Written by AbangNara | May 20th, 2013

28 tahun sememangnya umur yang sesuai untuk seorang gadis Melayu menamatkan zaman daranya. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Farawahida yang telah mengesahkan akan berkahwin pada hujung tahun ini. Nama jejaka bertuah tersebut bermula dengan huruf A dan berusia 29 tahun.

farawahida kahwin

Sebelum ini Farawahida pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan pengurusnya, Julfekar. Farawahida masih mencari dewan untuk dijadikan tempat majlis perkahwinannya. Buat masa ini, perancangan Farawahida ialah mengadakan majlis di Taiping kerana ramai sanak saudaranya di situ.

farawahida kahwin

Semoga segala perancangan Farawahida akan berjalan dengan lancar. Tahniah in advance Abang Nara ucapkan atas berita gembira ini. Semoga berbahagia dengan bakal suami kelak. Sama-samalah kita doakan.
P.S Inginkan BBCC skin? Wajah semula jadi , lebih halus dan perbaiki kulit . ‘Why Choose, Have Both!!!”. Apa kata anda LIKE FCC Fan Page untuk ketahui informasi terkini, contest dan banyak lagi.

Written by AbangNara | May 20th, 2013

Sememangnya cinta boleh membutakan hati dan membuatkan hubungan kekeluargaan yang rapat menjadi renggang. Abang Nara suka mendengar kata-kata nasihat Ustaz Wan Akashah apabila diminta mengulas mengenai kontroversi yang sedang menghimpit Afiq Muiz dan ibunya.
afiq muizSebelum ini Ustaz Wan Akashah pernah memberi pandangannya mengenai kontroversi pertunangan Fizz Fairuz. Untuk isu kali ini, Ustaz Wan meminta agar Afiq bertaubat dan memohon maaf kepada ibunya secepat mungkin. Kata Ustaz Wan:-

Bertaubatlah pada Allah kerana di antara akibat dan bala yang Dia turunkan pada hambanya dengan segera apabila anak menderhaka kepada ibu dan ayah mereka. Dalam keadaan ini, hadis Nabi ada menyatakan bahawa keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapanya dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapanya. Biarpun ibu dan ayah itu jahat, anak wajib menghormati mereka yang membesarkannya sejak kecil lagi. Lebih baik Afiq tidak bertindak mengikut emosi dan perasaan, bertenang dan jumpa ibu serta bawa berbincang. Minta maaf kepada ibu atas segala dosa yang dilakukan itu

afiq muiz

Kata-kata nasihat Ustaz Wan Akashah bukan sahaja boleh diguna pakai oleh Afiq Muiz tetapi juga kepada kita yang masih mempunyai ayah dan ibu. Kadang-kadang kita sebagai manusia memang mudah terlupa betapa besarnya pengorbanan seorang ibu. Tambah Ustaz Wan lagi:-

Ingat, kejayaan dia (Afiq) adalah datang daripada ibu bapa yang mendidiknya. Macam mana sekalipun, anak wajib menghormati ibu bapanya terutama ibu. Dalam hadis ada menyebut, antara amalan yang paling disukai Allah ialah sembahyang pada awal waktu dan berbuat baik pada ibu bapa. Walau apa pun kejutan yang dibuat ibu daripada segi kenyataan atau tingkah laku, kita mesti wajib hormat walaupun tidak suka. Sebagai anak mesti mengalah, bukannya kutuk. Dalam hal ini, letakkan kekasih di tepi. Kerana cinta kepada kekasih boleh membutakan hati antara kaca dan permata kerana cinta membuatkan kita tidak dapat melihat kebenaran dan jasa ibu dan bapa kita

Semoga Afiq Muiz akan membaca kata-kata nasihat dan pedoman daripada Ustaz Wan Akashah ini. Letakkan ibu bapa sebagai keutamaan pertama dan ketepikanlah kekasih anda. Semoga kita juga turut mendapat sedikit pengajaran daripada apa yang sedang terjadi di antara Afiq dan ibunya. Info asal Mstar Online.

Written by AbangNara | May 20th, 2013

Agak menyedihkan sebenarnya perkara yang sedang terjadi antara Afiq Muiz dan ibunya. Semalam Afiq telah keluar di Melodi dan bercakap mengenai kontroversi ini. Sayangnya Abang Nara tak sempat menonton kerana keluar pergi kenduri.

afiq muiz

Namun begitu, di dalam Pancaindera semalam, Afiq Muiz telah berkongsi 2 buah SMS yang telah dihantar oleh ibunya. Agak kasar juga bunyi SMS tersebut. Nama yang tertera di dalam SMS tersebut ialah “Mamy umie” dan SMSnya seperti di bawah:-

SMS 1: Kau tunggu balasan allah, hari ni dia bagi kau senang, esok lusa kalau dia nak cacat kan kau atau apa saja, tiada yang dapat melarangnya, aku cuma nak ingatkan kau sebelum terlambat.

SMS 2: Kau yang pilih jalan jahanam. Maka jahanam la kau. Mati kau mati dengan azab. Aku x akan ampun dosa kau.

Abang Nara tergamam sebenarnya membaca SMS ibu Afiq ini. Kata-kat seorang ibu itu adalah doa. Walaupun amarah menguasai diri, kenalah berhati dengan kata-kata yang dikeluarkan. Ini soal masa depan anak sendiri. Kalau hidup Afiq memang jahanam betul-betul suatu hari nanti, anda juga yang akan menyesal.

ibu afiq muiz

Semoga Afiq dan ibunya akan dapat mencari jalan penyelesaian secepat mungkin. Buat masa ini, janganlah keluarkan sebarang kenyataan menerusi media. Lebih baik bertentang mata untuk menyelesaikan masalah anda. Apa pula pendapat anda?

Written by AbangNara | May 17th, 2013

Sebentar tadi, menerusi laman Instagramnya, Shuib Sepah telah berkongsi berita gembira mengenai kelahiran cahaya mata keduanya. Untuk anda yang tidak tahu, isteri Shuib ialah penyanyi Siti Sarah Raisuddin.

shuib

Bayi kedua ini ialah bayi perempuan. Anak pertama pasangan ini ialah bayi lelaki. Pastinya kehadiran si puteri ini akan melengkapkan lagi keluarga Shuib.

shuib

Jutaan tahniah diucapkan kepada Shuib dan Siti Sarah atas berita gembira ini. Semoga si puteri akan membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah. Anda boleh ucapkan tahniah kepada mereka menerusi Instagram Shuib.