menetapkan hati saya untuk terus membawa kebaikan ini.

eja bertudung

Semoga Eja akan dapat mengekalkan imej bertudungnya sehingga bila-bila. Memang sangat-sangat manis dan sesuai dengan Eja. Lagi 10 keping gambar Eja dengan membaca entri ini sepenuhnya.